Assalamualaikum,
Setelah membaca tentang Doa Ketika Berwudhuk, saya merasa tergugah untuk memberi sedikit komen membena.
Diharap tidak ada pihak yang merasa tersinggung dengan penjelasan ini demi mencari Redha Allah SWT.
1. Wudhuk adalah ibadat dan setiap ibadat mestilah ada asas atau dalilnya dari Rasulullah SAW. Ibadat tidak boleh
dilakukan secara membuta tuli atau ikut-ikutan amalan orang ramai. Oleh itu sebelum menganjurkan atau menulis
mana-mana artikel tentang ibadat dinasihatkan agar rujuk dahulu kepada orang yang mempunyai iilmu. Sikap ini
sangat mustahak sebab jika suatu tulisan disebarkan ternyata keliru lalu
diikuti orang ramai maka yang menyibarkan
turut mendapat dosa.
2. Saya sangat setuju pandangan Tuan Abdul Razak Abdul Rahman bahawa menyapu tengkuk ketika berwudhuk tidak ada
asasnya daripada Rasulullah SAW. Ia hanya amalan ikut-ikutan orang-orang dahulu. Segala yang tiada asas dari
Rasulullah dinamakan "Bid'ah" iaitu mengada-adakan sesuatu ibadat yang tiada contohnya dari Rasulullah SAW.
3. Doa yang datang dari Rasulullah SAW secara SAHIH hanya doa SESUDAH wudhuk sahaja. Tidak ada doa khas pada
setiap kita membasuh atau menyapu anggota wudhuk. Oleh itu, doa tersebut tidak boleh digalakkan agar dibaca.
Ia boleh termasuk ke dalam menyibarkan Bida'ah. Rasul SAW bersabda : Siapa membuat amal ibadat yang tidak
mengikuti sebagaimana yang kami suruh maka ibadatnya itu DITOLAK. (Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim)
Wassalam,
Yang ikhlas,
Al-Ustaz Dr. Abdullah Yasin
No. 62 Jl Pauh Kijang KMR
012 205 6040