Ucapan Penghargaan & Terima Kasih

8 views
Skip to first unread message

Mahmud Buntat

unread,
Apr 13, 2010, 1:15:31 PM4/13/10
to ad...@maiwp.gov.my, ya...@maiwp.gov.my, kgmalay...@googlegroups.com

Salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan, Persatuan Kebajikan Penduduk Kg. Malaysia Tambahan, Gabungan Pemimpin Kg. Malaysia Tambahan  (GAPIM)  dan semua persatuan serta pertubuhan NGO yang wujud di Kg. Malaysia dan sekitarnya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dan bekerja keras  memberikan bantuan dan juga sumbangan bagi meringankan beban  mangsa-mangsa  ribut di Kg. Malaysia Tambahan dan juga Kg. Malaysia Raya.

 

Kami turut berbesar hati dengan kehadiran Yang  Berhormat Mejar Jeneral  Dato' Seri Jamil Khir bin Hj Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kerana sudi datang ke Dewan Muafakat,  Kg. Malaysia Tambahan pada petang semalam,  Selasa 13hb. April 2010  bagi  menyerahkan sumbangan kepada  mangsa-mangsa ribut.  Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Menteri kerana turun ke padang dan menemui  sendiri mangsa-mangsa ribut di kampung kami.

 

Kami turut merakamkan penghargaan kepada Dr. Muhammad Yamin Ismail, Pengurus Bahagian Baitulmal, MAIWP  dan semua kakitangan MAIWP atas komitmen yang tinggi dengan menyalurkan semua bantuan dan sumbangan dengan segera.

 

Semoga Allah memberkati segala amal bakti dan sumbangan yang telah diberikan.

 

Terima kasih dan Wassalam.

 

Salam dari,

Hj Mahmud bin Hj Buntat

Setiausaha

Persatuan Kebajikan Penduduk Kg. Malaysia Tambahan

Lot 140, Jalan 14/141

KM5, Lebuhraya Besraya/Sg. Besi

57100 Kuala Lumpur

Tel. HP :  019-3893846




IMG_2791.JPG
IMG_2792.JPG
IMG_2793.JPG
IMG_2794.JPG
IMG_2795.JPG
IMG_2796.JPG
IMG_2797.JPG
IMG_2799.JPG
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages