Kepada Semua Penduduk,
Kg. Malaysia Tambahan, Kg. Malaysia Raya, Pangsapuri Seri Malaysia, PPR Seri Malaysia, PERSADA Cawangan Sungai Besi, Sekolah Tunas Bakti dan sekitarnya.
YBhg Dato’/Tuan/Puan,
PER: PROGRAM GOTONG-ROYONG 1 MALAYSIA
Adalah dimaklumkan, Persatuan Kebajikan Penduduk Kg. Malaysia Tambahan Kuala Lumpur, Persatuan Penduduk Kg. Malaysia Raya, Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Malaysia dan PERSADA Cawangan Sungai Besi dan Sekolah Tunas Bakti akan bersama-sama mengadakan Program Gotong-Royong 1 Malaysia bagi merapatkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin di antara masyarakat setempat dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan agensi-agensi Kerajaan. Bersempena dengan program ini beberapa aktiviti telah pun diatur mulai minggu ini seperti mana berikut:-
Taklimat : Status Kes Denggi
di kawasan Kg. Malaysia
dan Sekitar, Bahayanya Serta Cara
Mengatasi.
Tarikh : Sabtu, 10hb. April 2010
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Penceramah : Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan DBKL
Tempat : Dewan Muafakat, Jalan 17/141, Kg. Malaysia Tambahan.
Program : Gotong-Royong 1 Malaysia
Tarikh : Ahad, 18hb. April 2010
Masa : 7.30 pagi - 1.00 petang
Perasmian bertempat di Padang Permainan Kg. Malaysia Tambahan pada jam 8.00 pagi.
Aktiviti : Gotong-Royong 1 Malaysia
Tempat : Kawasan 1 - Kg. Malaysia Tambahan
Kawasan 2 - Kg. Malaysia Raya
Kawasan 3 - Pangsapuri Seri Malaysia
Kawasan 4 - Kolam Takungan Banjir Sungai Midah
Kawasan 5 - Tanah Perkuburan Islam Salak
Selatan
Jamuan : 12.00 tengahari - 1.00 petang
Pungutan Sampah : Dilakukan oleh
pihak pihak DBKL semasa program berjalan dan sekiranya masa tidak
mengizinkan sampah-sarap dan barang-barang buangan yang tertinggal akan dipungut
pada hari berikutnya.
Sumbangan : Penduduk juga digalakkan menyumbang apa jua bentuk sumbangan seperti kuih-muih atau
air mineral untuk diedarkan kepada peserta gotong royong.
Kerjasama dan sokongan YBhg. Dato’/tuan/puan amatlah kami hargai bagi memeriahkan program yang telah diatur di samping beramal bakti untuk kebaikan kampung kita yang tercinta. Sesungguhnya, Kampung Kita Tanggungjawab Bersama.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Urusetia Program di HP 019-3893846. Semoga Allah memberkati segala amal bakti YBhg. Dato'/Tuan/Puan sumbangkan kearah menjana kecemerlangan Ummah.
Terima kasih dan wassalam.
Yang menjalankan tugas,
Hj Mahmud Hj Buntat
Urusetia
Program Gotong-Royong 1 Malaysia
HP : 019-3893846
ATURCARA PROGRAM GOTONG-ROYONG 1 MALAYSIA
TARIKH : AHAD, 18HB. APRIL 2010.
7.30 pagi : Pendaftaran Peserta & Minum Pagi.
Tempat : Perkarangan Surau Jumaat Kg. Malaysia Tambahan
8.00 pagi : Nyanyian lagu Negaraku & lagu Wilayah Persekutuan Maju & Sejahtera
Tempat : Padang Padang Permainan Kg. Malaysia Tambahan.
8.05 pagi : Bacaan Doa oleh Tuan Hj Pesalni bin Hamdan.
Imam Surau Jumaat Kg. Malaysia Tambahan.
8.10 pagi : Persembahan Tarian Poco-poco oleh Kumpulan Rentak Warisan dari Kg. Malaysia Raya diketuai oleh
Puan Norazian bte Ismail (HP: 012-2413776)
8.30 pagi : Ucapan Aluan oleh Lt. Kol. (B) Hj Kamarudin bin Sakhari.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk Kg. Malaysia Tambahan
mewakili semua pertubuhan dan NGO
yang terlibat dengan Program Gotong-Royong 1 Malaysia.
8.40 pagi : Ucapan Perasmian oleh YBhg. Datuk Hj Salleh bin Yusup.
Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
8.50 pagi : Taklimat Gotong-Royong.
9.00 pagi : Peserta mengambil tempat dan memulakan kerja-kerja Gotong-Royong.
Kawasan 1 - Kg. Malaysia Tambahan
Ketua : En. Abdul Jamal bin Abd Karim (HP: 019-3832291)
Kawasan 2 - Kg. Malaysia Raya
Ketua : Hj. Mustapha bin Abdullah (HP: 019-2256096)
Kawasan 3 - Pangsapuri Seri Malaysia
Ketua : En. Abas bin Burok (HP : 012-9334434)
Kawasan 4 – Kolam Takungan Banjir Sungai Midah
Ketua : En. Zainuddin bin Hj Amran (HP : 019-2764133)
Kawasan 5 - Tanah Perkuburan Islam Salak Selatan
Ketua : En. Mohammad Razali bin Ismail (HP : 012-3174415)
12.00 tgh. : Jamuan Makan Tengahari.
Kawasan 1, 2, 3, 4 bertempat di perkarangan Surau Jumaat Kg. Malaysia Tambahan.
Kawasan 5 bertempat di pondok Tanah Perkuburan Islam Salak Selatan.
1.00 petang : Bersurai.
"KAMPUNG KITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA"