Cerita Kg. Malaysia Raya di Akbar Kosmo

18 views
Skip to first unread message

Rozita Joned

unread,
Sep 1, 2008, 10:21:18 PM9/1/08
to kgmalay...@googlegroups.com

 

 

Sila dapatkan Akbar Kosmo hari ini kerana terdapat rencana utama mengenai  kampong kita (seperti di bawah).

 

 

 

 

RENCANA UTAMA

Terawal di Sungai Besi

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliz...@kosmo.com.my

Namanya diabadikan daripada sebuah kapal yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk membawa jemaah haji ke Mekah.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0902/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.1.jpg



PARA pengguna Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) yang menuju ke pekan Sungai Besi atau ke pusat bandar raya Kuala Lumpur, mungkin tidak pernah terlepas pandang melihat mercu tanda gergasi yang tersergam indah, terletak di susur masuk utama kampung tersebut.

Kehebatan nama kampung Malaysia Raya pasti membuatkan ramai yang tertanya apakah keunikan yang ada di sebalik nama kampung ini?

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0902/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.2.jpg

PAPAN tanda pelan perumahan penduduk menyaksikan keunikan dan keistimewaan kampung seluas 25 ekar ini.



Menyusuri sejarah kampung tersebut, namanya diabadikan daripada sebuah kapal yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk membawa jemaah haji ke Mekah. Kapal Malaysia Raya itu terbakar di tengah lautan ketika dalam perjalanan ke Mekah.

Kejadian itu meragut ribuan nyawa jemaah haji Malaysia, sekali gus menyebabkan kerajaan mengambil keputusan menamatkan operasinya pada tahun 1973. Nama kapal tersebut telah diabadikan oleh generasi pertama Kampung Malaysia Raya sehingga hari ini.

Mengikut sejarah awal, kampung tersebut adalah bekas kawasan lombong yang telah diteroka pada akhir tahun 1960-an. Pada mulanya, ia hanya menempatkan gabungan penempatan Melayu yang terdapat di daerah tersebut.

Majoriti penduduknya terdiri daripada masyarakat Melayu yang kebanyakannya datang dari pekan Sungai Besi, kampung Ampera yang terletak di Batu 3, Jalan Sungai Besi (berhampiran TUDM Jalan Sungai Besi), para pekerja Sungai Besi Mines (The Mines Resort) dan Razak Mansion Flat, Jalan Sungai Besi.

Kampung Malaysia Raya telah mendapat kelulusan berstatus sebuah kampung sewaktu di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Mukim Petaling, yang ketika itu di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0902/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.3.jpg

SEMANGAT patriotisme dalam kalangan penduduknya tidak pernah lentur.



Mendalami keunikan kampung Malaysia Raya yang terletak di kawasan seluas 25 ekar atau kira-kira 100,000 meter persegi, hampir kebanyakan reka bentuk kediaman penghuninya menggabungkan konsep kediaman batu moden. Ada juga yang masih mengekalkan seni bina rumah tradisional yang asal.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk kampung tersebut, Mohd Zainuddin Amran, kira-kira 200 buah kediaman penduduk di kampung itu telah mendapat hak milik penuh tanah bumiputera yang dilengkapi dengan infrastruktur, kemudahan teknologi maklumat serta sistem keselamatan.

"Ini adalah penempatan Melayu terawal di Sungai Besi yang kini didiami hampir 2,000 penduduk. Kami adalah generasi kedua yang akan mempertahankan status kampung yang dibina di tengah-tengah kesibukan ibu kota Kuala Lumpur.

"Bagi melahirkan generasi terbilang dan bermaruah, kami berganding bahu menubuhkan dan menggabungkan beberapa pentadbiran kampung yang melibatkan seluruh penduduknya, tanpa mengira peringkat umur dan jantina.

"Ini adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam memajukan sebuah perkampungan Melayu lama yang mempunyai sejarah dan tarikan tersendiri," ujar Zainuddin merangkap pengerusi bagi keenam-enam persatuan kampung seperti Persatuan Penduduk Kampung Malaysia Raya, Rukun Tetangga, UMNO cawangan, Gerakan Daya Wawasan dan Komuniti Bestari.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0902/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.4.jpg

SENI bina kediaman penghuninya masih mengekalkan konsep tradisional.



Berkongsi pencapaian yang diperoleh sepanjang penubuhan Persatuan Penduduk pada tahun 2003, Zainuddin berkata, kampung tersebut telah menerima banyak pengiktirafan daripada agensi kerajaan.

Antaranya ialah Johan Pertandingan Sambutan Keceriaan sempena Hari Kemerdekaan ke-49 Peringkat Zon pada tahun 2006. Pada tahun lalu pula, kampung ini meraih dua kejayaan apabila dipilih sebagai wakil negeri ke Pertandingan Sambutan Keceriaan dan Johan Peringkat Negeri Pertandingan Sambutan Keceriaan sempena Hari Kemerdekaan ke-50.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0902/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.5.jpg

MERCU tanda Kampung Malaysia Raya yang terletak di susur masuk kampung tersebut.



Mengulas cabaran dalam membina semangat kemasyarakatan penduduk, khususnya golongan muda, Zainuddin, berkata, pihaknya sentiasa menekankan isu pendidikan semasa agar mereka menerapkan sifat berdisiplin dan bertanggungjawab.

"Kesan masalah sosial yang meningkat akibat pertambahan penduduk di kawasan sekitar, memaksa kami mewujudkan pelbagai aktiviti sosial remaja termasuk skim rondaan malam yang melibatkan seluruh penduduk kampung.

"Untuk memastikan golongan muda celik IT pula, kami memperluaskan teknologi pengkomputeran wayarles dalam rangkaian pengkomputeran wayarles seperti WLAN (WiFi) di sekitar kawasan Dewan Kampung Malaysia Raya, KAMARA.

"Selain itu, kami menekankan semangat patriotisme dalam kalangan penduduk dalam apa jua jenis perayaan, terutamanya sempena menyambut Hari Kemerdekaan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0902/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.6.jpg

MENTERNAK ikan keli Afrika, produk yang diusahakan penduduk kampung tersebut.



Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk, Basarudin Mohd Tapi, pula berkata, bagi menyerap semangat patriotisme dalam kalangan anak-anak muda agar menjiwai semangat kemerdekaan lampau, pelbagai aktiviti telah dijalankan.

"Sesi ceramah yang menekankan penghayatan erti kemerdekaan dan semangat kental perjuang kemerdekaan akan diadakan setiap kali menjelang detik kemerdekaan.

"Walaupun anak-anak kita hari ini tidak pernah merasai kepayahan dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air dahulu, kami mengambil inisiatif untuk menerapkan semangat kemerdekaan dengan mengadakan program mengibarkan Jalur Gemilang.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0902/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.7.jpg


 

"Selain itu juga, bagi menyerapkan semangat cintakan negara, kami turut menjalankan program menanam bunga kebangsaan di setiap kediaman penduduk kampung," kata Basarudin.

Seorang warga emas, Rahmat Khamis yang merupakan penduduk pertama kampung tersebut pada tahun 1970-an, berkata, program yang dianjurkan oleh persatuan penduduk harus dipuji.

"Dahulu, kami tidak pernah mendapat peluang untuk mengibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kemerdekaan kerana kesempitan wang.

"Kami juga terpaksa menaiki bas awam untuk ke Stadium Merdeka bagi menyaksikan upacara perbarisan yang diadakan.

"Kini, semuanya telah berubah. Kanak-kanak kecil boleh dengan mudah memperoleh sehelai bendera Malaysia dan mengibarkan di mana-mana sahaja," katanya ketika ditanya tentang perbezaan sambutan Hari Kemerdekaan dahulu dan kini di kampung tersebut.

Di samping itu, menyedari teknologi maklumat merupakan medium utama dalam menghubungkan masyarakat kampung Malaysia Raya dengan penduduk luar, sebuah laman web komuniti telah dilancarkan.

"Pengenalan laman web E-Group kgmalaysiaraya bertujuan untuk mendengar pendapat penduduk kampung serta menghebahkan aktiviti yang ingin dijalankan di kampung tersebut.

"Selain itu, pengunjung juga boleh mendaftar terus ke http:// groups.google.com/group/kgmalaysiaraya/ atau melayari laman web kgmalay...@yahoo.com untuk mendapatkan info terkini mengenai kampung ini.

 

image001.jpg
image002.jpg
image003.jpg
image004.jpg
image005.jpg
image006.jpg
image007.jpg

Rozita Joned

unread,
Sep 1, 2008, 10:35:33 PM9/1/08
to kgmalay...@googlegroups.com

 

 

Sila dapatkan Akbar Kosmo hari ini kerana terdapat rencana utama mengenai  kampong kita.

 

 

Rozita Joned

Assistant Manager

Finance Department

EXIM Bank Malaysia Berhad

Level 8, UBN Tower

No. 10 Jalan P. Ramlee

50250 Kuala Lumpur

 

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages