Berita dari Kg. Malaysia Tambahan

7 views
Skip to first unread message

Mahmud Buntat

unread,
Jan 11, 2010, 11:04:43 AM1/11/10
to kgmalay...@googlegroups.com

Salam,

GOTONG ROYONG SEMANGAT TAHUN BARU 2010

Satu majlis gotong royong menjelang Tahun Baru 2010 anjuran bersama Persatuan Kebajikan Penduduk Kg. Malaysia Tambahan dan NGO setempat  telah diadakan baru-baru ini.

Gotong  Royong tersebut bertujuan mengerakan semangat permuafakatan dikalangan pemuda atas dasar  “Kampung Kita Tanggungjawab Bersama” bagi  membersihkan kawasan taman permainan yang lama terbiar dan tidak diselia urus oleh pihak kontraktor.  Keadaan rumput yang panjang dan sampah sarap yang terbiar  telah membangkitkan semangat permuafakatan dikalangan pemuda kampung bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.  Sejak taman ini dibaik pulih oleh DBKL dengan permasangan  lampu, diwaktu malam ianya telah menjadi kawasan yang menarik untuk penduduk beristirehat.

Walaupun beberapa aduan  telah disampaikan oleh penduduk kepada pihak berkuasa tempatan, tidak ada sebarang tindakan diambil bagi membersihkan dan memotong rumput  dikawasan  padang permainan  ini.

Pihak pemuda bersama kaum wanita turut membersihkan kawasan Dewan Maafakat Kg. Malaysia Tambahan yang kini merupakan  "one stop centre" bagi  generasi muda beriadah, bertemu dan bertukar-tukar fikiran untuk faedah bersama. 

Gotong Royong ini telah berjaya membina semangat setiakawan dikalangan generasi muda menjelang Tahun Baru 2010.

KAMPUNG KITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA.


Terima kasih dan Wassalam.

Salam dari,
Hj Mahmud Hj Buntat
Setiausaha
Persatuan Kebajikan Penduduk Kg. Malaysia Tambahan
HP: 019-3893846



IMG_2634.JPG
IMG_2631.JPG
IMG_2632.JPG
IMG_2633.JPG
IMG_2622.JPG
IMG_2623.JPG
IMG_2624.JPG
IMG_2625.JPG
IMG_2626.JPG
IMG_2627.JPG
IMG_2628.JPG
IMG_2630.JPG

Mohd Zainuddin Hj. Amran

unread,
Jan 11, 2010, 7:29:35 PM1/11/10
to google Groups
Hj Mahmud,
 
Shabas kepada semua yang telah bersemangat untuk menunaikan tanggung jawab tersebut. kami di Kg Malaysia Raya sentiasa terbuka untuk melaksanakan apa jua bentuk sokongan asal komuniti kita sentiasa berdaya maju khususnya apabila kita menjangkaui tahun 2010 yang penuh mencabar ini..


Daripada,
MOHD ZAINUDDIN HAJI AMRAN AMW
Pengerusi Persatuan Penduduk &
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga
Pengerusi Gerakan Daya Wawasan
Pengerusi Komuniti BESTARI
Merangkap
Ketua UMNO Cawangan
Kg. Malaysia Raya

33 Kampong Malaysia Raya
57100 Sungai Besi, Kuala Lumpur
H/P: 6-019-2764133  Fax: 6-03-90570767
Email: mz...@hotmail.com
Egroup http://groups.yahoo.com/group/kgmalaysiaraya/
 
 
 

Date: Mon, 11 Jan 2010 08:04:43 -0800
From: mahmud...@yahoo.com
Subject: [kgmalaysiaraya] Berita dari Kg. Malaysia Tambahan
To: kgmalay...@googlegroups.com

Hotmail: Powerful Free email with security by Microsoft. Get it now.
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages