178. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pema'afan dari saudaranya, hendaklah (yang mema'afkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi ma'af) membayar (diat) kepada yang memberi ma'af dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih (Al-Baqarah ayat 178)
183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah ayat 183)
Dua terjemahan ayat Al-Quran nie dipetik dari surah Al-Baqarah yang ditujukan untuk orang beriman tak termasuk munafik (kafir sembunyi2), jadi yang rasa beriman tue istiqamah perjuangkannya,
dan ketahuilah halangan nie ujian ALLAH, dan yang tak suka atau menentang atau lebih kurang semaksud atau sama erti dengannya tak tergolong dalam orang yang dimaksudkan dalam ayat nie, 'Hai orang-orang yang beriman'.
1. Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Asakir meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 'Barangsiapa yang syafaatnya menghalang perlaksanaan satu hukum had dari hukum hudud ALLAH, maka dia adalah musuh ALLAH dalam urusanNYA'. (Hadis Riwayat al-Irwa' 7/2318/349. Hadis Riwayat Ahmad 2/70. Hadis Riwayat Abu Daud 3597. Hadis Riwayat Ibnu Asakir dalam tarikh Damsyiq 2/37/18)
10. An-Nasa'i eriwayatkan daripada Aishah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 'Bahawasanya Bani Israil apabila orang mulia dikalangan mereka mencuri mereka meninggalkannya dan apabila orang hina mencuri mereka potong tangannya. Demi ALLAH yang diriku dalam tanganNYA, jika Fatimah bt Muhammad mencuri nescaya aku potong tangannya'. (Hadis
Riwayat Shahih Sunan an-Nasa'i 3/4550/1011)
Dua hadis nie di ambil dari buku HIMPUNAN HADITH-HADITH SHAHIH Jilid 1 Bab 5: Jenayah, no 1 m/s 205, no 10 m/s 210.
Banyak lagi Hadith2nya, tapi hidayah dari ALLAH, jika ditulis semua hadisnya pun tetap ada yang menentang, yang penting, siapa beriman Hudud nie wajib maka usahakanlah agar dilaksanakan di negara Malaysia dan seluruh muka bumi ini, dan siapa rasa tak wajib atau ragu2 atau tak suka, atau tak perlu, sediakan jawapan bertemu ALLAH nanti. Ingatlah Munkar dan Nankir dah standby dalam kubur dengan amanah yang diberi ALLAH padanya. WALLAHUALAM
--- On Fri, 12/26/08, Ruzaihan Junit <abunaqibah@yahoo. com> wrote:
> From: Ruzaihan Junit <abunaqibah@yahoo. com>
> Subject: [sim] DARI MINDA RUZAIHAN : Menegakkan Hukum Islam
> To: SahabatInteraktif@ yahoogroups. com
> Date: Friday, December 26, 2008, 8:45 AM
> Assalamualaikum warahmatullah. ..
>
> Saya memilih Islam sebagai agama saya. Saya memilih untuk
> percaya kepada Allah dan Nabi Muhammad saw. Tetapi saya
> menolak untuk mempercayai manusia berasal dari Nabi Adam as.
> Sebaliknya saya percaya manusia berasal dari monyet.
> Bolehkah begitu?
>
> Atau... Saya beramal dengan solat 5 waktu sehari semalam
> dan berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Tetapi saya menolak
> untuk menunaikan haji walaupun saya mempunyai cukup wang
> dengan alasan, saya perlu 'memahligaikan'
rumah saya
> terlebih dahulu sedangkan haji hanya untuk yang mampu.
> Memandangkan rumah saya belum cukup mahligai, maka saya
> dikira tidak mampu. Bolehkah begitu?
>
> Soal Pas memperjuangkan Hudud secara bermusim, mungkin
> betul. Mungkin pemimpin dalam Pas perlu melihat persoalan
> ini secara mendalam. Tetapi bagi kami yang menjadi ahli,
> kami tahu sekuat mana iltizam pemimpin kami untuk menegakkan
> hudud. Boleh kata dalam setiap ceramah, penegakan hukum
> hudud dibicarakan tanpa mengira musim. Mungkin promosi oleh
> media perdana sahaja yang bermusim.
>
> Tetapi persoalan yang lebih besar, bolehkah orang Islam
> menolak hudud? Dan bolehkah atau berhakkah kafir laknatullah
> mempersoalkan kewajaran hudud dilaksanakan? Ianya sama
> seperti orang Islam yang menolak Rukun Iman dan Rukun Islam
> serta membenarkan kafir laknatullah mempersoalkan
ibadah
> umat Islam seperti solat, puasa dan zakat. Ianya zalim.
> Bukan menzalimi muslim tetapi menzalimi Allah yang memiliki
> muslim dan setiap dari alam bahkan yang mencipta kehidupan!
>
> Sama ada Pas ikhlas dalam perjuangan atau tidak, itu bukan
> soal yang nyata. Yang pasti, Pas ada niat meletakkan hukum
> Allah melebihi seluruh hukum yang lain. Persoalan yang lebih
> utama ialah, di manakah kedudukan muslim yang mempertikai,
> mengkritik bahkan menolak hukum hudud? Masihkan mahu mengaku
> sebagai muslim? Lebih baik jangan. Malulah kepada Allah!
> Malulah setelah menafikan kepandaikan Allah, kita hendak
> mengaku percaya kepadaNya?
>
> Kita adalah terlalu kerdil dan bodoh jika dibandingkan
> dengan kepandaian Allah. Sebagai muslim, WAJIB kita percaya
> dengan al-Quran. Percaya bukan setakat baca. Percaya adalah
> dengan mempraktikkan apa yang
terkandung di dalamnya. Kita
> baca buku Fizik, kita percaya PV=nRT. Jadi kita baca
> al-Quran, maka kita percaya hukum di dalamnya adalah suatu
> tuntutan. Jangan tempah api neraka kerana mahu hidup dalam
> 'air-cond' di dunia.
>
> Wassalamualaikum warahmatullah. ..
>
> Abu Naqibah
>
>
>
> ____________ _________ _________ __
> From: zas ishak <fiezsterz@gmail. com>
> To: SahabatInteraktif@ yahoogroups. com
> Sent: Friday, December 26, 2008 3:48:42 PM
> Subject: Re: [sim] KOMENTAR : Kenapa Hudud?
>
>
> salam ...
>
> Saya pernah berbual dengan sahabat saya tentang
perkara
> ini, beberapa
> mingu lalu. Pada masa itu, belum ade lagi cakap2 tentang
> pilihanraya
> kecil Terenganu.Saya cuba bersikap se neutral yang mungkin
> semasa
> perbincangan.
>
> Antara intipati dalam perbincangan tersebut, saya
> persoalkan kenapa PAS
> memperjuangkan Hudud secara bermusim.Kenapa ia tidak ada
> konsistensi
> dalam perjuagan menegakan hukum Allah di muka bumi ini.Umum
> tahu kini,
> kempen pilihanraya kecil Terenganu rancak berlansung. Dan
> tidak
> mengejutkan, sekali lagi Hudud panas dibicarakan. Dari
> pemerhatian saya,
> lebih bnyak kempen/banner/ lencana "ANTI ISA",
> "BEBASKAN ANWAR","ANTI
> -UMNO","IKLAN2 BERBAYAR" dalam mana2 siaran
> akhbar/blog/ website yang
> pro PAS sepanjang tahun.Kenapa tidak, digantikan dengan
> kempen2 "KAMI
> MAHUKAN HUDUD" dan lain2 lagi dibuat
sepanjang
> tahun.Usaha yang bermula
> dengan kecil2, pasti memberi kesan walaupun sedikit.Yang
> pastinya usaha
> secara berterusan harus ada. Pas harus lebih kreatif, dalam
> menyemai
> kesucian hukum Allah ini dikalangan masyarakat
>
> Umum tahu, ada dikalangan bukan muslim yang menolak Hudud,
> malah
> dikalangan muslim juga ada.Ini adalah kerana kurang
> pemahaman. Harus
> diadalah roadshow/sesi penerangan yang berterusan.Ini
> adalah untuk
> manarik dan menambah kepercayaan masyarakat khususnya bukan
> muslim.
> Kebanyakan dari kita ni, pun bnyak yang tak tahu secara
> detail, apa itu
> Hudud bukan ?
>
> Jadi saya berharap agar pemimpin Pas agar lebih kreatif
> dalam
> memperjuangakn Hudud. Jangan jadikan seolah macam kempen
> bermusim yang
> kita lihat sekarang. Mengenai perlaksanaan dan
tentangan,
> akan datang
> kemudian. Kita lakukan apa yang terdaya.. dari sekecil2
> usaha mungkin
> membuahkan hasil.Jadikan ia kempen sepanjang zaman
> Insya-Allah,
> sehingalah berjaya kelak.
>
> sekian
>
>
>
> Nas Isma wrote:
> Wah emosi betul nampaknya sahabat kita ini? Syabas atas
> semangat
> yang ditunjukkan. Tetapi realiti ialah undang-undang dan
> perlembagaan
> negara tidak boleh dipinda sesuka hati... Perlukan 2/3
> majoriti untuk
> luluskan Undang-Undang Hudup. Walau pun Malaysia sebuah
> negara Islam
> berdasarkan faktor sejarah dan komposisi penduduk,
> Perlembagaan
> Persekutuan adalah supreme dan terpakai untuk negara-bangsa
> Malaysia.
>
> Tahukah kita dari 222 kerusi Kawasan Parlimen, 119 sahaja
> kawasan majoriti Melayu Islam di seluruh negara? Jumlah
> tersebut
perlu
> direbut bermati-matian antara PKR, Pas dan UMNO. Ada
> sesetengah tempat,
> majoriti Melayu Islam agak tipis lalu kawasan itu diberi
> kepada bukan
> Islam atas dasar toleransi dan kompromi politik. Ini
> melibatkan semua
> parti baik PR mahupun BN. Akhirnya yang merugi ialah Melayu
> dan Islam
> sendiri.
>
> Dari 119 itu termasuk Sabah dan Sarawak. Bolehkah UMNO Pas
> bersatu, justeru tak perlu lagi berlanjutan berbalah soal
> khilafiah,
> terus sahaja kepada matlamat - Menegakkan syiar Allah dan
> Malaysia
> negara Islam? Susah sangat ke hendak bersatu? Kata Islam?
> Bukankah Nabi
> menyuruh umatnya bersatu, bukannya berpecah-belah kerana
> perbezaan
> fahaman, parti dan kroni politik?
>
> Kesimpulannya, bolehkah Undang-Undang Hudud dibentang di
> Parlimen pada masa sekarang ini dan diluluskan
dengan
> mendapat undi
> majoriti 2/3 ahli dewan sedangkan orang Islam sendiri masih
> berpecah
> mengikut parti, mazhab dan mereka tidak pernah sepakat?
>
> Undang-Undang Tuhan tidak akan berubah, tetapi untuk
> memaksakan
> hudud menjadi sebahagian undang-undang jenayah di Malaysia
> dalam
> keadaan masyarakatnya berbilang kaum dan agama akan memakan
> masa yang
> agak lama... Ini terbukti dengan kegagalan perlaksanaan
> undang-undang
> hudud di Kelantan sendiri.
>
> Isu yang saya ingin ketengahkan di sini bukannya
> menyuruh masyarakat menentang hudud tetapi mempertikai
> kenyataan Husam
> Musa yang membangkitkan semula hasrat Pas untuk
> memperjuangkan hudud
> sebagai modal Pilihanraya Kecil P.36 Kuala Terengganu. Pas
> sendiri
> nampaknya semakin tertekan dengan perjuangan yang
> memperalatkan
agama
> untuk tujuan politik.
>
> Pendirian Pas jelas mendapat tentangan keras dari DAP,
> sementara
> PKR nampaknya tidak bersedia untuk memberikan sebarang
> sokongan
> terhadap pendirian tersebut kerana PKR sendiri sebenarnya
> kini didokong
> oleh bukan Melayu Islam sementara Anwar dan Syed Husain
> adalah boneka
> mereka... Mereka menyokong PKR kerana hendakkan tempat di
> Parlimen,
> DUN dan Kerajaan termasuk PBT yang selama ini dimonopoli
> oleh penjawat
> awam Melayu yang korup dan suka pilih bulu.
>
> Sila baca rencana terbaru saya berjodol: 'Menerkam
> Badai Tsunami
> Politik - Melonjakkan perjuangan membangun dan memperkasa
> ekonomi'.
>
> Didalam rencana tersebut saya mencadangkan orang Melayu dan
> Islam mengurangkan berpolitik dan berpolimik, sebaliknya
> menggembeling
> dan menumpukan
perhatian kepada gerak kerja, sumber
> kewangan dan
> tenaga untuk mengujudkan lebih banyak peluang-peluang
> pekerjaan,
> perniagaan dan pendidikan untuk anak bangsa. Hanya dengan
> cara ini kita
> dapat menyelesaikan masalah kemiskinan dan kegawatan
> ekonomi.
>
> Perlu ditegaskan tanggungjawab tersebut di atas bukan
> sahaja
> terletak di bahu kerajaan, kita yang perlu memperkasakan
> diri untuk
> lebih berdaya saing dan berjaya!
>
> "KALAU ANDA NAK HUDUD DILAKSANAKAN PASTIKAN UMNO, PAS
> DAN BN MEMENANGI
> SEKURANG-KURANGNYA 150 KERUSI DI PARLIMEN PADA PRU13. ITU
> TERTAKLUK
> KEPADA KESEDIAAN ANGGOTA KOMPONEN BN BUKAN ISLAM DI
> PARLIMEN UNTUK
> MENERIMA DAN MENYOKONG CADANGAN PINDAAN TERHADAP RANG
> UNDANG-UNDANG TERSEBUT"
>
> Tetapi Tok Guru Nik Aziz kata Pas tidak akan menyertai BN
> sebaliknya
lebih suka menjadi kuda dan keldai buat PKR dan
> DAP. Kenapa
> tak pilih bergabung dengan UMNO? Kenapa tidak boleh maaf
> bermaaf dan
> melupakan sahaja kisah lalu? Kita tanya Nik Aziz kenapa?
>
> HANYA MELALUI KERJASAMA PAS-UMNO HUDUD DAPAT DILAKSANAKAN.
>
> Kenapa tak percaya?
>
>
> From: Mohd Faruq Faizullah Alias <moffaz@gmail. com>
> To: SahabatInteraktif@ yahoogroups. com
> Sent: Friday, December 26, 2008 1:41:51 AM
> Subject: Re: [sim] KOMENTAR : Kenapa Hudud?
>
>
> Hudud Undang2 Allah, 2/3 majoriti supaya perlembagaan
> dipinda
> adalah undang2 Manusia. Logik akal hang pa- hang pa yg ada
> dalam forum
> nie. Antara hukum Allah dan hukum Manusia, mana yg lebih
> penting, FIKIR
> dgn akal yg tuhan bagi. Hudud utk org Islam, sejak bila
> non-muslim
> tertakluk bawah Hudud. Sejak bila
Hudud adalah hukum
> pecisanOrg Islam
> sembahyang 5 waktu, bila pulak non-muslim kene gi semayang
> 5 waktu.
>
> UMNO, PAS, HAMIM, Berjasa, PKPIM, ABIM, GPMS, BBM, BBRM,
> GAPENA, PEKIDA
> apa nie sume. Biar betapa gah pun mana2 persatuan, Allah
> Maha Besar,
> Usah mengungkit dalam memperjuangkan Islam, Jangan berkira
> dalam
> memperjuangkan Islam. Biar Allah yang nilai perjuangan yg
> ikhlas
> seseorang muslim. Biar pun Nabi Muhammad tergolong dalam
> org yg maksum,
> mengapa beliau tetap istiqomah memohon mengampunan dari
> Allah SWT. Tak
> terfikir kah kita, tak menagiska kita. Betapa rendah
> dirinya beliau.
> Malu la....malu.. ....
>
> Syabas buat Husam Musa, berani cakap yg benar biar pun
> pahit. Nilai apa
> yg dikatakan, jika benar .... kena terimalah, Jika salah
> tegurlah.
> Nilai pada
kata2, bukan nilai pada peribadi.
>
> Kenapa perlu merujuk pada pengamal undang2, mereka pengamal
> undang2
> MANUSIA. Kenapa tidak tanya pada pengamal2 ilmu Islam -
> Ulamak
> Warasatul Anbiak. JELAS lagi BERSULUH. Mereka pedukung
> Al-Quran dan
> Hadis. JELAS lagi BERSULUH.
>
> Biarpun saya antara insan yang sering melakukan dosa, tidak
> tinggi pun
> ilmu agama saya, Tetapi saya cintakan Muhammad SAW.
> Disebabkan saya
> cintakan beliau, saya perlu mencintai ulamak. Biar pun kat
> malaysia
> tiada jutawan, pahlawan atau hartawan sekalipun, JANGAN
> TIADA ULAMAK.
> Walaupun saya hanya seorang jurutera, biar tiada jurutera,
> jgn tiada
> ULAMAK. Biar tiada saya, jgn tiada ULAMAK.
>
> Orang Islam perlu bersatu, beri penerangan yg benar
> berkenaan Islam
> kepada org Islam, malah juga kepada bukan Islam.
Bila
> dikatakan
> memperjuangkan Islam, usahlah berpersatuan atau berparti
> atau berpuak.
> Allah telah pun diclare bahawa org Islam itu bersaudara -
> itu kesatuan
> paling hebat.
>
> Perjuangkan apa pun yg benar, jika mahu HUDUD...
> laksanakan. Kerana itu
> adalah perintahNYA. Itu sahaja. Jika UMNO bergabung dengan
> PAS dan juga
> wakil2 Muslim dalam Keadilan yg juga merupakan saudara kita
> menerima
> HUDUD. Mengapa perlu bercerita berkenaan dengan 2/3 undang2
> MANUSIA.
> Jelas disini siapa yg mahu dan siapa yg tidak mahu kepada
> Islam. Mereka
> yg benar2 bersedia untuk melaksanakan telah ada, kenapa
> masih wujud
> saudara2 kita yg membisu, berdalih, beralasan, berpuak dan
> berbangsa-bangsakan golongan lain. Saya lebih rela
> memperjuangkan Islam
> dari memperjuangkan Kemelayuan. Sebab saya mendapat
saudara
> dari
> berbilang bangsa, berbeda warna kulit, berbeda bahasa dan
> loghat tetapi
> sama2 mencintai Allah. India Muslim, Cina Muslim, dan
> jangan lupa
> Melayu Muslim bersaudara kerana Allah. Saya tidak mahu
> dibangkitkan di
> mahsyar lalu beratur di belakang pemimpin kebangsaan, saya
> mahu beratur
> di belakang ulamak kerana ULAMAK WARASATUL ANBIAK.
>
> Seteruk mana saya pun, sejahat mana saya pun di atas muka
> bumi ini,
> sama sekali tidak berani untuk menghalang atau menidakkan
> perintahNYA.
> Hanya dengan cara ini saya mohon sgt2 supaya Allah
> mengampunkan saya.
>
> Sampaikan yg benar berkenaan Islam kepada Non-muslim, jgn
> menakut-nakutkan mereka dengan Islam yg palsu. Allah SWT
> anugerahkan
> Islam itu dengan penuh keindahan bukannya menakutkan. Yang
> menkaut-nakutkan Islam itu hanyalah
MANUSIA yg
> berkepentingan. Kerana
> saya yakin Islam itu indah secara total, maka tidak logik
> bagi saya ada
> satu hukum yang bernama HUDUD menakutkan manusia. Tidak
> munasabah
> Pencipta yg telah mencipta makhluk2Nya lalu menganugerah
> Islam
> (Kesejahteraan) , ada hukum yang tidak sesuai untuk makhluk
> ciptaanNYA. Kecuali manusia itu sendiri ingin menafsirkan
> bahawa hukum
> itu tidak sesuai dengan menggunakan fikiran manusia yg
> terbatas - dan
> logik akal manusia yg sempit dan tidak berhidayah lalu
> disimpulkan
> bahawa hukum dari Pencipta tidak lagi sesuai.
>
> Saya yakin yg non-muslim tidak takut kepada HUDUD, jika
> ulamak2
> menyampaikan dan memberi pemahaman kepada mereka. Bukannya
> penjelasan
> dari org yg tidak berilmu.
>
> Apapun, kita mengharapkan Ulamak2 yg ada di Malaysia
> bangkit
memberi
> penjelasan dengan berani berkenaan dengan isu ini dan
> laksanakan jika
> itu tuntutan ilahi. Saya sama sekali menyokong apa pun
> keputusan Ulamak.
>
> Wasalamualaikum
> pencintaulamak
>
>
>
> 2008/12/25 Nas Isma <angahku_01@ yahoo. com>
>
> Bukan Pas sahaja yang berjuang untuk agama - UMNO, HAMIM,
> Berjasa, PKPIM, ABIM, GPMS, BBM, BBRM, GAPENA, PEKIDA..
> adalah juga
> pejuang agama. Cuma bezanya, pertubuhan-pertubuh an
> tersebut tidak
> memperalatkan agama untuk kepentingan politik apatah lagi
> cita-cita
> politik peribadi.
>
> Hudud boleh dilaksanakan di Malaysia kalau semua
> pihak bersetuju dan Perlembagaan Persekutuan dipinda. Untuk
> meminda
> Perlembagaan, kita perlukan 2/3 majoriti.
>
> Tetapi tidak ada satu pun parti politik termasuk Pas yang
>
berupaya menguasai 2/3 kerusi di Parlimen, jadi secara
> perlembagaan,
> hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia. Kalau mahu
> juga, pas kena
> melakukan revolusi. Sanggup ke?
>
> Ini bukan pendapat saya seorang sahaja tetapi pendapat
> majoriti pengamal undang-undang termasuk peguam dan ahli
> parlimen
> sendiri. Oleh itu kenyataan Husam Musa hanyalah penyedap
> kata menjelang
> Pilihanraya Kecil P.36 Kuala Terengganu.
>
> Pas perlu menang di Kuala Terengganu, tetapi dalam keadaan
> orang Melayu telah kembali bersatu dan UMNO Terengganu
> solid dibelakang
> MB mereka, para penyokong Pas marah kepada pepimpin Pas
> Pusat kerana
> sanggup menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR, sokongan
> terhadap
> mana-mana calon Pas di p.36 akan merosot.
>
> Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid, seorang Peguam dan
> anak tempatan
akan mendapat undi majoriti mudah untuk
> mengekalkan
> kerusi BN di Kuala Terengganu. Jawatan yang menunggu beliau
> ialah
> Timbalan Menteri Pelajaran.
>
> Terengganu Darul Iman bakal dijadikan hub pendidikan
> ilmu-ilmu Islam. Kemudahan telah tersedia. Rugi kalau orang
> Terengganu
> kita menpersia-siakan peluang ini.
>
> Naseron Ismail, Setiausaha
> PERTUBUHUHAN KEBAJIKAN & DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA
> WILAYAH PERSEKUTUAN
> www.pekida.org
>
>
> From: wan rohaya mohd daud <girlpower_wan@
> hotmail.com>
> To: sahabatinteraktif@
> yahoogroups. com
> Sent: Thursday, December 25, 2008 12:22:23 PM
> Subject: RE: [sim] KOMENTAR : Kenapa Hudud?
>
>
>
> sy rasa kalau kita bangga dgn al-quran& sunah rasul
> saw, kita
> sbnarnya boleh educate bangsa2 lain untuk menerima
hudud...
> kalau kita
> ikhlas, pasti kita boleh explain terperinci pd non muslim
> pasal hudud
> ni. saya ada kenal few non muslim yang menyokong hudud(x
> sbr2) sbb
> diorg tahu apa keistimewaan di sebalik hukum hudud ni..
> mereka2(termasuk non-muslim) yang mahukan keamanan,
> ketenangan dalam
> dunia ini pasti menerima & mengalu2kan hudud, mrk yang
> anti hudud
> ni sbb mereka masih nak meneruskan dosa2/perbuatan yang
> mereka dah
> biasa lakukan sblum ini... keadaan Malaysia negara ISLAM ni
> dah dalam
> kedaan bahaya... Melayu Islam yang plg byk sosial &
> rosak akhlak..
> pendapat sy, hudud dah ptut dilaksanakan. .. hudud lebih
> kpd
> amaran& peringatan.. bkn menghukum...
> p/s: saya bukan ahli pas...UMNO dr dulu lg,wpun tak sepenuh
> hati
> Hidup ni menjadi indah kalau segalanya dilakukan krn
ALLAH
> SWT...
> wassalam
>
> To: SahabatInteraktif@ yahoogroups. com
> From: angahku_01@yahoo. com
> Date: Wed, 24 Dec 2008 19:57:55 -0800
> Subject: Re: [sim] KOMENTAR : Kenapa Hudud?
>
>
> Saya suka nak komen sikit cara penulisan wmsayutie@yahoo.
> com yang sebenarnya hanya mengambil logik dan pandangan
> sempit Pas
> sebab beliau adalah ahli Pas.
>
> Kepada rakyat terbanyak saya menegaskan bahawa hudud
> hanyalah
> secebis hukum dalam perundangann Islam, ia berkaitan kanun
> keseksaan
> dan acara jenayah atau Penal Code... Jika ingin dilaksana
> ia akan
> terpakai bukan sahaja kepada orang Islam tetapi kepada
> semua
> warganegara dan bukan warganegara (Lihat Yusouf Khardawi).
>
> Ini yang menjadi pertikaian. Pas sejak dulu sengaja
> memutarbelitkan fakta dan menuduh UMNO tidak Islam
kerana
> tidak
> menerima hudup, UMNO menerima hudud lebih dahulu berbanding
> Pas yang
> hanya berupaya menjadikan hukum tersebut sebagai modal
> politik.
>
> Dari segi Undang-undang dan Perlembagaan Negara hudud
> memang mustahil dilaksanakan buat masa ini, pertama kerana
> memerlukan
> pindaan 2/3 majoriti (Pas kena join UMNO jika terus mahu
> hukum hudud),
> kedua kerana sistem kehakiman kita masih tidak mengiiktiraf
> kedudukan
> Mahkamah Syariah sebagai supreme, ketiga masalah penduduk
> berbilang
> kaum dan agama... dan keempat kerana politik agama (Pas)
> dan perkauman
> (DAP, MCA, Gerakan dan MIC) masih menghantui senario
> politik negara.
>
> Cuba anda berfikir di luar tempurung sedikit dan lihat dari
> atas (helicopter view) dan serius permasalahan ini. Husam
> hanya
> mencuit, tetapi hakikatnya
beliau sendiri tidak ikhlas dan
> mampu untuk
> mengubah sistem, hanya suka bermain politik!
>
> Pas gagal melaksanakan sepenuhnya hukum Islam di Kelantan,
> Perak dan Kedah. Apa sebabnya? Dan Pas ditolak di
> Terengganu selepas
> berkuasa sepenggal, kenapa?
>
>
>
> From: W.M.SAYUTIE W. MAHMOOD <wmsayutie@yahoo. com>
> To: SahabatInteraktif@ yahoogroups. com
> Sent: Wednesday, December 24, 2008 9:05:43 PM
> Subject: [sim] KOMENTAR : Kenapa Hudud?
>
>
> Hudud: PAS punyai cita-cita, Umno bagaimana?
>
> Tahniah terlebih dahulu diucapkan kepada Dato' Husam
> Musa kerana
> tetap berpegang kepada prinsip PAS untuk melaksanakan hudud
> jika
> Pakatan Rakyat atau PAS memerintah negara ini.
>
> Di dalam wacana politik di antara Husam dan Khairi
> Jamaluddin, Naib
> Ketua Pemuda Umno
yang telah diadakan di Kelantan baru-baru
> ini
> memperjelaskan kepada kita semua siapakah yang sebenarnya
> tidak mahu
> kepada hudud.
>
> Bukan masalah DAP, MCA atau MIC, bahkan juga bukan masalah
> Non-
> Muslim yang tidak menyokong hudud ini, masalahnya Parti
> Umno yang
> kononnya memperjuangkan Melayu dan Islam turut menolak
> hukum Allah
> ini.
>
> Media perdana menjadikan isu hudud ini sebagai senjata
> untuk
> menyerang PAS terutamanya. Dalil yang diambil oleh UMNO
> bagi
> menghalang cita-cita PAS bagi melaksanakan hukum hudud ini
> adalah
> dipetik dari kenyataan pemimpin dari DAP.
>
> Baru-baru ini juga MIC turut menolak hukum tersebut.
> Mengapa
> penolakan tentang hukum hudud ini oleh pemimpin-pemimpin
> yang
> terdiri dari Non-Muslim yang tidak beriman dengan Allah
dan
> Rasul
> ini diambil oleh Umno serta diperbesarkan di dalam media ?
> Tidak lain tidak bukan, Umno juga mempunyai hati dan
> perasaan sama
> seperti pemimpin-pemimpin tersebut walaupun pemimpin Umno
> mengaku
> berugama Islam dan beriman dengan Al-Quran.
>
> Mengapa tidak diambil dalil untuk menolak hudud ini dari
> Ulama-ulama
> Kerajaan, Mufti-mufti atau sesiapa sahaja yang mengetahui
> tentang
> perundangan Islam ? Mengapa mesti pemimpin DAP, MCA atau
> MIC ?
> Saya merasakan kenyataan Husam adalah lojik, praktikal dan
> bijaksana
> apabila menyatakan bahawa perlaksanaan hukum hudud akan
> ditangguhkan
> sehingga teman-teman dari Pakatan Rakyat benar-benar
> memahami apakah
> itu hudud.
>
> Penangguhan tidak bermakna dibatalkan terus, sepertimana
> juga Dato'
> Najib mengumumkan
penswastaan IJN ditangguhkan, ia tidak
> bermakna
> IJN tidak diswastakan. Ini memberi maksud bahawa Kerajaan
> tetap
> mempunyai niat untuk menswastakan IJN, cuma ianya
> ditangguhkan
> mungkin atas sebab menghadapi Pilihanraya Kecil Parlimen
> Kuala
> Terengganu tidak berapa lama lagi.
>
> Begitulah juga apa yang diperkatakan oleh Husam. PAS tetap
> mempunyai
> niat atau cita-cita untuk melaksanakan hudud, cuma jika
> Pakatan
> Rakyat berkuasa perlaksanaannya tidak secara serta merta.
> Nawaitu
> yang ada pada PAS itu amat terpuji berbeza dengan Umno.
> Kerajaan BN
> yang ditunjangi oleh Umno sejak berpuluh tahun, usahkan
> hendak
> melaksanakan hukum hudud bahkan Umno sedikit pun tiada
> cita-cita
> atau komitmen ke arah itu.
>
> Benarkah PAS menggadaikan prinsip kepada DAP seperti yang
>
dihangat
> diperkatakan oleh media dan pemimpin Umno ? Apa prinsip PAS
> yang
> telah digadaikan ? Bukankah PAS masih komited untuk
> melaksanakan
> hukum hudud dan sepanjang masa PAS berusaha ke arah itu ?
> Sepanjang
> PAS berdakwah dan berpolitik untuk menegakkan Islam di
> negara ini,
> musuh yang terang dan nyata menentang usaha PAS ini bukan
> DAP, MCA
> atau MIC tetapi sebaliknya Umno.
>
> Penentangan hukum hudud oleh pemimpin DAP, MCA ataupun MIC
> amat
> mudah difahami kerana kita tidak boleh mengharapkan
> Non-Muslim
> menyokong usaha kita bagi menegakkan Islam. Umno tidak
> pernah ingin
> bekerjasama dengan PAS untuk merealisasikan hukum Allah
> tersebut,
> bahkan cita-cita Kerajaan Negeri Kelantan dan suatu ketika
> dahulu
> Terengganu di bawah PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan
>
Qisas
> dibantah oleh kerajaan Umno/BN.
>
> Kenyataan Najib baru-baru ini yang mengatakan mengapa PAS
> tidak
> melaksanakan hudud di negeri-negeri bawah pemerintahannya
> memperlihatkan Najib bukan seorang pemimpin yang bijak dan
> amat
> malang sekali beliau bakal menjadi Perdana Menteri kita.
> Terdapat sedikit kebijaksanaan kenyataan Dato' Zahid
> Hamidi yang
> memberi kenyataan bahawa hukum hudud hanya boleh
> dilaksanakan
> sekiranya PAS atau Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Pusat.
> Mungkin
> Dato' Zahid terlupa bahawa sudah berpuluh tahun Umno/BN
> menjadi
> Kerajaan Pusat, tetapi Perlembagaan 'Lord Reid'
> juga dijadikan kitab
> perundangannya.
>
> Kenyataan dari pimpinan KeADILan khususnya berkaitan isu
> ini adalah
> bijaksana dan berhemah. Tidak seorang pun pimpinan KeADILan
> yang
> menolak secara total prinsip dan cita-cita PAS tersebut,
> sebaliknya
> mereka mahukan perbincangan lanjut terus diadakan oleh PAS
> bersama
> pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
>
> Kenyataan Menteri Besar Selangor yang menyerahkan kepada
> pimpinan
> PAS untuk memberi kefahaman yang jelas berkaitan hudud ini
> kepada
> rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain haruslah dipuji.
> Terlalu jauh
> bezanya dengan Umno dalam aspek pendekatan untuk
> mendaulatkan Islam
> di negara ini.
>
> Umno langsung tidak bersuara samada di dalam kerajaan dan
> parti
> mereka sendiri berkaitan hukum ini, melainkan hanya
> bersuara dalam
> soal ini senada dengan suara-suara mereka yang bukan
> berugama Islam.
> Amat malang sekali, umat Islam yang paling seronok apabila
> ada yang
> menentang hukum hudud ini adalah
terdiri dari umat Islam
> yang
> menjadi pemimpin UMNO. Mereka begitu sensitif apabila
> melihat kepala
> babi digantung, tetapi sedikit pun tidak sensitif apabila
> hukum
> hudud diperlekehkan.
>
>
>
>
>
> Make the most of what you can do on your PC and the Web,
> just the way
> you want. Windows Live