Wasiat
Rasulullah
Ahmad telah menceritakan :
"Telah
menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari
Muhammad bin
Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid
daripada Al-Khudri
yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat
kepada Saidina Ali bin Abi
Talib r.a di mana baginda telah bersabda :
1. "Wahai Ali, bila pengantin
perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka
(suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika
ia duduk dan (suruh ia) membasuh
kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila
kamu berbuat demikian Allah
mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran
dari rumah kamu, dan
Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang
sentiasa menaungi
di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu
meratai setiap
penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit
gila, sawan
(gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah
tersebut.
Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 )
jenis
makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu 2.
Cuka 3.Ketumbar 4. Epal Masam
Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai
Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini dilarang..?"
Baginda
menjawab :
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari
empat
perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak.
Sesungguhnya
tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang
tidak
dapat anak."
Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai rasulullah,
mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan
semasa minggu pertama
perkahwinan) ."
Baginda menjawab :
"Apabila ia minum cuka semasa haid,
sesungguhnya haidnya itu tidak akan
bersih selama-lamanya secara
sempurna.
Mengenai ketumbar ia mengganggu haid di dalam perutnya dan
menyukarkan
kepadanya kelahiran.
Tentang epal masam, ia memotong haid
sebelum masanya maka menjadikan
haid itu berlalu begitu saja dengan
sebabnya."
2. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima' dengan isterimu
pada awal
(hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir
(dua
hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi
dan
sopak mudah mengenainya dan anaknya."
3. "Wahai Ali..! janganlah
berjima' dengan isterimu selepas zohor,
sesungguhnya jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak
kerana jima' pada waktu itu, maka ia
akan bermata juling dan syaitan
sangat suka kepada manusia yang bermata
juling."
4. "Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima',
sesungguhnya
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan
jima' yang
demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu."
5.
"Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan
jagalah
pandanganmu sewaktu berjima', (jika tidak) sesungguhnya mewarisi
buta
iaitu anak."
6. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan
perempuanmu dengan syahwat
terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang
demikian itu jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu
akan menjadi pondan
yang bersifat benci dan hina."
7. "Wahai Ali..!
jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca
Al-Quran, maka
sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua
api
(bala) dari
langit yang membakar kamu berdua."
8. "Wahai Ali..! janganlah berjima'
dengan isterimu kecuali ada padamu
satu tuala dan pada isterimu satu
tuala."
9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan
satu
tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan
kuat
syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian
itu
akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua
kepada
berpecah dan talak."
10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima'
dengan isterimu secara
berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada
perbuatan keldai,
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak,
maka anak itu
sentiasa kencing di tempat tidur seperti keldai yang suka
kencing di
merata-rata tempat."
11. "Wahai Ali..! janganlah berjima'
dengan isterimu pada malam 'Aidil
Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika
Allah s.w.t. mengurniakan
kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat
dan tidak mendapat
anak baginya kecuali sudah tua."
12. "Wahai Ali..!
janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam
'Aidil Adha, maka
sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam
tersebut, apabila Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, aku
bimbang ia akan menjadi
seorang yang berjari enam atau empat."
13. "Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima' dengan isterimu di bawah
cahaya matahari (secara langsung) dan
terkena warna (cahayanya), kecuali
kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika
tidak maka sesungguhnya kalau
Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak,
nanti anak itu akan menjadi
seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan
faqir sehingga mati."
14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan
isterimu di bawah pohon
kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah
s.w.t. mengurniakan kamu
berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang
tukang gojo ( algojo),
tukang sebat atau seorang ketua yang
bengis,"
15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu
sewaktu antara
azan dan iqamah, jika berjima' pada waktu
demikian,sesungguhn ya jika
Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia
menjadi seorang yang
menumpahkan darah."
16. "Wahai Ali..! janganlah
kamu berjima' dengan isterimu semasa ia
hamil kecuali kamu berdua berwudhu',
jika tidak maka sesungguhnya jika
Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,
nanti ia akan menjadi
seorang yang buta hati dan bakhil tangan."
17.
"Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada
pertengahan
(Nisfu) Sya'ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika
Allah s.w.t.
mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai
tanda yang jelek
pada muka dan rambutnya."
18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima'
dengan isterimu pada akhir
bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya
yang demikian itu jika
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak,
nanti anak tersebut
menjadi seorang yang sentiasa perlu
meminta-minta. "
19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu
dengan syahwat
terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian
itu
sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua
anak,
nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang
yang
zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia."
20.
"Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di atas loteng
maka
sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak
kepada
kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang
melewati
batas."
21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada
malam
kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya
kalau
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan
membelanjakan
harta kepada yang tidak Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca
ayat
Al-Quran : "Innal Mubazziriina kaanu ,ikhwan Nas, Syayathin."
22.
"Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu
keluar
bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian
itu
sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak,
nanti ia
menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim."
23. "Wahai
Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal
malam, maka
sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia
menjadi seorang
tukang sihir, songlap, dan menghendaki dunia
daripada
akhirat."
ANJURAN BERJIMA'
24. "Wahai Ali..! jika
kamu berjima' dengan isterimu bacalah :
"Allahumma Jannibnis Syaitan
Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani." Maka
yang demikian itu kalau Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu anak,
tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya
selama-lamanya. "
25. "Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima' dengan
isterimu pada malam
Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan
kepada kamu
berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada
kitab
Allah(Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t.
(baik
dan buruk Qada' dan Qadar Allah)."
26. "Wahai Ali..! jika kamu
berjima' dengan isterimu pada malam
Selasa,Allah s.w.t. akan memberi kepada
kamu berdua anak yang mendapat
nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : 'Anla
ilahaillallah wa anna
Muhammada ar-Rasulullah' dan Allah s.w.t. tidak
azabkannya (turun bala
kepadanya)bersama- sama orang musyrikin, mulutnya
berbau harum yang akan
melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada
mengumpat, berdusta dan
mengadu-domba.
27. "Wahai Ali..! jika kamu
berjima' dengan isterimu malam Khamis, maka
Allah s.w.t. akan mengurniakan
kepada kamu berdua anak yang bijaksana,
atau seorang yang alim,di kalangan
orang-orang yang alim."
28. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan
isterimu sewaktu matahari di
tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada
kamu berdua seorang anak
yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban
(tua) dan menjadi
seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya
keselamatan
agama dan dunia."
29. "Wahai Ali..! jika kamu berjima'
dengan isterimu pada malam Jumaat
dan nanti anak kamu berdua adalah seorang
pemidato yang berwibawa dan
petah berkata-kata.
30. "Wahai Ali..! jika
kamu berjima' dengan isterimu pada hari
Jumaat,selepas Asar, Allah s.w.t.
akan kurniakan seorang anak yang
terkenal,masyhur dan alim."
31.
"Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat
selepas
Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti
menjadi seorang
yang abdal (terkemuka), "
"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI
SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA
DARI JIBRIL A.S."
* Petikan
dari Al-Ikhtisyaah (ms.132-135) , As-Saduq, Al-Faqih
(ms.456) dan Al- Ilal
(ms.174).
--- Pada Jum, 21/8/09, Hisham Hamidi <hisham...@yahoo.com> menulis:
|
|