Bil: 01 dlm. ppkamara/meeting/egm 06
10 April 2004
Semua Ahli Jawatankuasa
Semua Ahli Berdaftar,
Semua Penduduk Kg Malaysia Raya
dan Sekitarnya
Ybhg Dato/Datin/Hj/Hajjah/Tuan/Puan,
NOTIS
1. PANGGILAN MESYUARAT AGUNG KALI KEEMPAT
PERSATUAN PENDUDUK KG MALAYSIA RAYA
2. MAJLIS PERASMIAN PENUBUHAN AHLI JAWATANKUASA
GERAKAN DAYA WAWASAN (GDW) BAGI KG. MALAYSIA RAYA
OLEH PENGARAH KEMAS, WILAYAH PERSEKUTUAN
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa bersesuaian dengan Perlembagaan PPKAMARA Fasal 7 (a), Mesyuarat yang dimaksudkan tersebut akan di adakan seperti berikut:
Tarikh: 23 April 2004 (Ahad)
Masa: 10 Pagi
Tempat: Dewan Orang Ramai Kg. Malaysia Raya
Aturcara:
9.30 Pg Perndaftaran dan kehadiran para Jemputan
10.00 Pg Mesyuarat dimulakan
1. Perlantikan Pengerusi Mesyuarat Agung dan Seorang Pencatat
Minit
2. Pesanan Pengerusi Mesyuarat
3. Ucapan Pengerusi PPKAMARA
4. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke 3 berakhir 31 Dis 2005
5.
Membentang dan mengesahkan lapuran Tahunan PPKAMARA berakhir 31 Dis 2005
6. Membentang dan mengesahkan lapuran kewangan berakhir 31 Dis 2005
7. Pembentangan usul-usul (jika ada)
8. Ucapan Penangguhan
11.00 Pg Ucapan Perasmian Penutup Mesyuarat Agung dan Perasmian penubuhan Jawatankuasa Gerakan Daya Wawasan (GDW) oleh Pengarah KEMAS
· Pemilihan Ahli
Jawatankuasa dijalankan oleh Wakil KEMAS Wilayah Persekutuan
· Penyampaian cenderamata kepada setiap wakil tuan tanah
11.30 Pg Majlis ditangguhkan /Jamuan ringan
Sebarang usul jika ingin dikemukakan , hendaklah sampai kepada saya sebelum 14 April 2006.
Hanya Ahli Berdaftar sebelum Mesyuarat Agung tersebut sahaja akan dikira sebagai layak menghadiri mesyuarat tersebut. Pendaftaran keahlian baru juga akan dibuka pada pagi tersebut.
Semoga dengan kehadiran tuan/puan ke mesyuarat yang dimaksudkan di atas dapat membantu dan menjayakan segala perancangan Persatuan seterusnya. Sekian terima kasih.
“ Perpaduan Asas Kejayaan”
Saya yang menjalankan amanah
tt
Mohd Sukeri Hj Abd Samad
SETIAUSAHA
| SK . 1. Pengerusi dan seluruh AJK PPKAMARA 2. Pengurus DBKL, Caw. Bandar Tun Razak 3. Penyelia KEMAS, Parlimen Bdar Tun Razak 4. UMNO Caw. Kg Malaysia Raya | 5. Rukun Tetangga Kg Malaysia Raya 6. Madrasah Kg Malaysia Raya 7. Unit Al-Falah, Kg Malaysia Raya 8. JawatanKuasa Penaja Komuniti Bistari |
Blab-away for as little as 1¢/min. Make
PC-to-Phone Calls using Yahoo! Messenger with Voice.