Kisah Syaitan bernama Khanaz

130 views
Skip to first unread message

siti syuhada

unread,
Jan 12, 2009, 7:52:28 PM1/12/09
to siti adura, Salina Ishak, kak syaheeda maiwp, ainul_z...@yahoo.co.uk, kak nora audit maiwp, mohd suffian audit maiwp, phantag...@yahoo.com, aizulhana space utmkl, norlailatun akma ismail UAD kem wilayah Persekutuan, matun smk damak, kg malaysia raya, norhas...@yahoo.com, KAK HAZILAH(AZIE) UTMKL, kak norly utmkl, Pn. Mona Mohamed maiwp, kak mas mohd razi maiwp kewangan, kak masnida maiwp, mastura roslan, Laily Hamiza, aini fazliana, bad shah, wer wer


 

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

 

Kisah Syaitan bernama Khanaz pernah dengar tak?

Cerita nya macam nie..Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi.

Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anak cucu Adam, dok pikir² cam ne nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhan Allah. Suatu hari c Ibu Syaitan nie.tengah dok pikir "Macammana aku nak kena kan anak cucu Adam"....dan tiba² dia nampak anak dia yang bernama Khanaz.

Lalu di panggilnya "Khanaz....mari sini ikut mak...". Lalu di pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggal kan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah, tiba², pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.." Ibu Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik" Hawa yang tidak mengetahui apa memberi pertolongan.

Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa nie..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini." Adam berpikir dan " Ini mesti anak Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita..." .

"Apa harus kita lakukan sekarang..?" tanya Hawa pada Adam. Setelah lama pikir-pikir. ..

"Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi² dagingnya di pokok luar rumah kita...Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampak dan tahu anak nya sudah tak de..."Idea Adam.

Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja, "Mana anak aku..."Tanya Ibu syaitan pada Hawa, Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan

"Anak kamu........ .Semalam Adam pulang ke rumah, lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan... lalu sudah kami kerat² anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar sana ..."terang Hawa.

"Oh...iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau. Kemudian Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya"Khanazzzzz. ...!!!" Tiba ² daging² khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali....dan Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya.

Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang berlaku.

"Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam.

"Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa.

"Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abu nya kita buangkan ke Laut, biar abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anak nya ini lagi..." terang Adam.

Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja.

"Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan.

"Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa.

"Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil "Khanaz!!!". ..kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali. Kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz.

Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya

"Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam.

"Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa.

"Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam.

Keesokan pagi, datanglah lagi c Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika Adam sudah keluar bekerja.

"Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan.

"Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa.

"Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan.

"Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin.

"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ½ "Khanaz!!!"

"Iye Mak...." jawab Khanaz dari dalam badan Hawa..

Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar².. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz.

Itu lah cerita dia kawan²...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat.Syaitan Khanaz nie tugas dia

- Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum. Apa jer aktiviti kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.

- Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tu tiba² tak ingat berapa rakaat dah kita solat.

- Buat kerja kita keliru dan ingat² lupa "Eh dah buat ke Belum yer.." ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR. ..

- Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya. ..banyakkan Zikir...

Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini.

Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan baca BISMILLAH dan Doa. sekurang²nya BISMILLAH.

Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.

Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam...

Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was.

Walllahualam. ...

Apa-apa pun mulakan setiap kerja dan  aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.

 _tasniim_
__,_._,___



Ceriakan mesej status anda dengan Emotikon.
Kini segalanya boleh dengan Yahoo! Messenger terbaru.

Khairul Amin

unread,
Jan 13, 2009, 12:07:06 AM1/13/09
to kgmalay...@googlegroups.com
SALAM,
 
 
ADA BALIK CERITA KANAZ NIE.......
RASANYA DAH DI DEBATKAN BARU-BARU NIE .....
 
Yang saya jumpa ada 9 jenis anak-anak syaitan, tapi tak ada kannaz. Namun samada cerita atau kenyataan ini BETUL  atau SALAH, - satu cerita lain. Itu kena tanya orang alim seperti Ustaz kita Dr. Abdullah Yassin.
 
9 Jenis Anak Syaitan

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
 
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
 
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
 
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
 
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
 
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut
 
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
 
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
 
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
 
 
 
KALAU TUAN-TUAN NAK TENGOK BAGAIMANA RUPA ANAK SYAITAN - LIHAT SAJA DI GAZA. RAMAI SEKALI ANAK-ANAK SYAITAN YANG BUNUH UMAT ISLAM DI SANA. JADI MENGAPA HARUS BICARA SESUATU YANG KITA TAK PASTI. DI GAZA - ITU PASTI.
 
 
 
--
Khairul Amin bin Hasan.
H/P No: 019 663 2554

Syaikh Al-Hasani Ali Muhammadi

unread,
Jan 13, 2009, 3:47:40 PM1/13/09
to kgmalay...@googlegroups.com

ﺒﺴﻢ اﷲ اﻠﺮﺤﻤﻦ اﻠﺮﺤﻴﻢ   

اﻠﺴﻼﻢ ﻋﻠﻴﻛﻢ ﻮﺮﺤﻤﺔاﷲ ﻮﺒﺮﻛﺂﺘﻪ 

Salam pertemuan setelah beberapa waktu saya menyepikan diri.

Khannas lagi? Adusssssss...... letih.... letih. Secanggih-canggih internet ni ada juga kelemahan "AGAKNYA". Tapi saya tak mahu membicarakan tentang hal yang telah pun dibahaskan dalam beberapa siri. Jika masih ada yang berminat untuk mengetahui bolehlah rujuk kembali dalam siri email yang telah lepas. Mungkin Khairul Amin boleh bantu untuk ingatkan bila tarikhnya.

Tapi salah satu jenis syaitan yang di bawah ini
(jika benar ada) agak menarik sikit:

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
(Dipetik dari email Khairul Amin).

Agaknya sebab tu la orang melayu (setelah menerima pengaruh Arab/Islam) memanggil tompok-tompok air yang terkumpul di atas itu sebagai AWAN. Bersempena dengan A'awan yang sentiasa berada dikalangan orang berpangkat tinggi, orang atasan, berpangkat besar, pemimpin, raja, sultan dan sebagainya  .
Gamaknya la.....

-  Sultan/Raja/Pemerintah ni adalah orang yang berada pada satu kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.
-  Manakala AWAN pula sifatnya memang berada pada tahap altitud yang tinggi.
= Jadi persamaan antara keduanya ialah berada pada satu kedudukan yang tinggi.


TAPI AWAN BILA SAMPAI KETIKANYA AKAN TURUN JUGA SEBAGAI TITIK-TITIK HUJAN !


APA I'TIBAR NYA? (Hati-hati! Terdapat ayat-ayat di bawah yang penuh simbolik)

- Setinggi mana pun jua kita akan turun ke bawah juga. Janganlah leka berada di atas kerana tak selamanya akan berada di atas.

- Kalau AWAN sombong waktu berada di atas dengan kebesarannya, bila sampai waktunya jatuh, ia akan hilang ditelan BUMI atau akan hanyut ke LAUTAN yang lebih luas yang waktu itu kebesarannya sudah tidak ada nilainya lagi.

- Tapi kalau AWAN tahu bagaimana menyampaikan Rahmat Allah yang diberikan melaluinya waktu ia berserta kebesarannya berada di atas dengan cara turun ke bawah laksana titis-titis renyaian hujan yang medamaikan maka akan suburlah dan gembiralah segala apa yang ada di BUMI. Banjir pun tidak, keruhnya sungai pun tidak. Tetap lah JERNIH!

- Apa bila turun ke bawah JANGAN lah kita kekal besar seperti semasa di atas. Sedangkan hujan lebat saja bisa menjadi banjir yang besar, inikan pula kalau AWAN yang seketul besar itu "gedebuk" turun ke muka BUMI. Tak dapat di bayangkan  kerosakan yang bakal berlaku. Begitulah juga dengan Pemimpin/Raja/Sultan harus mengambil i'tibar.

- AWAN ("yang berada di atas") juga sepatutnya menjadi sebagai pelindung kepada yang ada di BUMI ("yang berada di bawah") dari teriknya panas MENTARI yang mengazabkan, bukannya bermegah-megah dengan KEINDAHAN bentuk dirinya yang melekakan BUMI ("yang berada di bawah").

- AWAN yang jahat dan ganas akan membentuk puting beliung dan menyedut segala macam serta merosakkan apa yang ada di BUMI. Maka terciptalah kemusnahan hanya kerana si AWAN melampiaskan "syahwat-nya" dan "ammarah-nya".

- Begitu juga, jika MENTARI itu umpama Rahmat dari Allah s.w.t, maka ianya bukanlah untuk dinikmati oleh AWAN ("Yang berada di atas") saja lantaran dia yang pertama-tama menerima cahaya MENTARI tersebut sebelumnya BUMI. AWAN harus menjelajah agar setiap permukaan BUMI bisa dapat merasai rahmat cahaya MENTARI itu.

KESIMPULANNYA:

AWAN yang baik penabur Syafaat
BUMI mengharap mendapatkan Rahmat
AWAN yang mungkar, pengikut Syahwat
BUMI teronar, hinalah masyarakat

(Artikel dan madah di atas adalah idea asal : "Syaikh Al-Hasani Ali Muhammadi, Sang Pengembara Pencari CINTA!")


Dibaca dengan slanga Indonesia:
Di Indonesia, tompokan air yang terkumpul di atas itu enggak dibilang sebagai AWAN tapi dibilang sebagai MEGA.

Yang mana satu sesuai 'ekk... Cuba renung-renungkan. Jangan ada yang tambah bulan dan bintang pulak lepas ni sebab nanti ada pulak yang tambah lagi dengan 786, maka jadilah "RESTORAN MAMAK" ! Faham ke tak ni?


Sekian,

اﻠﺴﻼﻢ







Windows Live™: Keep your life in sync. Check it out.

braim ab

unread,
Jan 13, 2009, 11:29:21 PM1/13/09
to $$masyuk, Amd.Epf, atan.doll, braim400, braim, burhan.TP, D.mi, Daha, Haa., halimhusin, ibrahim.ali, Ida, idris, illa, izwan, jaja, jonny., kutek, labok, lan.jiran.btk, lan, lias, man.uitm, mizi pnm, Najib, nita, norsiah.jpn, Pak.Yem, paksyeikh, persatuan.penduduk.kg.msia, PPD, brai...@hotmail.com, rani.btk, ringgitmasyuk., rosli.nani, sabri, Snah, SU.HQ, su, Wan, yam...@notes.usm.my, zaili, zainudin.Kg.msia, Zul.cambell
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages