Apakah dia Radio Amatur?

278 views
Skip to first unread message

wiseguy

unread,
Jul 22, 2008, 12:31:51 AM7/22/08
to kgmalay...@googlegroups.com


--- On Tue, 7/22/08, wiseguy <p...@yahoo.com> wrote:
From: wiseguy <p...@yahoo.com>
Subject: (KgMalaysiaRaya) Apakah dia Radio Amatur?
To: kgmalay...@yahoogroups.com
Date: Tuesday, July 22, 2008, 4:46 AM

Assalamualaikum,

Ramai yg bertanya saya mengenai radio amatur ini dan soalan soalan mengenai walkie talkie. InsyaAllah, dalam masa terdekat saya akan menganjurkan taklimat dan demonstrasi pengunaan radio samada di dewan KMR atau KMT oleh rakan2 radio saya yg lebih arif. Terdapat juga beberapa ahli penduduk yg mempunyai lesen radio amatur ini dan sumbangan anda di alu-alukan. 

Berikut adalah dipetik dari MCMC dan Wikipedia di olah oleh saya untuk kesesuaian.

 

Apakah Radio Amateur?
Radio Amateur ataupun juga dikenali sebagai ‘HAM Radio’ ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji & berkomunikasi melalui radio. Seseorang itu juga dapat menghubungi seseorang yang lain secara individu @ berkumpulan dengan menggunakan pesawat radio yang menghasilkan gelombang magnetik.

Bilakah Radio Amateur bermula?
Sejarah Radio Amateur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan.Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna radio Amateur telah mula berkomunikasi & mengadakan satu system penghantaran mesej diantara mereka. Di Malaysia radio amateur merupaka titik bermulanya perkhidmatan radio komersial.

 

Dianggarkan ada hampir 10,000 pengguna radio amatur (anggaran saya sendiri) di Malaysia dan jumlahnya sedang meningkat setiap tahun.

Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amateur?
Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat pada setiap masa. Pada waktu bencana, Radio Amtur amat berguna terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain,anda juga kadangkala boleh bercakap dengan angkasawan @ membalikkan isyarat dari bulan. Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital.

 

Komunikasi melalui radio amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antenanya dan juga jaluran (band) yang digunakan. Semakin tinggi antena (atau semakin banyak elemen sesebuah antena itu, semakin baik keupayaannya) .

Di dalam keadaan darurat seperti bencana alam, peranan radio amatur amat menonjol di dalam memberikan kemudahan perhubungan. Contoh aplikasi radio amatur yang digunakan ketika bencana di Malaysia ialah ketika tragedi Highland Towers pada tanggal 11 Disember 1993 yang telah mengorbankan 48 nyawa, apabila MARTS atau Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society tampil memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara lokasi runtuhan dengan hospital. Contoh yg lain adalah seperti kejadian Tsunami, kemalangan helicopter yg jauh di Genting baru2 ini dan banjir di Pekan.

 

Saya mengunakan radio amatur untuk kegiatan outdoor saya dan baru baru ini terlibat secara langsung didalam operasi menyelamat di sebuah gunung di Selangor.

 

Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu secara simpleks dan satu lagi melalui pancar ulang. Simpleks (simplex) merupakan kaedah perhubungan radio secara point to point seperti walkie-talkie yg kita gunakan untuk SRS dan Rakan Cop.

 

Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh. Pancar ulang penting kerana ada kalanya komunikasi agak sukar kerana terlindung oleh halangan seperti struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun muka alam seperti bukit dan gunung. Oleh yang demikian, bagi membolehkan audio disampaikan ke kawasan yang terlindung, pancar ulang diperlukan. Di Malaysia hampir kesemua pancar ulang dimiliki oleh persatuan radio amatur seperti MARTS, MARES, ASTRA, JASRA dan lain-lain lagi yang boleh dimanfatkan oleh ahlinya untuk berkomunikasi dengan rakan lain samada secara lokal mahupun transnasional (seluruh negara).

 

Bagi Radio Amatur yg mempunyai radas frequensi yg lebih rendah, mereka mampu menghubungi radio amatur yg seluruh dunia


Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini (Pesawat Pemancar)?
Sebuah radio jenis walkie-talkie berkos lebihkurang RM300 –RM500 manakala untuk radio kereta dan radio tetap di rumah berkos RM800 - RM2,000. Terdapat juga jualan radio terpakai yang dianjurkan oleh kelab-kelab radio dari masa ke semasa.

Selain dari itu, terdapat bahan-bahan sampingan seperti antenna (samada dibuat sendiri atau di beli), bateri tambahan, PTT mike, power supply box dll.

Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amateur & siapakah yang mengeluarkan sijil perakuan ini?
Seseorang yang hendak menjadi ‘Ham Radio’ hendaklah lulus di dalam peperiksaan yang dinamakan RAE (Radio Amateur Examination) . Setelah lulus barulah boleh membuat permohonan bagi mendapat lesen Radio Amateur. Di Malaysia pihak yang memegang kuasa mengeluarkan lesen radio amateur ialah Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Hanya mereka yang lulus & diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amateur
.
Sukatan Peperiksaan
Anda akan diuji tentang perundangan radio komunikasi, tatacara perhubungan , prinsip radio & elektronik serta mengenal propagasi gelombang & antenna.

 

Terdapat 100 soalan objective dimana 50 adalah soalan berkaitan lesen, penggunaan & tatacara dan 50 soalan teknikal. Peperiksaan diadakan sebanyak 2X setahun. kebanyakan calon akan belajar sendiri dan kelab2 radio akan menganjurkan kelas2  selama 2hari seminggu sebelum peperiksaan. 

Adakah saya perlu membayar yuran?
Ya. Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi kelas A adalah sebanyak RM 36 & bagi sijil perakuan kelas B ialah RM 24 setahun.

Tajuk Perbualan
Seseorang boleh berbual apa sahaja pada mana-mana waktu yang jangka masa tidak dihadkan. Topik yang dilarang perniagaan, hal-hal politik, ugama dan sesuatu yang menyinggung perasaan.

Para amateur dituntut untuk membuat pelbagai ujikaji tentang radio komunikasi seperti antenna, peralatan radio & ujikaji-ujikaji lain. Pada awal pengunaan radio sekitar 1920an hingga 1970an pengguna radio amatur belajar membuat radio sendiri tetapi sekarang lebih kepada membuat antenna. Mereka berusaha membuat antenna yg peka menangkap siaran radio yg lemah dan memancar sejauh yg boleh pada kuasa yang terendah

Radio Amateur diminta membantu kerajaan sewaktu kecemasan seperti banjir, gempa bumi & kebakaran.

Callsign (Kod panggilan)
Setiap Amatuer mempunyai kod @ callsign. Di Malaysia barat kod ini 9M2 & 9W2. Di Serawak 9M8 & 9W8 & di Sabah 9M6 & 9W6. 9M ialah kelas A yang lulus RAE & ujian morse kod manakala 9W ianlah kelas B iaitu mereka yang lulus RAE sahaja.

Sebagai contoh callsign saya adalah 9W2ZOE

 
SWL (Shortwave Listener)
Sebelum menjadi seorang amateur (HAM) yang berlesen, seseorang itu menjadi SWL. Dia akan mendengar perhubungan serta mempelajari tatacara komunikasi yang betul. Anda boleh membeli radio untuk mendengar perhubungan ini.

Siapakah yang harus anda hubungi untuk mendapatkan bantuan?
Kelab-kelab Radio Amatuer terdapat diseluruh Malasyia & bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman webyang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut kelab-kelab tersebut seperti:
MARTS
ASTRA
MARES

PRADAS dimana saya juga adalah ahli dgn memegang callsign PR-ZO

SCS3

PET (Petronas Adventure Team)

Apakah yang saya boleh pelajari sekarang?
Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatuer di seluruh dunia:-

A – Alfa
B – Bravo
C – Charlie
D – Delta
E – Echo
F – Foxtrot
G – Golf
H – Hotel
I – India
J – Juliett
K – Kilo
L – Lima
M – Mike
N – November
O – Oscar
P – Papa
Q – Quebec
R – Romeo
T – Tanggo
U – Uniform
V – Victor
W – Whiskey
X – X-ray
Y – Yankee
Z – Zulu

 

Q Code

Q code biasa digunakan oleh radio amatur didalam percakapan. Ianya berasal dari penggunaan morse code dimana singkatan 3 huruf bermula dari huruf Q. Contoh :- 

 

QSO - Bercakap

QTH - Lokasi

QSL - faham/terima info

QRT - Siaran tamat

QRX - berhenti sebentar dari siaran

QSY - tukar frequensi

QSM - ulang info

QRO - tambah kuasa siaran

 

Lingo

Terdapat juga lingo2 radio amatur yg sering digunakan. Contoh :

 

Shortmine/Saltmine/ Cangkul-cangkula n - Tempat Kerja

Loceng Terbang - Handphone

XYL - Isteri

Eyeball - Sesi perjumpaan

73 - Salam hormat menamatkan siaran

Harmonic - anak

Jalopy - kereta

Rubber Duckie - antenna hitam yg std pada walkie-talkie

Tango-Tango - berborak

Kilo Lima - Kuala Lumpur

Fundamental/ Oscar Tango - Orang tua

Budak Kecik/Handy/ Portable - Walkie-Talkie

Breaker - mencelah siaran untuk kecemasan

 

Sekian. QRT. 73.

 

Azhaar Ahmad

9W2ZOE / PR-ZO

Lot 25/Lot 29 KMR


__._,_.___
Untuk Perhubungan:

Mohd Zainuddin Hj Amran(019-2764133)
*Pengerusi Persatuan Penduduk Kg Malaysia Raya (PPKAMARA)
*Pengerusi Rukun Tetangga Kg Malaysia Raya
*Ketua UMNO Cawangan Kg Malaysia Raya
*Pengerusi Greakan Daya Wawasan Kg Malaysia Raya
*Pengerusi Penaja Komuniti Bistari Kg Malaysia Raya

Basarudin Hj Mohd Tapi(019-2177322)
*Tim. Pengerusi PKKAMARA
*Tim Pemgerusi Madrasah Al-Ihsaniah

Hj Mustapha Abdullah (019-2256096)
*Pengerusi Madrasah Al-Ihsaniah
*Tim Pengerusi Rukun Tetangga Kg Malaysia Raya
*Ketua, Unit Sukarelawan Al-Falah Kg Malaysia Raya

Sdr. Sukeri Samad (016-3025811)
*Setiausaha Persatuan Penduduk Kg Malaysia Raya (PKKAMARA)
*Setiausaha Rukun Tetangga Kg Malaysia Raya

Noryani Omar (016-3425234)
*Pen. Setiausaha Persatuan Penduduk Kg Malaysia Raya (PKKAMARA)
*Pen. Setiausaha Rukun Tetangga Kg Malaysia Raya
*Setiausaha Gerakan Daya Wawasan Kg Malaysia Raya

En. Nasharudin Hussin (019-2165058)
*Setiausaha UMNO Cawangan Kg Malaysia Raya
*Bendahari Persatuan Penduduk Kg Malaysia Raya (PPKAMARA)

Norhayati Odin (012-2282518)
*Bendahari Gerakan Daya Wawasan Kg Malaysia Raya
*Bendahari Rukun Tetangga Kg Malaysia Raya

Tuan Hj Rahmat Khamis  (03-90585757)
*Setiausaha Madrasah Al-Ihsaniah


Sumbangan dan kerjasama semua adalah diperlukan untuk kemajuan Kampong Kita.Sila ke website egroup ini di http://groups.yahoo.com/group/kgmalaysiaraya





MARKETPLACE

You rock! Blockbuster wants to give you a complimentary trial of - Blockbuster Total Access.
Special K Group

on Yahoo! Groups

Join the challenge

and lose weight.

Ads on Yahoo!

Learn more now.

Reach customers

searching for you.

Discover Tips

on healthy living

and healthy eating

on Yahoo! Groups.

.

__,_._,___

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages