PERSATUAN KEBAJIKAN PENDUDUK KG. MALAYSIA TAMBAHAN
KUALA LUMPUR
(No Pendaftaran: 0704-04-5 )
Rujukan Kami: PKPSU/22(08)
17 November 2008
Semua Ibu Bapa dan Penjaga
Pelajar-pelajar Sekolah Rendah dan Menengah
Kg. Malaysia Tambahan dan sekitarnya
Tuan/Puan,
PROGRAM MOTIVASI UNTUK PELAJAR SEMASA CUTI SEKOLAH
TAJUK : `KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI `
Dengan sukacitanya dimaklumkan Jabatan Komuniti, Pembangunan dan Sosial Dewan Bandraya Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Penduduk Kg. Malaysia Tambahan Kuala Lumpur (Persatuan) akan menganjurkan program di atas sepertimana berikut:-
|
Tarikh |
Ahad, 23 November 2008 | |
|
Masa |
8.30 pagi - 1.00 petang | |
|
Tempat |
Dewan Muafakat Jalan 17/141, Kg.. Malaysia Tambahan, 57100 Kuala Lumpur | |
|
Aturcara |
Masa |
Aktiviti |
|
|
8.00 pagi |
Pendaftaran dan Sarapan pagi |
|
8.30 pagi |
Ucapan perasmian program oleh Yg. Bhg. Dato’ Mokhtar bin Samad, Penaung Persatuan Kebajikan Penduduk Kg. Malaysia Tambahan. | |
|
9.00 pagi -10.30 pagi |
Ceramah: `Ciri-ciri Menjadi Pelajar Cemerlang’ oleh Hj Mahmud bin Hj Buntat, Setiausaha Persatuan. | |
|
10.30 pagi -11.00 pagi |
Rehat | |
|
11.00 pagi -12.30 tgh. |
Ceramah: `Bagaimana Menjadi Pelajar Cemerlang Semasa Berada di Sekolah’ oleh Pn. Rosnani bte Md Pungot, Pegawai Pelajaran, Sektor Pengurusan Akademik, Pejabat Pelajaran Daerah, Kuala Lumpur. | |
|
12.30 tgh. – 01.00 petang |
Soal jawab. | |
|
01.00 petang |
Jamuan makan & bersurai. | |
2 Pihak Persatuan memohon kerjasama Tuan/Puan menggalakkan pelajar dan murid sekolah yang berumur diantara 10 hingga 18 tahun supaya mengambil peluang mengikuti program ini sebagai panduan untuk menjadi pelajar cemerlang semasa berada di luar serta di dalam sekolah. Mereka yang berminat sila isi dan kembalikan borang di bawah ini kepada wakil Persatuan Hj. Khalil bin Abdullah (H/P: 018-2103922), d/a PiSitu Enterprise, Lot 120, ,Jalan 19/141, Kg Malaysia Tambahan sebelum hari Jumaat, 21 November 2008..
3 Untuk makluman Tuan/Puan, pihak Persatuan akan berusaha mengadakan program motivasi seperti ini dari masa ke semasa untuk kebaikan semua pelajar dan murid sekolah di kampung kita, insyaallah! Semoga Allah memberkati apa jua usaha yang dilakukan bersama untuk kecemerlangan Ummah.
Terima kasih dan wassalam.
Yang menjalankan tugas,
Hj Mahmud bin Hj Buntat
Setiausaha
HP : 019-3893846
E-mail : mahmud...@yahoo.com
Salinan kepada:-
1. Tuan Pengarah.
Jabatan Komuniti, Pembangunan dan Sosial Dewan Bandraya Kuala Lumpur
2. Yg. Bhg. Dato’ Mokhtar bin Samad,
Penaung, Persatuan Kebajikan Penduduk Kg. Malaysia Tambahan Kuala Lumpur
3. Pengerusi, Persatuan Penduduk Kg. Malaysia Raya
4. Pengerusi, Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Malaysia
------------------------------------------------Potong di sini ------------------------------------------------
Kepada : Persatuan Kebajikan Penduduk Kg. Malaysia Tambahan
d/a, Hj. Khalil bin Abdullah
Lot 120, Jalan 19/141, Kg. Malaysia Tambahan, 57100 Kuala lumpur
BORANG PENYERTAAN
PROGRAM MOTIVASI `KEARAH KECEMERLANGAN DIRI’
|
Nama Pelajar
|
| |
|
No. K/P atau Sijil Kelahiran |
|
Umur |
|
Nama Sekolah |
|
Tahun/Tingkatan
|
|
Nama Bapa/ Ibu/Penjaga
|
|
No. Tel Rumah/ Bimbit
|
|
Alamat Rumah
|
| |
|
Tandatangan Bapa/Ibu/Penjaga |
|
Tarikh |
|
11.00 pagi -12.30 tgh.. |