|
sekadar menambah base on pengalaman,
1. pengaruh suku/puak dalam masyarakat arab ni sangat besar. sekiranya puak A berbalah ngan puak B, kemudian puak C pukul B, A takkan tolong B tak kira lah apa pun keadaan kerana A tak suka B.. perasaan tak suka itu amat menebal hingga menggelamkan kewarasan, ukhuwwah dan rasa cinta sesama Muslim.
2. berpuak-puak, bangga dengan kekayaan dan leka ngan kesejahteraan sendiri amat tinggi. tak ambik kesah langsung hal ehwal Muslim lain.
3. cara dia pikir amat mudah iaitu, selagi dia tak kena maka tak de la masalah. memang diorg macam tu, mungkin dari azali lagi agaknya. yang dikatakan masalah itu adalah bila dia sendiri yang kena.
4.ini lah yang terjadi ngan palestin yang tak dihiraukan oleh arab-arab sekeliling mereka walaupun dibunuh oleh kuffar Israel/US setiap hari. rasa sedih, terkilan, terharu, terluka hati dan usaha untuk menghalang pun hampir-hampir tak de. tak ambik kesah.
5. pengalaman kat US, ada group student Libya accident, geng Jordan buat tak tau sungguh2. kami student malaysia yang papa kedana ni lah dok tolong serba sikit yang mampu. rupanya depa meluat kat libya masa tu kerana muammar qadaffi out spoken.
6. depa memang separa gila (sebahagian jer le).
7. harap uncle m boleh bagi detail kes perangai mengarut arab nih.
8. banyak juga yang bagus, cume yg kes ni depa memang pelik
--- On Fri, 1/9/09, Nasir Rashid <nasirasian@yahoo. com> wrote:
From: Nasir Rashid <nasirasian@yahoo. com> Subject: Re: [ProWaris] [Orang Kita] Ulamak Sunni, Pejuang Syiah To: prowaris@yahoogroup s.com Date: Friday, January 9, 2009, 4:25 PM
sdr kz
menarik dan faham maksud sdr...mmg jelas & nyata
apa nak buat kalau masing-masing ingat nak lepas diri sendiri
anyway thanks for sharing
Daripada: Arzlee Abdul Rahman <arzlee@yahoo. com> Kepada: prowaris@yahoogroup s.com Dihantar: Jumaat, 9 Januari, 2009 2:41:31 Subjek: Re: [ProWaris] [Orang Kita] Ulamak Sunni, Pejuang Syiah
|
Setuju. Agak jelas kelihatan tu..
--- On Thu, 1/8/09, kz ahmad <kzmannahmad@ yahoo.com> wrote:
From: kz ahmad <kzmannahmad@ yahoo.com> Subject: [ProWaris] [Orang Kita] Ulamak Sunni, Pejuang Syiah To: prowaris@yahoogroup s.com Date: Thursday, January 8, 2009, 2:07 PM
Yang menarik perhatian saya dalam berita dari Mid-East adalah seruan tegas Mullah Syiah di Malam peringatan Asyura 1430; menyeru para ULAMAK AL AZHAR serta para ULAMAK SAUDI yang terletaknya kota suci Mekah dan Madinah supaya bangkit bersuara dan memperjuangkan umat Islam yang sedang dibinasakan oleh Israel. Sepatutnya Ulamak-ulamak ini takutkan Allah dan mengikuti suruhan nabi Muhammad s.a.w tetapi sebaliknya takutkan Pemerintah Mesir dan juga Raja Saudi. Hassan Nasrallah dari Hizbullah juga menyeru para Jihadis di Mesir bangkit menentang rejim Mesir yang dikatakan bersekutu dengan Israel, yang enggan membuka sempadan Gaza- Mesir bagi menyelamatkan penduduk Gaza. Beliau juga menyeru pengawal keselamatan di mesir bangkit menentang Rejim Mesir demi Palestine. Seruan para pejuang Syiah memang hebat dan mampu mengujakan mereka yang punya jiwa cintakan agama. Plot politikal semakin kedengaran. Antaranya Syiah sengaja mencuri ruang
untuk memposisikan kumpulan mereka di rantau arab. Perbalahan artikel berhubung plot politikal antara akhbar-akhbar terus berlarutan sebagaimana berlarutanya serangan Israel ke Gaza. Imam terus membaca Qunut dalam solat, makmum sebak dan ramai yang menangis, manakala pemimpin dunia Islam terus membaca teks ucapan 'bidas tak bidas' Israel. Hanya lewat kini terdapat sedikit kemajuan dalam menghantar misi bantuan kemanusian kepada Palestine. Saya minta rakan-rakan jangan syak saya mula berjinak dengan Syiah. Saya sekadar teruja dengan ukhuwah dan daya juang Syiah yang kental berbanding puak Sunni. -- Posted By kz ahmad to Orang Kita on 1/09/2009 02:42:00 AM |
Nikmati lebih banyak perbualan di blog dan tapak web Alaminya dengan Online Pingbox Creation Wizard |