Salam, nampak gayanya x sempat la nak hadiri mesyuarat Belia KAMARA ni bila balik ke malaysia.. balik 12hb januari.. baru jek nak tahu keadaan dan perkembangan belia kampung kita... hafidz,bandung --- On Thu, 12/31/09, Moderator PKKAMARA <kgmalay...@yahoo.com> wrote: |
|
Satu demonstrasi besara-besaran akan diadakan di Masjid Negara dan Masjid Jamek Kampong Baru pada 8 Januari 2010 selepas solat Jumaat bertujuan untuk membantah keras penggunaan kalimah Allah dalam sebarang bentuk penulisan dan penerbitan oleh Herald, buletin rasmi Roman Katolik Malaysia.
Sebagai umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya, kita wajib mempertahankan kesucian agama daripada terus dipersenda dan dihina oleh agama-agama lain kerana kita, umat Islam di Malaysia kini tidak bersatu. Ayoh beramai-ramai kita menyatakan bantahan dan tentangan terhadap percubaan pihak gereja untuk memesongkan akidah umat Islam di Malaysia melalui penggunaan kalimah Allah tersebut dalam penerbitan mereka.
Impak penggunaan kalimah Allah tersebut sangat besar kerana ia melibatkan bukan sahaja tentang soal akidah tetapi juga melibatkan keharmonian perhubungan antara kaum di negara ini.
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI DAN AJAK KAWAN-KAWAN ANDA BERSAMA. JUGA SILA BAWA BENDERA PERTUBUHAN MASING-MASING DAN SEPANDUK MENYATAKAN BANTAHAN TERSEBUT. UNTUK CONTOH SEPANDUK, SILA RUJUK MUKA DEPAN UTUSAN MALAYSIA SABTU 2 DISEMBER 2010.
SEBARKAN!
Wassalam.
HAJI NASERON ISMAIL
BARISAN BERTINDAK RAKYAT MALAYSIA (BBRM)
PERTUBUHAN KEBAJIKAN & DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA WP (PEKIDA)
PERTUBUHAN PAKATAN SIMBIOTIK MALAYSIA (PSM)
Blog: www.demokratgroupmalaysia.blogspot.com
|