Siapa Tuan Guru Hj Mohd Baqi Osman - perihal KAABAH ENGGAN BERGERAK

455 views
Skip to first unread message

Khairul Amin

unread,
Nov 14, 2008, 4:25:22 AM11/14/08
to kgmalay...@googlegroups.com
SALAM,
 
Siapa kah Tuan Guru Hj Mohd Baqi Osman yang dikatakan telah menceritakan perihal KAABAH ENGGAN BERGERAK
 
BIODATA BELIAU: ............

TUAN GURU HJ MOHD BAQI OSMAN (1993 - 1999)

Tuan Guru Hj Mohd Baqi Osman, merupakan tokoh yang sentiasa menyumbangkan ilmu Islam yang dimilikinya kepada masyarakat melalui kuliah-kuliahnya yang cukup terkenal dan melalui ceramah-ceramah yang sentiasa diadakan dari masa ke semasa.
Komitmen dalam perjuangan memperlihatkan perkembangan PAS yang sangat baik, selain daripada memikul amanah sebagai Persuruhjaya, beliau juga adalah Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang dan juga Ahli Jawatan Kuasa Dewan Ulamak PAS Pusat.

http://pekanawah.wordpress.com/sejarah-penubuhan-pas-pahag/

 

 

Oleh itu siapa yang mengenali atau tahu cara untuk menghubungi beliau, mohon keterangan dari beliau tentang riwayat tersebut dan samada beliau ada membuat kenyataan tersebut. SIASAT DULU... mungkin dia kata dan mungkin dia tak kata....

 

Kalau dia tak kata - ADA YANG BUAT FITNAH

Kalau dia Kata - Sebagai  "ULAMAK" PAS dia perlu datangkan Hujah yang kukuh. Kalau USTAZ BIASA boleh lah pakai hadis-hadis tepi jalan. Kalau "Ulamak" perlulah hujah AL QURAN dan AL HADIS YANG SAHIH.

 

KEBENARAN TAK KENAL KITA TU TUKANG SAPU SAMPAH ATAU ULAMAK BESAR. Yang banar tatap benar dan yang salah tetap salah.

 

Sekian, wassalam.

 

 

 
Khairul Amin bin Hasan.
H/P No: 019 663 2554
 
 


 




 
Assalamualaikum...

 


KAABAH ENGGAN BERGERAK Selasa lalu (26 Ogos) saya menaiki motosikal
menuju ke Karak Setia untuk menyampaikan kuliah Maghrib di masjid
kampong
berkenaan. Kereta rosak dan bermalam di pusat servis. Sebab itu saya
terpaksa naik motor walaupun langit gelap. Ketika melalui ' Karak
Highway
' hujan mula turun setitis demi setitis.Saya teruskan juga perjal ana n.
Makin lama hujan makin lebat. Baju dan seluar saya basah. Akhirnya saya
ambil keputusan untuk berpatah balik. Saya balik ke rumah dan mandi.

Walaupun tidak berjaya dalam misi dakwah pada malam itu, saya tidak mahu
malam itu kosong tanpa pengisian. Saya lantas pergi ke surau berhampiran
untuk mengikuti kuliah bul ana n yang disampaikan oleh ulama' tersohor
di
negeri ini iaitu Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman.

Ketika saya sampai di situ, tok guru dah mula kuliah. Beliau
menceritakan
tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga,
tentang neraka..
Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah
satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan
dengan
titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu
bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang
mengikut kumpulan yang akan melintasinya. Jika orang beriman, pastilah
ia
akan melebar dan memendek. Mana kala bagi orang kafir, ia akan mengecil
dan memanjang.

Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat
datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari
itu supaya bergerak menuju ke syurga. Yang menghairankan, biarpun kaabah
tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat
bertanya
kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan
bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang
pernah
tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi
kaabah
ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat
bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi
beberapa
orang yang tidak hadir. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang
berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah
mereka lakukan di dunia..Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan
adalah
orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah
berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia
tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang
pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang
Maha
Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang
itu telah diampunkan dosa mereka.Mereka lantas di bawa keluar daripada
neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....



Oleh itu, kalau ada rezeki lebih pergi lah buat haji!!!


 



--

Nas Isma

unread,
Nov 14, 2008, 4:48:54 AM11/14/08
to khairul.a...@gmail.com, kgmalay...@googlegroups.com
Salam. InsyaAllah saya pernah dengar cerita ini dari Ayahanda (Almarhum) Ustaz Haji Ismail Tekan, Bekas Pengetua Sekolah Arab Kluang... dan mantan Ketua Pemuda dan Penerangan PEKEMBAR / UMNO Bahagian Kluang 1946 - 1956.
 
Ia merupakan satu cerita kiasan..!
 
Tugas berdakwah bukan milik Ulama Pas sahaja, semua orang Islam perlu dan 'wajib' berdakwah atas nama kebenaran dan keadilan - "Amar Makruf, Nahil Mungkar!"
 
Agama tidak boleh dipolitikkan, kalau tidak kita akan jadi seperti the Vetican City...
 
Dan makmum tidak lagi berminat ke surau dan masjid yang dikuasai oleh parti politik dan kroni-kroni mereka. Maka berkuranglah pengikut Nabi Muhammad SAW sehingga yang masuk syurga (?) nanti menjadi terlalu sedikit.

 

NASERON HAJI ISMAIL

www.demokratgroupmalaysia.blogspot.com

 

 


Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages