Dr Asrenee Razak
unread,Feb 20, 2012, 1:40:56 AM2/20/12Sign in to reply to author
Sign in to forward
You do not have permission to delete messages in this group
Either email addresses are anonymous for this group or you need the view member email addresses permission to view the original message
to norzila zakaria, Zaharah Sulaiman, zak...@kb.usm.my, emish...@yahoo.com, khalida...@yahoo.com, kik...@gmail.com, ima...@yahoo.com, cku...@gmail.com, vmpga...@yahoogroups.com, kg-d...@googlegroups.com
Assalamualaikum kepada semua rakan tajaan USM
Merujuk kepada email terdahulu, sukacita dimaklumkan bahawa Ahli Gabenor USM iaitu Tan Sri Mustafa Mansur berhasrat
untuk berjumpa (roundtable meeting) dengan pelajar-pelajar/staff USM di Melbourne. Ini bersempena lawatan rombongan audit USM ke universiti2 di Australia. Perjumpaan ini merupakan permintaan khas YBhg Tan Sri untuk berjumpa dengan pelajar, justeru itu, mewakili pihak VMPGA, saya menyeru agar semua fellow/staff tajaan USM mengambil peluang ini untuk menyuarakan pemasalahan kita seperti isu insuran, ketidakseragaman tempoh biasiswa dan tempoh pengajian, serta masalah2 lain.
Dengan ini juga, pihak VMPGA berhasrat untuk menyerahkan salinan memorandum masalah pelajar postgrad di Victoria kepada YBhg Tan Sri. Untuk makluman, memorandum ini telah diserahkan kepada pihak Education Malaysia (Dr Jumiati) oleh President VMPGA baru-baru ini untuk diserahkan kepada YB Menteri. Penyerahan salinan ini kepada YBhg Tan Sri adalah berkait rapat dengan isu elaun di tahun akhir (4) yang mana ianya ditanggung oleh pihak universiti masing-masing.Moga-moga YBhg Tan Sri dapat membawa suara kita (terutamanya fellow/staff USM) ke mesyuarat ahli majlis nanti.
Oleh kerana pertemuan ini bukan merupakan pertemuan rasmi yang dirancang oleh unit audit USM, tiada peruntukan kewangan disediakan oleh pihak USM atau EMAS, namun sebagai meraikan tetamu, pihak VMPGA mengalu-alukan fellow/staff USM untuk sama-sama membawa sepiring-dua kuih untuk juadah minum petang.
Memandangkan senarai nama fellow yang dihantar kepada saya oleh pihak rombongan tidak lengkap, saya mohon rakan2 fellow/staff USM yang lain dapat memanjangkan email ini kepada rakan2 USM yang tiada dalam senarai ini.
Sekian, wassalam.
Dr Asrenee Ab Razak
Ketua Biro Akademik & Rangkaian Penyelidikan
VMPGA