Korban di Kemboja

2 views
Skip to first unread message

Hussin Othman

unread,
Sep 11, 2013, 5:02:45 AM9/11/13
to keluarga-h...@googlegroups.com

  1. AsSallamualaikum ahli keluarga sekelian,

    Alhamdullillah kita baru saja meninggalkan bulan Syawal, bulan Aidilfitri. Tidak lama lagi kita akan menyambut satu lagi hari raya iaitu Hari Raya AidilAdha atau Hari Raya Korban. Dalam tempoh ini, rakan2 dan saudara mara kita yang terpilih telah dan akan menjadi tetamu Allah di tanah Suci Makkah, Madinah, Arafah dan Mina.

    Marilah kita sama-sama mendoakan agar mereka diberi kemudahan dalam mengerjakan Rukun Islam yang Kelima dan ibadah mereka diterima Allah swt. Kita juga patut berdoa agar satu masa nanti kita pula di jemput menjadi tetamu Allah.

    Untuk kita yang tidak ke tanah suci, eloklah kita sama-sama mengerjakan ibadah korban yang dituntut oleh agama kita. Sekarang ada banyak kemudahan untuk kita melakukan ibadah ini.

    InsyaAllah, pada tahun ini saya akan berangkat buat pertama kalinya ke Kemboja bersama rakan-rakan (yang berpengalaman lebih 20 tahun melakukan ibadah korban di Kemboja). Apa yang telah dirancang, saya akan berlepas pada hari Isnin, 14 Oktober, sehari sebelum Hari Raya Korban yang dijangka jatuh pada hari Selasa 15 Oktober. Kami akan menjalankan acara korban ini di Kampong Chnnang lebih kurang 70 kilometer dari Phnom Penh. Kami telah mengenal pasti 3 kampong yang akan kami lawati untuk acara korban tahun ini. Ia akan melibatkan sekitar 200 ke 300 penerima daging dan bantuan sempena Hari Raya Korban kali ini.

    Sebahagian dari usaha untuk menjayakan rancangan yang telah dibuat, saya mengalu-alukan rakan2 yang ingin turut serta dalam program korban pada tahun ini untuk berhubung dengan saya. Harga korban yang telah ditetapkan ialah sebanyak RM250.00 untuk satu bahagian lembu atau RM1,750 untuk satu ekor (7 bahagian). Harga ini termasuk harga korban, sedikit kos pengurusan dan sedikit bantuan kepada penduduk tempatan (jika ada lebihan peruntukan). Pasukan kami akan pergi sendiri ke kampong yang berkenaan untuk melakukan upacara korban dengan bantuan penduduk tempatan yang diketuai oleh seorang ustaz sekolah agama di sana.

    Ahli keluarga yang berminat untuk turut serta boleh hubungi saya di emel hussi...@gmail.com atau boleh juga call/whatsapp/sms terus di 013-369 4373 untuk mendapatkan borang penyertaan atau maklumat lanjut.

    Bantuan ahli keluarga sekelian saya dahului dengan ucapan terima kasih. Semoga usaha kita yang tidak seberapa ini diterima sebagai amal oleh Allah swt.

    Wassallam.
    Hussin Othman
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages