You do not have permission to delete messages in this group
Copy link
Report message
Show original message
Either email addresses are anonymous for this group or you need the view member email addresses permission to view the original message
to keluarga-...@googlegroups.com, keluarga-h...@googlegroups.com, Hussin Othman, ohasl...@gmail.com
Assalamu`alaykum warahmatullahi wabarakatuh
Seluruh anggota Keluarga Hj. Othman & Keluarga Halimah Saad yang dikasihi,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kekanda Hussin Hj. Othman bercadang menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah pada Sabtu, 11 April 2015 di Masjid Nurul Yaqin SS 7, Kelana Jaya khusus untuk seluruh anggota keluarga.
Program ini diadakan dengan tujuan memberi pengetahuan dan pemahaman tentang cara serta kaedah pengurusan jenazah. Adalah diharapkan setiap daripada kita mampu menguruskan jenazah ahli keluarga sendiri seterusnya membentuk pasukan pengurusan jenazah di kalangan adik-beradik dan anak-anak.
InsyaAllah, kursus ini akan dikendalikan oleh YBhg. Ustaz Shauqi Othman. Tiada sebarang bayaran dikenakan. ;)
Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak penganjur ingin mengalu-alukan penyertaan seluruh anggota Keluarga Hj. Othman dan Halimah Saad. Marilah kita bersama-sama meningkatkan ilmu pengetahuan di samping merapatkan lagi silaturrahim antara kita.
Mohon kerjasama semua untuk menghebahkan program bermanfaat ini kepada yang lain!
Jika berminat, sila isi borang yang disertakan.
Terima kasih atas perhatian! :)
Wassalam.
HASLINA OTHMAN
Setiausaha kepada
Penganjur Program Kursus Pengurusan Jenazah