Sebak melihat isteri beliau dan anak-anak yang masih
berpakaian sekolah. Usai bacaan doa, sedikit ucapan dari seseorang
yang saya tidak kenali. Kemudian, Azadan menarik nafas dalam-dalam,
menyambung ucapan, berterima kasih. Kelihatan beberapa anggota
Rabbani yang lain. Menahan sebak didada.
Takziah kepada isteri, anak-anak dan keluarga
beliau, serta para anggota Rabbani yang lain. Yang pergi tetap
pergi, pergi meneruskan hidup dialam yang satu lagi.
Usai bersalaman dengan isteri arwah, saya merenung
anak-anaknya dari kejauhan. Muadz kelihatan memeluk seorang dari
anaknya
Dari satu blog yang saya baca, mengenai Ustaz
Asri:
� Saya melihat sesosok tubuh yang baring telah
siap dikafankan. Kain putih yang bersih dengan tangan yang
diletakakan dibadan.
Saya menatap wajah sahabat saya ini. Wajahnya
bersih, tersenyum. Saya membacakan fatihah kepadanya. Perlahan-lahan
saya menghampiri jenazahnya, saya cium dahinya yang bersih ini.
Biasanya dahi ini akan ditemankan dengan kopiah beliau.
Saya menghampiri telinga beliau, saya
bisikan.
“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak
berjuang untuk agama�
Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air
mata saya berlinang. Saya cuba menahannya tetapi saya tidak mampu.
Saya menundukkan kepala saya, mengesat air mata yang mengalir di
kelopak.
Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya
pegang bahu beliau, saya ucapakan lagi padanya:-
“Sahabat, selamat berehat�.
Dikatakan, sebelum beliau meninggal, beliau sempta
meminta senaskhah al-Quran. MasyaAllah!
Dan di blog Abg Razin MESTICA
juga.
Terima kasih kepada yang memandu arah, Abai Hijjaz
yang ketika itu berada di Kelantan dan juga Muaz HME.
Di antara yang saya temui, Abg Razin Mestica, Inteam
[Salah seorang dari mereka kelihatan menitiskan air mata
ketika jenazah selamat dikebumikan], dan ramai lagi, datang untuk
pertemuan terakhir di dunia dengan Ustaz Asri.
Semoga roh Ustaz Asri dicucuri rahmat Allah SWT..
Ameen~ Ustaz, terima kasih atas segalanya.
Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini
adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga
akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku
raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka
rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat
kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah
syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun
syurgaku selalu bersamaku…
~Ustaz Asri Rabbani.. Dalam ingatan~
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Vokalis utama Rabbani meninggal
KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohd
Asri Ibrahim (atas), meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai
(PMC), Bangsar, di sini akibat sakit jantung, pagi semalam.
Allahyarham rebah kira-kira jam 10.30 pagi ketika raptai
pelancaran program Syahadah musim kelima, di Radio Televisyen
Malaysia (RTM) sebelum dihantar ke PMC untuk rawatan.
Adik
iparnya, Adha Buyong, berkata Mohd Asri, 40, dan berasal dari Klang,
Selangor menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.
“Saya menerima panggilan memaklumkan abang
ipar saya pengsan. Pagi tadi (semalam) memang abang Asri mengadu
tidak sihat dan muntah-muntah, namun dia tetap menyertai raptai
itu,� katanya ketika ditemui di PMC.
Allahyarham
meninggalkan isteri, Nor Jannah Shahdan, 38, dan enam anak, Mohd
Nasimuddin, 15; Mohd Fathi, 14; Nor Afikah, 12; Mohd Ilham, 10;
Sofiyah Munawarah, 6, dan Hamidi Rabbani, 4.
Jenazahnya
dikebumikan di Perkuburan Islam Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam
selepas Maghrib, semalam.
Allahyarham adalah vokalis utama Rabbani bersama
lapan lagi anggota terdiri daripada Azadan Abdul Aziz, Rahmat
Shafie, Mohd Asri Ubaidullah, Lokman Abdul Aziz, Rithahudeen Yaakob,
Mohd Nazrul Azhar Tamrin, Zulkifli Azman dan Affendi Shahabudin.
Antara lagu popular nyanyian Mohd Asri bersama Rabbani ialah
Pergi Tak Kembali, Subhanullah, Intifada, Assalamualaikum, Iqra, Di
Ambang Syawal, Ingat Lima Sebelum Lima dan baru-baru ini berduet
dengan Amy Search menyanyikan lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur.
Kumpulan itu dinobatkan sebagai Penyanyi/Artis Nasyid
Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama
lapan tahun berturut-turut.
Sementara itu, Ketua Pengarah
Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya, berkata ketika kejadian beliau dalam
perjalanan dari pejabatnya ke auditorium untuk menghadiri pelancaran
program Syahadah yang akan disiarkan di RTM sempena Ramadan ini.
“Apabila sampai di situ, saya lihat orang ramai
mengusung beliau untuk dibawa ke hospital. Tidak lama selepas itu,
kami dimaklumkan Asri meninggal dunia.
“Majlis diteruskan,
tetapi tanpa persembahan perasmian, sebaliknya memainkan lagu tema
program Syahadah menerusi cakera padat,� katanya.
Penerbitan dan Penyelaras Program Syahadah, Ibrahim Zaidi
Ismail, berkata beliau terkejut apabila melihat Asri tiba-tiba jatuh
sebelum program bermula.
“Kira-kira jam 10.30 pagi Asri
masuk studio. Asri memegang mikrofon, tetapi beberapa saat sebelum
program bermula Allahyarham rebah ke lantai,� katanya.
Rakan karibnya yang juga anggota kumpulan Raihan, Che Amran
Idris menganggap Mohd Asri sebagai idola kerana beliau mula
mengenalinya sebelum kemunculan kumpulan nasyid kontemporari lain.
“Malah, banyak kumpulan nasyid sekarang, termasuk Raihan
sendiri cuba meniru gaya dan penampilan arwah. Kami menganggap arwah
sebagai pahlawan dan ikon nasyid,� katanya.
Asri Rabbani meninggal dunia
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA dan METRA SYAHRIL MOHAMED
peng...@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Penyanyi utama kumpulan
nasyid Rabbani, Mohd. Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia kira-kira
pukul 11.45 pagi selepas tidak sedarkan diri di Auditorium P.
Ramlee, Angkasapuri hari ini.
Allahyarham bersama kumpulannya sepatutnya
menyanyikan lagu tema sempena pelancaran program Syahadah
musim kelima terbitan RTM.
Allahyarham yang mesra dipanggil Ustaz Asri rebah
kira-kira pukul 10 pagi ketika membuat latihan nyanyian lagu tema
tersebut bersama anggota Rabbani lalu dikejarkan ke Hospital Pantai,
Bangsar sebelum disahkan meninggal dunia akibat serangan
jantung.
Allahyarham dikebumikan malam tadi selepas Maghrib
di tanah perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.
Sebelum itu, jenazah Allahyarham dibawa ke rumah
ibunya, Rubiah Ehsan, 70-an di Jalan Ikan Kelisa, Kampung Bukit
Lanchong untuk disembahyangkan.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Haliza
Shahadan, 38, serta enam anak iaitu Mohd. Nasimudin, 15; Mohd.
Fathi, 14; Nur Afikah, 12; Mohd. Ilham, 10; Sufiyah Munawarh, 6 dan
Hamdi Rabbani, 4.
Menurut isterinya yang juga dikenali sebagai Noor
Janah, dia dan anak-anak serta keluarga reda dengan pemergian
Allahyarham meskipun berat di hati menerima takdir tersebut.
Menceritakan detik-detik sebelum Allahyarham
menghembuskan nafas terakhir, Noor Janah berkata, malam tadi,
Allahyarham mengajaknya makan malam berdua di luar.
''Allahyarham menyuruh saya memesan apa sahaja
makanan yang saya mahu. Pulang sahaja ke rumah, kami terus menonton
televisyen berdua.
''Pagi ini, dia mengadu pening kepala dan badannya
berpeluh-peluh. Tetapi, dia gagahkan juga ke pejabat.
''Sebelum dia ke RTM untuk rakaman program
Syahadah, saya sempat melihat wajahnya, salam dan cium
tangannya. Cuma saya tidak sempat untuk memeluknya dengan erat
seperti kebiasaan,'' katanya ketika ditemui pemberita di Kampung
Bukit Lanchong, Shah
Alam.
Haliza memberitahu, soal dirinya dan anak-anak
selepas ini, dia bersyukur kerana semuanya telah terlatih untuk
hidup berdikari.
''Allahyarham banyak menghabiskan masa dengan
aktiviti dakwah dan nasyid.
''Tahun ini, dua anak kami akan menjalani
peperiksaan penting iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Insya-Allah kami akan tabah jalani
hidup selepas ini," jelasnya.
Sementara itu, seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri
Ubaidullah ketika ditemui memberitahu, sebelum memulakan latihan,
Allahyarham batuk dan wajahnya pucat.
''Bagi meredakan batuk, Allahyarham sempat minum air
limau dan madu. Bagaimanapun, Allahyarham muntah-muntah sebelum
bertolak ke Angkasapuri.
''Walaupun kurang sihat, Allahyarham tetap mahu
meneruskan latihan,'' katanya ketika ditemui di Hospital
Pantai.
Selain anggota Rabbani, pekarangan Hospital Pantai
dipenuhi hampir 100 kenalan dan keluarga terdekat Allahyarham
termasuk Nash, Yasin Sulaiman, Amy Search, Mas Omar, Nazrey Johani,
Ramli MS, Ali Mamak, Hafiz Hamidun, Ina Naim dan suaminya,
Suhaimi.
Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk
Ibrahim Yahaya yang ditemui di Hospital Pantai memberitahu, ketika
kejadian, dia melihat pelbagai usaha telah dilakukan oleh
anggota Rabbani bagi menyelamatkan
Allahyarham.
Katanya, biarpun keadaan cemas, pelancaran program
Syahadah tetap diteruskan.
''Secara peribadi, saya sifatkan ini sebagai satu
kehilangan besar buat industri nasyid kontemporari. Memang sukar
mencari bakat sepertinya,'' kata Ibrahim.
Asri yang dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang,
Selangor memulakan penglibatan bersama kumpulan Rabbani pada 1 Mac
1997. Sebelum Rabbani, kumpulan tersebut dikenali sebagai kumpulan
Nada Murni.
Selama 12 tahun memperjuangkan irama nasyid, Rabbani
telah menghasilkan sebanyak 19 buah album termasuk ARAH
(1998), Muhammad Ya Habibi (1999), Pergi Tak Kembali
(1999), Intifada (2000), Iqrar - 1421 (2001), Yalla
Beena (2004) dan Nostalgia Nada Murni (2008).
Bersama Rabbani, pelbagai kejayaan diperoleh oleh
Allahyarham antaranya memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001
bagi kategori Album Nasyid Terbaik, Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam
Album, Album Terbaik 2001 kesemuanya menerusi album Iqrar -
1421.
Khamis Ogos 13, 2009
Jenazah Ustaz Asri Rabbani selamat dikebumikan
Oleh KEITH JONATHAN DEUNTZER dan SHAHRIL
ADZRIN
Jenazah Ustaz Asri akan dikebumikan selepas Maghrib hari
ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam. -foto The Star
oleh AZMAN GHANI
SHAH ALAM: Jenazah Ustaz Asri telah selamat
dikebumikan pada jam 9.00 malam ini di Tanah Perkuburan Islam,
Seksyen 21.
Sebelum itu, jenazah telah dibawa ke rumahnya di
Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, di sini.
Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri
Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi
tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital
Pantai, Bangsar.
Antara rakan-rakan dan kaum keluarga yang hadir bagi
memberikan penghormatan terakhir kepada arwah Asri.
Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri
Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa raptai dalam sidang
media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia
(RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Balu arwah, Haliza Shahadan hadir di hospital
beserta dengan beberapa rakan artis seperti penyanyi Nash, Yasin
Sulaiman dan Mas Omar.
Suasana sedih menyelubungi rumah arwah di Kampung Bukit
Lanchong, Shah Alam.
Selain itu, lebih 100 orang melibatkan rakan
terdekat dan ahli keluarga arwah turut hadir bagi memberikan
penghormatan terakhir kepada arwah.
Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang
lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi
perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat
persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal
tiba nanti.
Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang
ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung
yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa
Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.
Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana
selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para
pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan
persembahan 'live' mereka.
Tinggal kenangan..Asri (dua dari kiri, bawah) ketika
bersama anggota Rabbani yang lain pada dua hari lalu ketika majlis
sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama
Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut
sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti. -foto The
Star
Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan
persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi
dirinya.
Amy Search juga hadir sebagai penyanyi yang pernah berduet
dengan arwah.
"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika
tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa
kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya
ini merupakan ibadah saya," katanya.
Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang,
Selangor.
Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut
meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi,
14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi
Rabbani, 4.
Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia
ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh
sembilan orang termasuknya.
Mas Omar turut hadir.
Sebelum Rabbani, kumpulan itu dikenali sebagai Nada
Murni yang ditubuhkan sekitar tahun 80-an.
Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan
beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan
'Mentari Merah Di Ufuk Timur' nyanyian bersama Amy Search.
Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang
Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi
sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani dan industri muzik
nasyid.
Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani
dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang
Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.
Yasin antara artis yang hadir.
Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah
Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar -
1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421),
Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002
(Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid
Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009
(Bila Nur Melimpah Di Hati).
Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama
berjuang dalam industri hiburan seringkali mencetus pelbagai
perdebatan.
Ada yang berpendapat, lagu-lagu nasyid nyanyian
Rabbani tersasar daripada landasan muzik nasyid yang sedia
ada.
Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu
Pergi Tak Kembali ciptaan KRU berteraskan genre pop yang mendakwa
Rabbani seperti meminggirkan objektif utama lagu nasyid.
Antara anggota kumpulan Raihan yang hadir melawat jenazah
Asri.
Namun,kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh
Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman
Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin,
Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini tampil
dengan konsep yang tersendiri.
Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri
ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari
Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada'
(2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada
Murni'.
Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui
irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia,
kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era
yang terkini.
Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa
remaja.
Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala
melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur
tengah.
Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang
lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej
yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam
lagu-lagu terbarunya.
Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan
terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua
golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.
Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini
mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk
nasihat, dakwah dan panduan.
Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan
secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil
berhibur.
Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah
kebaikan.
Menerusi AIM juga, Rabbani pernah memenangi Album
Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003
(Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada
Murni) serta Lagu Nasyid terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di
Hati).
Rabbani juga pernah memenangi Artis Nasyid Popular
sebanyak lapan kali di Anugerah Bintang Popular (ABP) Berita
Harian.
----------------------------------------------------------------------
http://www.malaysiakini.com/news/110443
Asri Rabbani
'pergi tak kembali'
|
Salhan K
Ahmad Ogos 13,
09 11:59am |
kemaskini 4.35pm Pemimpin Rabbani, Mohamad Asri
Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Perubatan
Pantai (PMC), Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi kerana sakit
jantung.
Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30
pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di
Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital swasta
itu.
 |
Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota
Rabbani yang ditemui di hospital itu, allahyarham mengalami
muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.
Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk
mengurangkan kesakitan tersebut, tambahnya.
Sewaktu tiba di
stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah
tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut - yang
akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.
"Pada
kira-kira jam 10.30 beliau jatuh pengsan. Tapi ambulans tiba agak
lewat, kira-kira 20 minit selepas itu. Apabila sampai ke hospital
beliau sudah disahkan meninggal dunia," kata Mohd
Asri.
Seorang lagi anggota Rabbani, Mohamad Afandi Shahbudin,
berkata jenazah beliau akan dikebumikan di Bukit Lancong dekat Shah
Alam petang ini.
Seorang saudara angkat allahyarham Shariman
Wahab, berkata beliau antara individu terakhir yang dihubungi oleh
allahyarham, yang mengadu berasa letih dan sedih dalam perbualan
telefon mereka pagi ini.
 |
Menurutnya lagi, allahyarham pernah tinggal bersama
keluarganya di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya selama kira-kira 15
tahun sebelum ini.
Adik ipar allahyarham Adha Buyong
dilaporkan berkata Asri menghidap penyakit darah tinggi dan kencing
manis.
Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk
ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi, diikuti ahli keluarga
lain termasuk balu allahyarham Haliza Shahzan,
38.
Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, Ketua
Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya bersama
pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
serta rakan-rakan artis termasuk Amy Search, Yassin dan
Nash.
Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' itu lahir pada 3 Ogos
1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan
pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.
Beliau, yang mempunyai enam anak, sebelum itu bersama satu
lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni.
Selain Asri dan Mohd
Asri, kumpulan nasyid itu turut disertai Azadan Abdul Aziz, Muhammad
Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi
Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman.
Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19
album, antaranya Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak
Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena
(2004) dan yang terbaru Nostalgia
Nadamurni.
Allahyarham dalam coretan terakhir di blognya
(asrirabbani.blogspot.com) mengucapkan terima kasih kepada
rakan-rakan yang menjayakan konsert terakhirnya di Stadium Malawati,
Shah Alam, 28 Februari lalu.
Pencapaian kumpulan itu, yang
bernadikan Asri, termasuklah beberapa anugerah utama industri muzik
- album nasyid terbaik selama tiga tahun dan album terbaik
(2001).

Asri rebah ketika pegang mikrofon
rbit
dan Penyelaras Program Syahaddah, Ibrahim Zaidi Ismail berkata
beliau terkejut melihat penyanyi kumpulan nasyid popular Rabbani,
Mohamad Asri Ibrahim tiba-tiba jatuh sebelum program itu
bermula.
"Kira-kira pukul 10.30 Asri masuk ke dalam studio.
Sebelum kejadian Asri sedang memegang mikrofon, bagaimanapun
beberapa saat sebelum program bermula dia rebah ke lantai," katanya,
sebak.
Beliau berkata kematian Asri
meninggalkan kesan kepadanya kerana hari ini adalah hari pelancaran
program Syahaddah sempena bulan Ramadan.
"Tahun ini merupakan
tahun kelima Asri terlibat dalam program kita. Beliau dipilih
sebagai penyeri majlis dan sebagai penyanyi untuk menyanyikan lagu
tema program Syahaddah.
"Saya akan ingat tarikh hari ini
sampai bila-bila," katanya.
Pemuzik terkenal tanahair dan
bekas pengetua Akademi Fantasia musim kedua dan keenam, Ramli MS
berkata pemergian Asri merupakan satu kehilangan besar terhadap
industri muzik nasyid negara.
"Susah bagi sesuatu muzik atau
lagu itu untuk masuk ke telinga saya. Tetapi bila beliau menyanyi,
saya sememangnya nak dengar alunan suaranya... ternyata nyanyian
Ustaz Asri boleh mengasyikkan telinga saya dan sedap didengar,"
katanya, yang mengenali allahyarham sejak tahun 1980-an
lagi.
Ramli berkata allahyarham bukan sahaja bagus di bidang
nyanyian tetapi juga mampu membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan
baik.
"Beliau adalah seorang yang boleh kita jadikan contoh
yang terbaik... dari segi perangai dan kelakuan, beliau sememangnya
amat menyenangkan hati sesiapa sahaja," kata Ramli.
BERNAMA
http://www.youtube.com/watch?v=P9Sy2fsxSxM
----------------------------------------------
http://www.ustazamin.com/2009/08/diari-98-allayarham-ustaz-asri-rabbani.html
11.34
pagi 13 Ogos 09, telifon saya berbunyi, saya memandang kepada
telifon saya.
Hussian dari Layar
Consult
“Assalamualaikum syeikh, apa cerita?� Kata
saya
“Waalaikumusalam, ustaz dah dengar berita ke belum?�
tanya Hussain.
“Berita apa?� Tanya saya
kembali.
“Ustaz Asri Rabbani meninggal� kata Hussain
lagi.
“Innalillah wa Inna Ilaihi Rajiun� spontan kalimah
ini keluar dari mulut saya walaupun seakan-akan belum percaya dengan
berita yang saya dengar ini.
“Sekarang jenazah ada di
Hospital Pantai di Bangsar� kata Hussain lagi.
Setelah
menyiapkan beberapa urusan, saya terus mengambil kereta dan terus ke
Bangsar. Saya sampai ke Hospital jam 12.25, terus turun. Samsul,
anak buah saya terus mencari parking.
Ramai orang berkumpul.
Saya bersalaman dengan mereka yang sedang berkumpul di tempat
berhampiran bahagian kecemasan ini.
Tiba-tiba, Rosli staf
dari Layar Consult menghampiri saya.
“Ustaz, mari kita
turun ke bilik mayat, pihak hospital dah nak turukan jenazah ustaz
ke situ" katanya.
Saya pun berjalan bersama beberapa orang
yang lain. Saya sampai ke bilik menunggu jenazah. Jam di tangan
menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Di bilik ini belum ramai orang.
Tak ramai yang tahu jenazah akan dibawa ke sini. Masih ramai yang di
atas.
Saya menjengah di satu sudut.
“Muslim
Preparation Room No. 1� papan tanda bilik jenazah di Hospital
Pantai ini.
12.36, jenazah di usung turun ke tempat ini.
Tiba-tiba, kawasan ini dibanjiri manusia. Bersesak-sesak orang, ada
wartawan, ahli kumpulan Rabbani dan sebagainya.
“Ok, masuk
dua-dua ye� kata pengurus bahagian jenazah.
Kumpulan
pertama terdiri dari dua orang masuk. Di dalam telah terdapat
beberapa ahli kumpulan Rabbani sedang membacakan surah Yasin. Pintu
tertutup dan dikunci dari dalam.
Tak lama selepas itu, pintu
dibuka, saya mahu masuk, tiba-tiba seorang Dato’ meminta laluan.
Saya memberinya laluan.
““Polis dah ada, tengah tunggu
keluarga datang untuk menuntut jenazah� kata beberapa pegawai
hospital, menjawab soalan pengunjung yang ada pada ketika
itu.
Tak lama selepas itu, dua orang keluar.
“Ok dua
orang lagi�, kata penjaga bilik mayat.
Saya terus masuk. Di
dalam bilik terdapat tujuh orang.
Surah Yasin yang dibaca
telah hampir sampai ke penghujung.
Saya melihat sesosok tubuh
yang baring telah siap dikafankan. Kain putih yang bersih dengan
tangan yang diletakakan dibadan.
Saya menatap wajah sahabat
saya ini. Wajahnya bersih, tersenyum. Saya membacakan fatihah
kepadanya. Perlahan-lahan saya menghampiri jenazahnya, saya cium
dahinya yang bersih ini. Biasanya dahi ini akan ditemankan dengan
kopiah beliau.
Saya menghampiri telinga beliau, saya
bisikan.
“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang
untuk agama�
Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu
air mata saya berlinang. Saya cuba menahannya tetapi saya tidak
mampu. Saya menundukkan kepala saya, mengesat air mata yang mengalir
di kelopak.
Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya
pegang bahu beliau, saya ucapakan lagi padanya:-
“sahabat,
selamat berehat�
Saya bangun. Berdiri tegak, selepas saya,
barulah ada beberapa lagi yang datang dan mencium
dahinya.
Saya cuba menahan air mata saya. Tetapi saya tidak
mampu. Teringat lirik nasyid beliau “Pergi takkan
kembali�
Saya menarik nafas panjang. Mengesat air mata yang
berlenang. Membacakan fatihah sekali lagi untuknya.
Saya mula
melangkah keluar. Di pintu daun pintu, saya terdengar satu
ucapan:-
“Terima kasih ustaz�, saya tidak memandang siapa
yang mengucapkan pada saya itu. Saya terus berjalan, merentasi
kesesakan orang ramai.
Hari ini, Negara kehilangan seorang
pejuang di dalam seni suara.
“InsyaAllah, semoga nanti kita
dikumpulkan di syurga bersama kekasih kita junjungan besar Nabi
SAW� bisik hati saya.
Saya meninggalkan Hospital Pantai.
Melihat tempat berakhirnya seorang pejuang seni
Islam.
Takziah untuk seluruh ahli keluarga dan kumpulan
Rabbani. Tabahlah. Yang tinggal akan meneruskan perjuangan
ini.
Al-Fatihah untuk al-Ustaz Asri bin
Ibrahim
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat
Kenangan�
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin
Abdullah
Shah Alam
13 Ogos 09, jam 3.18 petang.
Bilik Jenazah Muslim
Tiba-tiba kawasa ini dipenuhi dengan manusia. Untuk
menziarahi jenazah Allahyarham Ustaz Asri
Di
kawasan luar hospital
Hospital Pantai, tempat akhir pejuang ini.
al-fatihah...