Dr,Nasir menjawab surat terbuka seperti berikut dibawah . Adalah diharapkan
ianya disiarkan dalam bentuk asalnya tanpa edit.
Assallamualaikum Sdr,
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih atas persoalan-persoalan yang
di timbulkan. Saya percaya soalan-soalan yang tajam seperti itu tidak
pernah ditujukan kepada wakil rakyat sebelum ini. Ini menunjukkan
kematangan sdr dan kawan-kawan sdr. Ada yang berunsur ugutan dan ada juga
soalan yang harus dijawab oleh ahli-ahli majlis (5 ahli) perbandaran dan
pejabat daerah dan kelembapan Agensi-agensi yang dikuasai kerajaan pusat
seolah-olah untuk sabotaj kami. Saya pernah mengalami betapa sukarnya
menembusi pentadbiran agensi-agensi yang sekian lama mewarisi budaya
rasuah, gila kuasa dan birokrasi yang menebal. Mengubah minda memakan masa
asalkan ada usaha mengatasinya. Ini tidaklah bermakna kita tidak dapat
mengatasi masalah. Kerjasama tidak tercapai kalau asyik mengutuk
agensi-agensi ini. Walaupun begitu saya menerimanya dengan hati terbuka
dan menganggapkan sdr ingin tahu. Ada soalan-soalan tentang infrastruktur;
jalan; lubang; lampu trafik; kesesakan jalan raya; pembangunan yang tidak
mampan; judi; urut sudah di jawab semasa berdialog dengan calon-calon ADN
/MP dan saudara juga hadir pada masa itu. Kita perlu kerjasama daripada
semua pihak bagi mengatasi masalah ini. Jika ada masa, saya cadangkan sdr
merujuk pandangan saya yang tersiar dalam akhbar-akhbar dan u-tube
termasuklah penulisan saya tentang perjuangan kelas dalam Islam (tersiar
sepenuhnya dalam Free Malaysia Today) dan tentang berpuasa.
Ada beberapa persoalan yang timbul tentang sembahyang yang memberi gambaran
bahawa saya harus diikuti cara UMNO di mana J/K Masjid / Surau di beritahu
lebih awal lagi tempat mana ADN hendak pergi sembahyang supaya semua ahli
J/K beratur menunggu ketibaannya. Ada sampai cium tangan. Walhal tidak ada
perbezaan darjat atau keturunan bila kita hendak sembahyang dan menemui
Allah SWT. Selepas itu orang politik ini bersalaman lagi sebelum balik
kerana ingin memberi tahu betapa waraknya pemimpin ini maka undilah mereka.
Pendek kata sembahyang itu hak peribadi dan tidak boleh dipolitikkan dan
diperjudikan seperti dalam AlQuran Baqara 2:41‘ ...menjual agama dengan
harga yang murah’. Namun penyelewengan dan salah guna kuasa tetap dilakukan
oleh orang yang sama. Sebenarnya apabila kita sembahyang, kita ingin sangat
menemui Pencipta kita (walaupun tak nampak, akan tetapi Allah tetap
nampak), memohon maaf dan meminta petunjuk. Usaha seperti ini tidak perlu
dihebah dan dihebohkan. Selama ini saya tidak pernah mengisytiharkan mana
masjid yang saya hendak pergi dan selalu datang awal untuk mencari tempat
yang selesa sedikit. Lepas itu balik kerana saya cuma pemangkin dan rakyat
lebih besar daripada saya. Kita berkhidmat secara ikhlas tanpa mengharap
pujian atau balasan dari mana-mana pihak. Namun mengutuk tanpa alasan dan
tanpa bukti adalah fitnah dan Al Quran menyebut, Baqara 2: 191,214“..fitnah
lebih kejam dari pembunuhan”. Kerana soalan berunsur tuduhan amat
berbahaya, mendedahkan ketidakikhlasan dan memakan diri sendiri. Saya
menerima jawatan ADN dengan harapan dapat membantu masyarakat yang
terpinggir. Tidak ketagih jawatan dan imbuhan kerana saya pernah menyandang
jawatan-jawatan tinggi.
Ini tidak bermakna kami ini sempurna kerana banyak lagi kerja dan mutu yang
boleh dipertingkatkan. Mengkritik tanpa memberi cadangan yang bernas dan
tidak melibatkan diri dalam pembangunan kawasan tidak menguntungkan semua
pihak.
Kami telah sediakan senarai Masjid dan Surau yang kami bantu pada setiap
tahun 2008 - 2013 mengikut nama; jenis bantuan dan jumlah kewangan yang
diberi. Sumbangan ini terpaksa disenaraikan kerana sudah ada tuduhan yang
melulu. Kami pula tidak menagih publisiti. Selain itu kita bantu Kafa,
sekolah Agama, menyerah lembu korban sepanjang lima tahun, program dan alat
riadah dan sebagainya asalkan permintaan itu adalah munasabah. Silalah
datang ke ofis kami dan lihat senarai kami sejauh mana kami membantu
masyarakat termasuk PPR. Siapa yang turap jalan dalam Dedap dan PPR sek 8.
Siapa yang membaiki seluruh lif pada 12 blok PPR. Siapa pasang pagar,
futsal , dewan, kelas tuisyen percuma, kelas menjahit dan berbagai-bagai
program yang melibat anak dilahirkan, ibu, belia, skim kredit, masalah
kesihatan, jom shopping dan khairat kematian. Kami telah membantu dua
kampung untuk mendapat geran tanah dan tengah berusaha untuk satu lagi
kampung.
*1) MANIFESTO PRU 13 PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM) *
*JAWAPAN DR NASIR DALAM MERAH*
a. Mengapakah PSM perlu mengadakan manifesto berasingan daripada Pakatan
Rakyat (PR)?
*Dalam PR Sendiri , ada juga parti komponen mengadakan manifesto untuk
negeri dan kawasan . Sebagai contohnya PAS juga ada manifestonya untuk
Kedah. Kita menerima manifesto PR serta mendalami aspirasi tersebut. PSM
belum lagi menyertai PR tetapi membentuk gabungan pilihanraya dengan PR.*
b. Bagaimana PSM yg mungkin hanya menguasai 2 atau 3 kerusi DUN/Parlimen
jika menang PRU 13 dpt melaksanakan manifestonya.
*Walaupun tidak membentuk Kerajaan, manifesto merupakan agenda perjuangan
kami yg membantu kami menganalisi, menimbul, menegur dan mempertikaikan
isu-isu yang tidak jelas dan yang tidak memihak kepada rakyat yang
terpinggir khususnya dalam Dewan Undangan dan Parlimen dan sidang media*
*c. *Manifesto PSM ini merupakan kenyataan-kenyataan yang bersifat
terlalu umum. Bagaimana mungkin manifesto ini boleh dinilai sedangkan ianya
tiada penanda-aras tentang target pencapaian yang diharapkan*?*
*Ia dihasilkan berasaskan fakta, perangkaan sahih dan pola kejadian yang
tersedia ada dalam lapuran-laporan kerajaan, seperti kadar kemiskinan;
jurang antara kaya dan miskin (gini coefficient); kadar kematian bayi dan
ibu mengandung; penyakit berjangkit; pendapatan per kapita; kadar
pengangguran dan sebagai. Kita terbitkan inti sarinya dalam bentuk mudah
dibaca dan difahami.*
*d. *Apakah yang dimaksudkan dengan Perkara 1 manifesto PSM? Bagaimana
PSM akan melaksanakan perkara ini? Kami minta penjelasan daripada YB. YB
pernah berkata di dalam sidang DUN “*Maka itu adun Kota Damansara, sebagai
seorang Sosialis, makin tidak selesa apabila Menteri Besar sendiri
mengatakan sistem kapitalisma Pakatan Rakyat sungguh berbeza dengan sistem
kapitalisma Barisan Nasional.” *(rujukan:
http://partisosialis.org/node/970)
**
*Sifat Kapitalisme adalah jelas iaitu berkiblat kepada penindasan dan
mempertuhankan kepada keuntungan, yang menghancurkan manusia , kemanusiaan
dan alam sekitarnya. Kalau adapun perbezaan, lebih berbentuk kadar atau
keterukan / kecanggihan jenis penindasan. Kita pula tidak mempertikaikan
acuan yang mempunyai mekanisme yang menindas ini. Maka sosialis
mempertikaikan sistem ekonomi kapitalis yang mengakibatkan yang kaya
menjadi kaya raya dan miskin papa kedana. Pentadbiran terhadap ekonomi
haruslah diubah di mana segala aktiviti berkisar atau berputar kepada
kehendak rakyat (people oriented) dan bukan kepada kerakusan mengejar
keuntungan (profit oriented) dan harta.*
**
*e. *Adakah sebarang bentuk pemilikan modal perniagaan (baca:
kapitalis) perlu
ditentang?**
*Al Quran tidak mengharamkan perniagaan tetapi melarang riba yang
berganda-ganda dan kekayaan dibolot oleh segelintir manusia dalam bentuk
monopoli. Tidak benarkan tipu sukatan dacing; kena bersikap adil;
menceritakan kebaikan dan keburukan bahan yang diperniagakan dan tidak
membenarkan penindasan terhadap manusia lain. Unsur-unsur penindasan dan
penipuan wujud dalam transaksi kerana inginkan keuntungan yang banyak. Kita
mengharapkan amalan adil dan kesederhanaan (wasatiyyah) dan tidak berlaku
sekira tidak ada penguatkuasaan, iman dan iltizam ke arah itu. Keadaan ini
berlainan sekira rakyat memiliki perniagaan ibarat koperatif. *
**
*f. *Bagaimana pihak PSM mengimbangi keperluan pemilik modal atas
keuntungan berbanding keperluan pekerja? **
*Hubungan majikan (pemilik modal / kapitalis) dengan pekerja adalah melalui
pemilikan teknologi dan pemberian gaji. Sesiapa memiliki teknologi dan wang
ringgit maka dia menguasai hubungan ini. Kapitalis menindas pekerja untuk
mendapatkan keuntungan dan pekerja perlukan secebis keuntungan ini (sebagai
gaji) demi kelangsungan hidup sekeluarga. Memandangkan tidak ada
undang-undang menyekat pembolotan keuntungan (sama erti dengan peningkatan
kadar penindasan) dan kapitalis menguasai pihak atasan, maka pekerja tetap
dimangsakan. Kerajaan diwujudkan untuk mengimbangi keadaan yang berat
sebelah ini (antara Labour dengan Capital) namun tidak berjaya. Maka itulah
undang-undang yang diluluskan dalam parlimen menghalalkan penindasan dan
memangsakan golongan pekerja. Maka itulah kesatuan sekerja terpaksa
diwujudkan untuk membela nasib golongan pekerja dan secara naluri, kerajaan
dan majikan / kapitalis tidak senang dengan kewujudan kesatuan*.
**
*g. *Bagaimana sekiranya gaji minima dinaikkan akan menjadikan kos
menjalankan perniagaan akan meningkat?**
*Pada dasarnya, berpuluh tahun kebelakangan ini, majikan / kapitalis meraih
keuntungan yang besar menjadi ahli jutawan dan ahli bilion. Kalaulah
pekerjanya diberi gaji minimum, mereka akan bekerja lebih kuat dan
produktif (menambahkan keuntungan) lagi kerana merasakan syarikat peka
kepada kebajikan mereka. Justeru majikan tetap tidak rugi, kadar keuntungan
menurun sedikit dan akan kembali kepada asal. Malangnya mereka
menganggapkan pekerja sebagai robot dan dibuang dan diterima (hire and
fire) kerja mengikut keperluan pasaran. Sifat kapitalis adalah membolot
keuntungan yang maksimum dan tidak ada undang-undang mengawal amalan ini.
Pejabat buruh tak boleh pakai lembap dan lebih memihak kepada kapitalis /
majikan. Namun gaji minimum yang disarankan tidak mencukupi untuk menampung
keluarga*.**
* *
*h. *Merujuk kepada laman web PSM
http://partisosialis.org/node/2003 diinyatakan
“*PSM berpendirian hak kepercayaan beragama atau tidak adalah hak individu
dan mesti dihormati. Ia adalah hubungan peribadi antara manusia dan
kepercayaan mereka. Ia tidak boleh dipaksakan melalui undang-undang. “ ***
*Hujah-hujah ini berkaitan rapat dengan Surah Kafirun 109 dan Baqara
2:256, bermaksud “...tidak ada paksaan dalam agama”. Persembahan mengikut
cara sendiri dan tuhan masing-masing*
* *
*i. *Justeru, kami sebagai pengundi Islam ingin mendapatkan pandangan
YB berkenaan pendirian YB dalam isu kedudukan agama Islam sebagai agama
rasmi Persekutuan. Adakah YB dan PSM menjunjung prinsip Rukun Negara
“Kepercayaan kepada Tuhan” kerana tidak dinyatakan di dalam laman web PSM? *
*
*PSM langsung tidak pertikaikan Perlembagaan Negara atau Rukun Negara.*
**
*j. *Bagaimana dengan pelaksanaan Enakmen Undang-undang Agama Islam
Negeri Selangor; adakah mendapat sokongan dan dokongan daripada YB?**
*Kami dalam Dewan Negeri menyokong pelaksanaannya*
* *
*k. *Keadilan sosial yang lebih bertepatan dengan fitrah manusia ada
dalam Islam. Mengapa orang Islam perlu menganut fahaman sosialis ciptaan
manusia bukan berbangsa Malaysia, sedangkan Islam adalah agama yang
bersifat menyeluruh dan serba sempurna merangkumi segala aspek**
*Sdr harus merujuk sidang Akbar kami yang mempertikaikan hujah Ustaz Hadi
Awang dalam akhbar tempatan (sila datang ke pejabat untuk mendapatkan
nya.) Sosialis mempertikaikan sistem ekonomi yang menindas rakyat seperti
terdapat dalam kapitalisme. Sila rujuk Al Quran surah Qasas 28:5 “ Dan
Kami hendak memberikan kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi dan
hendak menjadikan mereka pemimpin, serta jadikan mereka orang-orang yang
mewarisi (bumi)”*
*Inilah inti sari sosialisme dan inilah perjuangan kami. Konsep dan segala
sifat-sifat sosialisme dan konsep dialektika sudah ada dalam Al Quran.
Apabila Al Quran menyebut penindasan maka wujud dua kelas iaitu Kapitalis
(Mustakbirun) yang menindas dan Pekerja (Mustadafin) yang ditindas. Ramai
tidak tahu dan ramai tidak peduli kerana terperangkap dalam budaya ikutan
(taklik) dan enggan membuka minda dan mencari ilmu seperti yang dituntut
oleh Allah SWT. Maka itulah Al Quran menyebut tentang mencedok pengetahuan
dan mengupas maklumat secara kritis (856 kali) bila dibandingkan dengan
jihad (41 kali). Sosialis mencedok ilmu Al Quran untuk mengupas dan
mendedahkan sistem ekonomi kapitalis yang pincang maka itulah kapitalis
bersama tali barut politik dan pemimpin yang berkepentingan gerun dengan
analisis sosialis kerana mencabar kedudukan mereka. Sosialis ingin
melengkapkan ilmu supaya rakyat sedar tanggungjawab mereka, berjuang dan
menyelesaikannya agar dengan sedar kembali kepada yang satu (Tauhid).
Sedarlah konsep sosialisme mempunyai sejarah yang lama dan tidak bermula
daripada Karl Marx. Maka itulah konsep sosialis ini digunakan oleh Muhyidin
Al Arabi (Syeikh al Akbar dan pengasas sufisme/tasawuf); Azu Dzarr Al
Ghifari (sahabat Nabi); Ali Shariati (pejuang Islam sosialis di Timur
Tengah); Burhanudin Al Hilmi (sosialis dan pengasas Parti PAS). *
2013/4/21 AHAR <
ahara...@yahoo.com>
> YB Dr. Nasir,
>
> Dilampir surat terbuka untuk YB Dr Nasir untuk tindakan selanjutnya. Kami
> memohon YB Dr Nasir mengambil serius dan menjawab surat ini.
>
> Terimakasih.
>
>
--
DR.NASIR HASHIM
ADUN KOTA DAMANSARA
No.A-12-1, Blok A , Bistari D'Kota, Jalan Teknologi 3/9, Seksyen 3, Kota
Damansara.
47810 Petaling Jaya .
03-6142 1225.