apabila dilahirkan sahaja ke dunia ini, ibu bapalah yang bersusah payah membesar dan memelihara kita, yang memberikan kasih sayang dan memastikan kita selamat dan cukup keperluannya, baik makan pakai
mahupun sahsiah. walau ada antara kita yang tidak bernasib baik kerana mempunyai ibu atau bapa yang tidak bertanggung jawab namun, jasa mereka membawa kita ke dunia pun sudah cukup besar.
dan dosa seorang anak dengan kedua orang tuanyalah, antara dosa yang tidak disimpan ke akhirat oleh Yang Maha Pemberi Balasan. walau dia pada kita ayah yang jahat, walau dia ibu yang tidak sempurna,
namun itu antara mereka dengan Allah tapi kita, kita perlu menjawab andai kita tidak menghormati kedua ibu bapa kita, menderhakai mereka. Allah tidak memandang kita atas hasilan perbuatan orang pada
kita, tapi Allah memandang kita atas hasilan yang kita lakukan sendiri.
maka, andai kita menderhakai bapa yang munafik sekalipun, yang mengabaikan tanggung jawabnya pada Allah dan pada amanah yang terpikul di bahunya, kita berdosa. hatta, jahat mana sekalipun ibu atau
bapa kita, itu tidak akan dapat menjadi alasan kita untuk memandang hina pada mereka. itu bukan penyebab untuk kita melanggar arahan mereka. itu bukan menjadi alasan untuk kita buat apa yang mereka
tidak suka dan mengabaikan pula apa yang menjadi kegembiraan mereka. selagi mereka tidak bertentangan dengan hukum Allah. kerana andai bertembung kehendak manusia dengan syariat Ilahi, tiada dolak
dalih dalam siapa yang kita kena patuh.
soal jodoh, memang sukar andai pilihan kita bukan pilihan ibu dan bapa kita. apatah lagi kalau bagi kita, bakal suami kita itu menepati ciri-ciri suami mithali. dia pada kita adalah calon terbaik
buat kita, tapi malangnya pendapat kita tidak sama dengan pendapat bapa kita.
mungkin, dia berpengalaman buruk dengan orang yang kononnya berpegang teguh pada ajaran al-quran tapi rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia. atau mungkin menurut pengalaman hidupnya, status orang
yang alim ini tidak dipandang tinggi oleh masyarakat, apatah lagi sekiranya orang alim yang jumud pandangannya. lalu, pada dia , ugama itu bukan tunggak utama calon menantu, tetapi menantunya harus
orang yang memiliki ketampanan sosial dan dapat membanggakannya apabila dia berada di tengah-tengah masyarakat.
kalau kita belum berkahwin, cubalah cara untuk melembutkan hati ibu dan bapa kita dalam menerima pilihan kita, berdoa, jaga perhubungan dengan kekasih agar tidak menjadi alasan untuk digunakan kembali
dalam membidas kita, buatlah solat istikharah.
namun, andai telah selamat menjadi suami isteri, maka cubalah cara lain. beri hadiah selalu, berdiam apabila disindir-sindir, sabar apabila dilayan endah tak endah, sentiasa bermuka manis.
cuba buat pelbagai cara untuk rapatkan silaturrahim antara suami dan bapa. walau hadiah kita yang beli tapi katakan diberi suami kepada bapa kita. namun,yang paling penting doa selalu agar hati bapa
terbuka untuk menerima kita. buat solat hajat khusus untuk itu. berkemampuan? doalah di tanah haram. dalam masa yang sama jangan berputus asa berusaha untuk melembutkan hati bapa.
bacalah doa-doa pelembut hati dan hembuskan ke bapa dan dalam minumannya. mudah-mudahan dipermudahkan.
namun, sebenarnya, bercinta sebelum kahwin terutama yang tidak mampu menjaga syariat lebih banyak mengundang buruk daripada baik. bahagianya rumahtangga yang terpelihara daripada segala maksiat sejak
mula perkenalan hingga ke jinjang pelamin.
Thank you
************************************************************
Omar Bin Mohd @ Ismail
Planner
ISP Center Malaysia
Panasonic AVC Networks Johor Malaysia
IE PLO 460, Jalan Bandar,
81700 Pasir Gudang,
Johor,
Malaysia.
E-mail : omar...@pavcjm.panasonic.com.my
Tel (O) : 60-7-250 1164
Fax : 60-7-251 8562
************************************************************
"The information in this e-mail (including attachments) is confidential and is only intended for use by the addressee. If you are not the intended recipient or addressee, please notify us immediately. Any unauthorized disclosure, use or dissemination either in whole or in part is prohibited. Opinions, conclusions and other information contained in this message are personal opinions of the sender and do not necessarily represent the views of the Panasonic Group of companies."