Discussion on benarkah-hari-kiamat-akan-berlaku-pada-21-disember-2012

68 views
Skip to first unread message

Amirol89

unread,
Jul 9, 2009, 11:29:15 AM7/9/09
to Kausar Kreatif Infomedia
Salam..saya ade terdengar jugak pasal hal ni..penyebabnye adalah
Planet X atau Nibiru yang dijangka akan menghentam bumi pada
2012..Kalendar Mayan pun tamat pada tahun 2012..boleh tgk banyak video
sal ni kat YouTube..Kebenarannye hanaya ALLAH yang tahu..

Hos Laman

unread,
Jul 9, 2009, 12:08:27 PM7/9/09
to Kausar Kreatif Infomedia
Tulah pasal..
Yg pelik macamana kalendar Mayan, I-Ching dan Webbot boleh detect
tarikh tu.
Tak pasti scam ke tak...
Ada pulak kata pada tarikh tu major catastrophe kat seluruh muka bumi,
gempa bumi, lava gunung berapi.
Tapi kalau ikut kita org Islam, tanda-tandanya banyak yang belum
lengkap lagi.
Malaysia siap ada buat target rancangan sampai ke 2050 lagi :D

Amirol89

unread,
Jul 10, 2009, 4:40:28 AM7/10/09
to Kausar Kreatif Infomedia
salah satu tanda kiamat..berlakunya Api Besar di Yemen.. hmm..adakah
sebab hentaman planet X tu..walahuallam..

Hos Laman

unread,
Jul 10, 2009, 10:43:38 AM7/10/09
to Kausar Kreatif Infomedia
Kat sini ada video dokumentari History Channel pasal tu:
http://deanreview.blogspot.com/2009/05/earth-on-21st-december-2012.html

mal handsome

unread,
Jul 23, 2009, 2:34:14 PM7/23/09
to Kausar Kreatif Infomedia

berlaku perang dunia ketiga pada tangal tersebut sebab yahudi mahu
jadi ulama di indonesia, malaysia & timur tengah agar semua jadi kufar
akhirnya sebab selama ini rancangan mereka tidak berjaya sepenuhnya…

http://warisan-marzuki.blogspot.com/2009/07/blog-post.html

Md Hatta Basir

unread,
Jul 30, 2009, 11:35:23 AM7/30/09
to Kausar Kreatif Infomedia
peristiwa yang berlaku di asia barat terutama palestin adalah
checklist kepada item-item yang akan berlaku menjelang kiamat. yahudi
seluruh dunia akan dapat berkumpul di palestin dan baitulmaqdis
sebagai ibunegeri. kemudian, setelah mereka dapat berkumpul, barulah
akan berlaku peperangan antara islam dan yahudi, turunnya nabi isa dan
imam mahdi.

dalam buku "abraham in jerusalem (begitulah lebih kurang nama
bukunya)", pengarang mengandaikan kiamat akan berlaku approximately
dlm 50 thn lg.

sy google nama buku tu tapi tak jumpa...boleh cari, tak silap sy
warnanya biru. naskhah yang saya ada sy dh wakafkan disurau.

wallahu a'lam

dany

unread,
Sep 13, 2011, 12:24:11 PM9/13/11
to Kausar Kreatif Infomedia
Bilakah dunia ini akan Qiamat, tiada siapa yang lebih mengetahui
kecuali "allah Azza Wajalla".
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Polemik hari kiamat bukan perkara baru. Ia sudah bermula sejak Nabi
Muhammad SAW (selawat dan salam buat beliau) masih hidup lagi. Jibril
(salam ke atasnya) pernah menguji Nabi tentang hari kiamat dan
beberapa sahabat pernah bertanya kepada Nabi ‘bilakah hari kiamat?’
Beriman dengan hari kiamat termasuk salah satu rukun iman yang wajib
diyakini oleh setiap orang Islam. Ia bukan semata-mata ajaran Nabi
Muhammad SAW, bahkan ajaran semua nabi-nabi sebelum baginda termasuk
ajaran umat Yahudi dan Kristian. Justeru tidak hairan apabila ada
filem Barat yang menggambarkan hari kiamat persis disebutkan oleh al-
Quran dan Sunnah Nabi.
Ramalan-ramalan hari kiamat
Banyak ramalan dibuat mengenai tarikh sebenar hari kiamat. Antaranya
oleh Michael Notradamus dari Perancis. Beliau mendakwa kiamat akan
berlaku pada tahun 2012. Sebilangan pengkaji menyatakan beliau sebagai
seorang ahli falsafah, namun yang benar beliau ialah seorang ahli
sihir dan pengamal ilmu hitam yang dikehendaki oleh pemerintah pada
ketika itu. Bahkan beliau meramal sendiri hari matinya pada tahun
1566, dan dengan takdir Allah ramalan itu berlaku. Notradamus terpaksa
mencatatkan ramalan-ramalan itu dengan bahasa dan kod yang misteri
supaya tidak dikesan oleh pemerintah.
Dalam khazanah Islam juga pernah muncul ramalan berlakunya hari
kiamat. Seorang sarjana Islam terkemuka pernah menyatakan umur dunia
tidak akan melebihi 1500 tahun (mengikut kiraan kalender Hijrah).
Namun setelah diteliti semula, ia menyalahi petunjuk al-Quran dan
sunnah. Menurut Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyah hujah ini berdasarkan
sandaran hadis yang mauduk atau palsu (Barzakh & Kiamat, terbitan
Karya Bestari).
Hanya Allah yang tahu
Metod yang benar di sisi umat Islam ialah kembali kepada Yang Maha
Mengetahui iaitu Allah Azza Wajalla. Ini ditegaskan dalam Surah al-
Ahzab ayat 63,
“Manusia ditanya kepadamu tentang hari kiamat. Katakanlah,
‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu hanya di sisi
Allah’. Dan tahukah kamu (wahai Muhammad), boleh jadi hari kiamat itu
sudah dekat waktunya.”
Jika benar ada manusia yang mengetahui tarikh kiamat, tentulah Nabi
Muhammad SAW yang paling layak untuk mengetahuinya. Dalam catatan
sejarah, Nabi Muhammad tidak pernah meramalkan bila datangnya hari
kiamat. Apa yang Nabi tahu dan itu pun tentu berdasarkan wahyu bahawa
kiamat akan berlaku pada hari Jumaat. Ini berdasarkan hadis;
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari adalah Jumaat. Pada hari itu
diciptakan Adam. Pada hari itu juga dimasukkan ke syurga dan pada hari
itu juga dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah terjadi hari kiamat
kecuali pada hari kiamat.” (Hadis Muslim)
Manakala dalam satu peristiwa lain, Nabi pernah ditanya tentang hari
kiamat,
Sahabat Nabi bernama Abu Hurairah (semoga Allah redha kepada beliau)
menceritakan pada suatu hari seorang lelaki Arab Badui datang bertanya
kepada Nabi, “Bilakah hari kiamat?” Ketika itu Nabi sedang berucap,
dan tidak mengendahkan soalan itu. Namun setelah tamat berucap Nabi
berkata, “Manakah orang yang bertanya tentang hari kiamat tadi?”
Lelaki itu berkata, “Aku wahai Rasul Allah”. Nabi menjawab, “(Kiamat
akan datang) Apabila amanah telah disia-siakan”. Orang itu bertanya
lagi mendapatkan penjelasan, “Bagaimanakah mensia-siakan amanah itu?”.
Nabi menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya,
maka tunggulah kiamat.” (Maksud Hadis Bukhari dan Ahmad)
Bukan sahaja Nabi Muhammad, bahkan para malaikat termasuk Israfil
tidak mengetahui bilakah detik dan ketika itu. Walhal, Israfil
ditugaskan untuk meniup trompet sangkakala ketika terjadinya kiamat.
Sehingga Nabi menyatakan malaikat Israfil tidak mengedipkan matanya
sejak ditugaskan memegang trompet sangkakala menanti perintah Allah,
“Sesungguhnya pandangan pemilik trompet sangkakala (malaikat Israfil)
sejak dipasrahkan kepadanya telah bersedia melihat ke Arasy, khuatir
ia diperintahkan sebelum sempat mengedipkan matanya seakan-akan kedua
matanya adalah dua bintang yang menyala-nyala.” (Hadis sahih daripada
Al-Hakim)
Dalam satu hadis yang lain pula Nabi menjelaskan,
“Bagaimana boleh aku berasa tenteram dan tenang, sementara Malaikat
Israfil telah meletakkan trompet ke dalam mulutnya, menumpukan
perhatian dan memusatkan pendengarannya sambil menunggu perintah untuk
meniupnya…” (Hadis sahih daripada Imam Tirmizi)
Hikmah rahsia hari kiamat
Hikmah Allah merahsiakan hari kiamat kepada seluruh maklum, sama
seperti hikmah Allah merahsiakan waktu kematian bagi setiap manusia.
Bahkan kematian juga disebut sebagai ‘kiamat kecil’ bagi manusia.
Pengarang Tafsir Ruhul Ma’ani, Imam Mahmud Syukri Al-Alusi (w. 1270 H)
menyatakan satu dari hikmah dirahsiakan hari kiamat ialah, “menjadi
pendorong kepada manusia untuk sentiasa beribadah dan menghalang
daripada melakukan maksiat.”
Oleh yang demikian itu, setiap kali umat manusia melihat tanda-tanda
kiamat sudah wujud, mereka pun berasa takut terhadap kiamat dan huru-
haranya. Keimanan mereka pun bertambah dan akan segera
mempertingkatkan amal soleh.
Nabi pernah berpesan, “Bersegera melakukan amal soleh sebelum tiba
enam perkara, iaitu terbitnya matahari dari barat, keluarnya asap,
munculnya binatang melata (ad-dabbah), kematian atau hari
kiamat.” (Hadis Muslim)
Tanda-tanda hari kiamat
Seperti mana umat Islam wajib meyakini adanya hari kiamat, begitu juga
kita wajib beriman dan meyakini tanda-tanda akan berlakunya hari
kiamat. Tanda-tanda kiamat telah dijelaskan dalam al-Quran dan sunnah.
Sarjana Islam Al-Allamah Safarini (w. 1188) menjelaskan, “Tanda-tanda
hari kiamat itu terbahagi kepada tiga bahagian ; satu bahagian telah
nampak dan berlaku, satu bahagian sedang berlangsung dan satu lagi
belum tiba. Di antara tanda bahagian pertama seperti diutusnya Nabi
Muhammad SAW, kematian Nabi, penaklukan Baitul Maqdis serta pembunuhan
Khalifah Uthman bin Affan (semoga Allah redha kepada beliau).
Tanda-tanda lain, ialah peperangan yang terjadi antara kaum Muslimin,
munculnya golongan sesat seperti Khawarij (golongan yang memberontak
terhadap pemerintah) dan Rafidhah (Syiah), keluarnya para dajjal yang
mengaku nabi, runtuhnya kerajaan Arab, harta yang melimpah, banyaknya
terjadi gempa dan gerhana, serta hal-hal lain yang dikhabarkan oleh
Nabi sebagai tanda-tanda hari kiamat”. (Al-Irsyad Ila Sahihil Iktikad
Sudah Benarkan Akidah Kita, Dr Soleh Fauzan Al-Fauzan).
Ahli ulama klasik mahupun kontemporari sudah menulis buku yang khusus
merinci peristiwa kiamat dan tanda-tandanya, antaranya ialah Al-Hafidz
Ibnu Kathir dengan bukunya berjudul an-Nihayah (Huru-Hara Hari
Kiamat).
Manakala kalangan penulis kontemporari ialah Syaikh Yusuf al-Wabil,
(Asyratus Sa’ah : Hari Kiamat Sudah Dekat), Dr Umar Sulaiman Asyqar
(Al-Yaumul Akhir : Ensiklopedia Hari Kiamat) dan buku Barzakh & Kiamat
selenggaraan Sakinah Ariff Johor (Karya Bestari).
Satu kepentingan mengetahui tanda-tanda kiamat supaya umat Islam
berusaha untuk tidak terlibat atau berperanan dalam menyemarakkan
tanda-tanda kiamat itu.

dany

unread,
Sep 13, 2011, 12:50:15 PM9/13/11
to Kausar Kreatif Infomedia

dany

unread,
Sep 13, 2011, 12:49:44 PM9/13/11
to Kausar Kreatif Infomedia
Bilakah dunia ini akan Qiamat, tiada siapa yang lebih mengetahui
kecuali "allah Azza Wajalla".
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages