Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditubuhkan pada 7 Disember 1978 serentak dengan perisytiharan Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. Sebelum ini, MBSA dikenali sebagai “Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA)”. Bagaimanapun pentadbiran MBSA hanya mula beroperasi pada 1 Januari 1979.Pada peringkat permulaan, pentadbiran MBSA beroperasi di rumah kedai, Seksyen 3 dan kemudian di Kompleks PKNS pada tahun 1981. Hanya pada tahun 1988, kakitangan MBSA berpindah ke sebuah bangunan 28 tingkat yang dikenali sebagai “Wisma MBSA”.
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.
1. PEMBANTU TADBIR (P/O) – SUASA EFEKTIF N17 - Kekosongan jawatan: 11

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan
[LOCK THE FOLLOWING PART]
PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
i) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
ii) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau
Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah
disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan
Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini;
iii) Permohonan
daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat
hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua
Jabatan;
iv) Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;
v) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
vi) Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat;
vii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga(3) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
PERMOHONAN
Borang (MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.00 tunai/naskah.
Permohonan hendaklah dihantar kepada:
Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor
Tarikh Tutup Permohonan : 1 July 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
[/LOCK THE FOLLOWING PART]