Pada awal penubuhan Majlis Daerah Kota Tinggi dikenali sebagai Lembaga Bandaran di mana sebahagian Pentadbiran adalah di bawah pentadbiran Pihak Kerajaan. Pada 01 April 1961, Lembaga Bandaran telah ditukar kepada Majlis Bandaran di mana keseluruhan pentadbiran menjadi Badan Berkanun dan Kewangan Berautonomi serta mendapat bantuan pemberian dari Kerajaan Negeri.
Pada 01 Januari 1977, Majlis Daerah Kota Tinggi melalui penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Malaysia Barat dengan menyatukan beberapa buah Penguasa Tempatan mengikut kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) (Peruntukan-Peruntukan Sementara) 1973 untuk diterbitkan dalam satu Lembaga Pengurus.
Majlis Daerah Kota Tinggi dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:-
1 PENOLONG JURUTERA J29
2 PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
3 PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT N17
4 PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17
5 PEMBANTU PENGUATKUASA N17
6 PEKERJA AWAM R1

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan
[LOCK THE FOLLOWING PART]
(a)Permohonan
hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di pejabat Majlis
Daerah Kota Tinggi pada waktu pejabat dengan dikenakan bayaran RM1.00.
(b)Borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan kad pengenalan,
sijil kelahiran dan sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik serta
sekeping gambar berukuran pasport. Semua dokumen hendaklah di SAHKAN
daripada salinan asal.
(c)Permohonan dari pegawai-pegawai sedang
berkhidmat dengan Kerajaan/Penguasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah
dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab “A”
Bil.17.
(d)Borang-borang permohonan hendaklah diiisi dengan lengkap dan dihantar kepada:-
Yang Dipertua
Majlis Daerah Kota Tinggi
Jalan Padang
81900 Kota Tinggi
Tarikh Tutup Permohonan : 07 Jun 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
[/LOCK THE FOLLOWING PART]