UPM telah diiktiraf oleh badan bebas penilaian kerajaan sebagai salah sebuah Universiti yang menerajui bidang penyelidikan dan akademik. Ia ditubuhkan pada tahun 1931 sebagai Sekolah Pertanian, dan kini telah berjaya menggabungkan kemudahan moden dan pendekatan penyelidikan yang dinamik dalam pengajian dan kajian serta didokong oleh perkhidmatan dan reputasi kejayaan yang cemerlang di persada antarabangsa.
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan seperti berikut di Fakulti Kejuruteraan:
1. Pembantu Pengajar Gred UDP

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan
[LOCK THE FOLLOWING PART]
Kelayakan:
(i) Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal yang diiktiraf oleh
Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(ii) Mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.0 dan ke atas.
(iii) Kepujian Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Imbuhan Bulanan:
Honorarium RM2500.00
Taraf Jawatan: Kontrak (bagi suatu tempoh yang ditetapkan).
Umur Pada Tarikh Tutup Iklan:
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Penempatan: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia.
Tarikh Tutup Permohonan: Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Jun 2013.
Cara Memohon:
(i) Permohonan hendaklah dibuat melalui borang Permohonan Jawatan
Kumpulan Pengurusan dan Profesional (SOK/BUM/BR03/JAWATAN 01) yang boleh
didapati dalam laman web Pejabat Pendaftar UPM atau diperolehi dengan
cara muat turun daripada laman web di http://www.eng.upm.edu.my
(ii)
Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah disertakan bersama
dengan Curriculum Vitae, salinan kad pengenalan, salinan sijil
kelahiran, salinan sijil-sijil persekolahan (termasuk Ijazah dan Diploma
jika berkaitan) dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan dengan
sekeping gambar berukuran pasport.
(iii) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :
Ketua,
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan,
Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor.
(U.P : Cik Syaakiratul Hasanah Rossidi)
Tarikh Tutup Permohonan : 21 Jun 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
[/LOCK THE FOLLOWING PART]