Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

0 views
Skip to first unread message

Ramli Ahmad

unread,
May 24, 2013, 3:17:52 AM5/24/13
to jawatan-kos...@googlegroups.com

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula dengan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP) yang beroperasi di sebuah kampus yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1999. Penubuhan Universiti ini adalah hasil daripada cetusan idea Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang mana ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.Hasil daripada usaha gigih beliau, Jemaah Menteri pada 26 Jun 2001 telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah Universiti Teknikal Awam yang berasaskan kemahiran di Pahang dan dinamakan sebagai KUKTEM.Setelah lima tahun beroperasi, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pertukaran nama KUKTEM kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkuatkuasa mulai 1 Februari 2007. Dengan pertukaran ini, nama KUKTEM kini dikenali sebagai UMP.

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan di bagi jawatan seperti berikut :

1. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN
2. PEMBANTU MAKMAL

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan

[LOCK THE FOLLOWING PART]

SYARAT-SYARAT UMUM
Pemohon-pemohon yang memohon jawatan di atas adalah tertakluk kepada syaratsyarat dalam skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

TARAF JAWATAN
Jawatan akan dilantik secara tetap atau kontrak.

PERMOHONAN OLEH PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga (3) tahun terakhir, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan ulasan majikan sama ada menyokong atau tidak permohonan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Para 18.

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara Online dengan mengisi maklumat pemohon di laman web rasmi UMP iaitu http://www.ump.edu.my. Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan Permohonan Online (Selepas tamat mengisi butiran
permohonan melalui web rasmi UMP). Permohonan yang tidak dibuat secara Online melalui laman web rasmi UMP tidak akan dilayan.
Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat.
Permohonan yang lengkap beserta dengan salinan-salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada :
PENDAFTAR,
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
LEBUHRAYA TUN RAZAK,
26300 GAMBANG, KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PERJAWATAN & CUTI BELAJAR,
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)
CATATAN AM
(a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu
dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mei 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini

[/LOCK THE FOLLOWING PART]

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages