Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.Kini, universiti yang terletak di Kuala Lumpur ini terbuka kepada semua pihak.
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:
1. Pegawai Sains C41
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41
3. Jurutera Awam J41
4. Pegawai Penyelidik Sosial N41
5. Pegawai Penerbitan N41
6. Jururawat Pengajar U41
7. Penolong Jurutera Awam J29
8. Penolong Juruukur Bahan J29
9. Penolong Pegawai Senibina J29
10. Penolong Pegawai Tadbir N27
11. Jururawat U29
12. Juruteknologi Makmal Perubatan U29
13. Pembantu Makmal C17
14. Juruteknik Awam J17
15. Juruteknik Elektrik J17
16. Juruteknik Mekanikal J17
17. Tukang K1 (Elektrik) R17
18. Pembantu Am Pejabat N1

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan
[LOCK THE FOLLOWING PART]
PENETAPAN GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan adalah mengikut skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa.
IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)
Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap
Perumahan/Imbuhan Tetap Keraian/Imbuhan Tetap Khidmat Awam/Imbuhan Tetap
Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuatkuasa.
TARAF JAWATAN
Semua jawatan akan dilantik secara Kontrak.
SYARAT KEWARGANEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)
Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon
lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan, manakala
bagi bekas tentera/polis hendaklah tidak melebihi 45 tahun.
SYARAT-SYARAT UMUM
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk
kepada syarat-syarat Skim Perkhidmatan Awam berkenaan yang sedang
berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara hendaklah menyertakan
surat pengesahan pengiktirafan ijazah dari Unit Dasar dan
Pengiktirafan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (Malaysia).
CARA MEMOHON
Semua permohonan perlu melalui sistem e-recruitment UPNM. Sila daftar
login anda di alamat: http://erecruitment.upnm.edu.my dan lengkapkan
maklumat permohonan dan resume anda secara online. Dokumen asal dan
salinan yang telah disahkan hanya perlu dikemukakan pada hari temuduga.
Dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut hanya perlu dikemukakan pada hari temuduga :-
i) Kad Pengenalan / Pasport
ii) Sijil – sijil Akademik (UPSR/PMR/SPM/STPM/Sijil/Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D)
iii) Sijil – sijil Ko-kurikulum
vi) Testimonial/Pengesahan Kerja daripada majikan
vii) Salinan slip gaji terakhir
KETERANGAN AM
Calon-calon yang berjaya di senarai pendek sahaja akan dipanggil
temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak
UPNM dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah
dianggap TIDAK BERJAYA.
Tarikh Tutup Permohonan : 16 Jun 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
[/LOCK THE FOLLOWING PART]