Jawatan Kosong Di Majlis Bandaraya Johor Bahru

0 views
Skip to first unread message

Ramli Ahmad

unread,
Jun 5, 2013, 12:39:28 AM6/5/13
to jomkerjakerajaan

Jawatan Kosong Di Majlis Bandaraya Johor Bahru

Sejarah perkembangan Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada tahun 1933 apabila Jabatan Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1950. Pada tahun 1967, di bawah Seksyen 15 Enakmen Lembaga Bandaran 118, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah mengambil alih kuasa pentadbiran Bandar Johor Bahru. Pada 1 April 1977, Majlis Bandaran dinaiktaraf ke Majlis Perbandaran dan seterusnya menikmati kenaikan taraf kepada sebuah Bandaraya pada 1 Januari 1994 dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Takzim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut- turut.

1. Penyelia Gred N27
2. Fasilitator Gred FT17

Cara Memohon dan Tarikh Tutup Permohonan
[LOCK THE FOLLOWING PART]

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/1/2003 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.
2. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Bil 17 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat & Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.
3. Bagi pemohon yang memilikki Kelayakan dari Institusi-institusi Pengajian Tinggi Swasta, Permohonan hendaklah disertakan salinan pengiktirafan kelayakan yang boleh disemak di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau di alamat http://pengiktirafan.jpa.gov.my/ . Pemohon dari Institusi-institusi Pengajian Swasta yang gagal berbuat demikian menyebabkan permohonan tidak akan dilayan.
4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 JUN 2013.
5. Borang-borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan yang diakui sah dokumen-dokumen berikut :-
(i) Salinan Sijil Kelahiran (ii) Salinan Kad Pengenalan (iii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil Kelulusan, Transkrip (Diploma & Ijazah) & Lain-lain Sijil yang berkaitan. (iv) Gambar berukuran Pasport terkini.
6. Borang permohonan boleh dihantar terus ke Bahagian Sumber Manusia atau melalui pos ke alamat tersebut:-

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.

CATATAN AM :
1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
2. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab calon sendiri.
3. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan : 10 Jun 2013
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini

[/LOCK THE FOLLOWING PART]

Jawatan Kosong Di Majlis Bandaraya Johor Bahru

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages