TETULANG PENEGUH/'STIFFENER' UNTUK DINDING BATA SETIAP 3 METER PANJANG

5,884 views
Skip to first unread message

mohdisa

unread,
Nov 12, 2008, 9:15:24 PM11/12/08
to JKRJohorMentoring, aba...@jkr.gov.my, bus...@jkr.gov.my, mdsal...@jkr.gov.my, atz...@jkr.gov.my, johor...@jkr.gov.my, pon...@jkr.gov.my, batu...@jkr.gov.my, mu...@jkr.gov.my, seg...@jkr.gov.my, kotat...@jkr.gov.my, mer...@jkr.gov.my, klu...@jkr.gov.my
Tuan-tuan/puan-puan,

Harap ambil perhatian bahawa tiang peneguh/'stiffener' mestilah dibina
sebagai struktur binaan bagi dinding bata iaitu setiap 3 meter panjang
(atau 10 meter persegi dinding).

Tiang peneguh ini berukuran 130mm x 130 mm dengan tetulang utama 4T12
dan tetulang riceh R6-150 mm p/p.
Tetulang utama tersebut mestilah masuk ke dalam rasuk bawah.
Bagaimanapun tiang peneguh ini tidak menyentuh rasuk atas iaitu
mempunyai kelegaan 100mm. Ini bermakna tiang peneguh tidak berperanan/
bertindak sebagai tiang penyokong rasuk atas. Tetulang
pengukuh/'starter bar' perlulah dipasang iaitu R6-600mm p/p iaitu
untuk 4 lapisan batu bata. Rujuk Lukisan Rampaian Sekolah RM9 CKP
(S602S)BD/EK04/01 Kerangka Penghujung KT4a bagi mendapatkan butiran
terperinci.

Bagi dinding tebar layar/'gable end' 3 bilang tiang peneguh mestilah
dibina. Ketinggian tiang peneguh ini meliputi keseluruhan ketinggian
dinding batu bata iaitu sehingga ke aras 'wall plate'. Rujuk Lukisan
Rampaian Sekolah RM9 CKP(S602S)BD/EW00/01 Kedudukan Peneguh Pada Aras
Bumbung Kerangka Hujung Dan Aras Bumbung Dormer.

Bagi memperolehi keterang lengkap tuan-tuan/puan-puan bolehlah
mendapatkan nasihat daripada jurutera daerah atau mentor masing-masing
atau daripada saya.

Terima kasih.

Zawawi Parjan @ Mahfodz

unread,
Nov 13, 2008, 12:55:58 AM11/13/08
to jkrjohor...@googlegroups.com, Mohd Isa Sulaiman, Dato' Ir Haji Abu Bakar Ahmad, Atzhar Yusof, Jurutera Daerah Batu Pahat, Haji Busari Haji Ahmad, Jurutera Daerah Johor Bahru, Jurutera Daerah Kluang, Jurutera Daerah Kota Tinggi, Mohd Salleh Abu Bakar, Jurutera Daerah Mersing, Jurutera Daerah Muar, Jurutera Daerah Pontian, Jurutera Daerah Segamat

yang ini masa aku sekolah pun dah belajar.... tapi macam dah dilupakan atau terlupa... satu lagi adalah pemasangan ex-mat + starter bar pada tiiang pada setiap 4 lapisan bata... tak pernah aku nampak di site...
1 lagi.... apron suspended apasal retak pulak? contoh projek JKR pularek.... aku rasa sebab tak ada beam melintang dari arah tiang... terlupa? atau tak ingat?

bukan nak cari salah ...sebagai peringatan jer.....

maaf zahir batin


* PWD disclaim all liabilities arrising from this message for any
errors caused by computer virus *

mohdisa

unread,
Nov 13, 2008, 4:14:01 AM11/13/08
to JKRJohorMentoring
Tiang peneguh/'stiffner' ini amat penting kerana tanpa pembinaannya,
kebarangkalian dinding batu bata runtuh adalah tinggi. Pernah berlaku
dinding tebar laya/'gable end' sebuah sekolah di Pulau Pinang runtuh.
Bulan puasa baru-baru ini, dinding tambahan di sebuah sekolah di
Sejangkang, Selangor telah runtuh dan menimpa seorang pelajar yang
sedang mengulangkaji pelajaran dan pelajar ini telah meninggal dunia.

Bagi exmet wire, pengukuahan dinding menggunakannya adalah amat
diperlukan untuk menghalang keretakan pada sambungan mortar daripada
berpanjangan berlaku. Maksudnya jika keretakan pada sambungan mortar
terjadi, keretakan ini akan berhenti bila tiba pada exmet wire. Rujuk
Standard Specification for Building Works 2005, mukasurat E/3 Clause
5.1.8, All half bricks (113mm) walls and partitions shall be
reinforced at every fourth course with approved brick reinforcement
commencing two courses above floor level. For block walling,
reinforcement shall be at every second course commencing one course
floor level.

Maksudnya bagi dinding setengah bata termasuk dinding sesekat, bagi
setiap 4 (empat) lapisan bata, hendaklah dipasang exmet wire, manakala
pada atas paras atas rasuk/''above floor level' diletakkan exmet wire
untuk 2 (dua) lapisan bata. bagi dinding daripada batu blok, dipasang
exmet wire setiap 2 (dua) lapisan dan pada aras lantai setiap 1 (satu)
lapisan.

Sebagai tambahan Mukasurat E/4 Clause 7 menerangkan pemasangan Lapisan
Kalis Lembab (LKL)/'damp proof course(dpc)' di mana bituminous sheet
dpc hendaklah dipasang atas rasuk tanah sebelum diletakan batu bata.
Cara pemasangan adalah diletakkan cement mortar (1 : 1) atas rasuk
tanah dan disapu atas cement mortar tersebut bitumen panas/'hot
bitumen'. Pada pepenjuru dan sambungan disapu bitumen panas itu
sehingga ketinggian 150mm.

Bagi pemasangan starter bar 600mm panjang bergarispusat 6mm pada tiang
dengan jarak 4 (empat) lapisan bata antara starter bar adalah penting
iaitu bertujuan mengelakkan berlakunya keretakan antara tiang dan
dinding bata.

Satu perkara lagi, bagi bangunan yang menggunakan asas dalam seperti
cerucuk, perlulah dibina apron dari jenis 'suspended floor', di mana
rasuk julur/'cantilever beam' hendaklah direkabentuk untuk diletakkan
apron dan longkang 225 ('perimeter drain') keliling bangunan atas
rasuk julur tersebut. Ini bertujuan apabila berliku mendapan tidak
menyebabkan apron atau longkang 225mm pecah atau patah. Ataupun hanya
diletakkan batu sungai bagi menggantikan apron konkrit bagi mengatasi
masalah apron dan longkang yang pecah atau patah.

On 13 Nov, 13:55, "Zawawi Parjan @ Mahfodz" <zawa...@jkr.gov.my>
wrote:

rider senja

unread,
Jun 16, 2009, 12:02:11 AM6/16/09
to jkrjohor...@googlegroups.com, aba...@jkr.gov.my, bus...@jkr.gov.my, mdsal...@jkr.gov.my, atz...@jkr.gov.my, johor...@jkr.gov.my, pon...@jkr.gov.my, batu...@jkr.gov.my, mu...@jkr.gov.my, seg...@jkr.gov.my, kotat...@jkr.gov.my, mer...@jkr.gov.my, klu...@jkr.gov.my

Assalamualaikum

Salam sejahtera.

 

Ucapan terima kasih kpd tuan/puan yg sudi mendoakan utk arwah ayahanda mertua saya.

Kembali ke rahmatullah pada 10 JUN 2009 (Rabu).

Semoga rohnya mendapat keampunan dan dicucuri rahmat...

 

Mohon juga jasa baik dan keikhlasan tuan/puan utk menghadiahkan surah alfatihah buat Allahyarham. 

Khususan ila ruhi almarhum Mohamad Shukery Bin Hashim,  Al Fatihah...

 

Terima kasih.


 
Daripada:
Mohd Nazib Md Samri
Penolong Pengarah (Ukur Bahan)
JKR Johor.

ANida Suharti @ Ami Ronida Basiron

unread,
Jun 16, 2009, 1:51:09 AM6/16/09
to jkrjohor...@googlegroups.com
Takziah..Semoga roh almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org-org yang beriman...amin

>>> rider senja <rider...@yahoo.com> 06/16/09 11:44 AM >>>
This e-mail and any attachments may contain confidential and
privileged information. If you are not the intended recipient,
please notify the sender immediately by return e-mail, delete this
e-mail and destroy any copies. Any dissemination or use of this
information by a person other than the intended recipient is
unauthorized and may be illegal.
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages