PPN GEMA 2013 - Penghargaan buat semua

4 views
Skip to first unread message

Ahmad Zubair

unread,
Feb 20, 2013, 2:34:36 AM2/20/13
to jkbelia_ikram, jk-protem-gema, jk-ppn-gema, ikram-aj...@googlegroups.com
Assalamualaikum

Alhamdulillah, dengan izin Allah Perhimpunan Perwakilan Nasional sulung GEMA telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Februari 2013 lalu, bertempat di Auditorium UNISEL Shah Alam. Persidangan PPN sulung ini berlangsung dalam suasana yang cukup hangat dan bertenaga. Pada sebelah malamnya pula, dianjurkan forum khas "Halatuju Anak Muda, Mencorak Masa Depan Negara" yang menampilkan panelis-panelis yang handal


1. Mewakili JK Pelaksana PPN GEMA 2013, saya ingin merakamkan penghargaan khas kepada:

(1) Timbalan Presiden IKRAM, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom di atas kesudian beliau meluangkan sedikit masa merasmi dan memberi amanat berharga beliau dalam kesibukan menghadiri sidang DPN.

(2) Penasihat GEMA, Tn Shahrul Aman Mohd Shaari kerana sudi menghadiri PPN sulung 2013 ini dari awal hingga ke akhir.  

(3) Presiden & AJK Penaja GEMA Pusat serta yang bertungkus lumus menjayakan PPN sulung 2013

(4) Pasukan JK Pelaksana PPN yang ditunjangi oleh GEMA Selangor & Wilayah Persekutuan yang telah bertungkus lumus dan komited dalam memastikan kelancaran persidangan.

(5) Pengerusi Majlis serta Pengerusi Tetap yang mengendalikan majlis dan persidangan PPN dengan baik dan 'menyuamkan' sedikit kontroversi yang timbul :)

(6) Perwakilan dan pemerhati dari 8 negeri yang telah mengambil bahagian secara aktif sepanjang persidangan.


2. Tidak dilupakan juga kepada mereka yang terlibat langsung membantu GEMA pada era penajaan & pra-penajaan:

(1) Hj Mohd Fadzil Saleh selaku mantan Pengerusi JK Pemuda IKRAM Pusat dan barisan AJK yang membantu meletakkan asas penubuhan GEMA

(2) Hj Zaid, Hj Nahar & Dr Zulfakar yang banyak membantu menggubal Perlembagaan GEMA

(3) Norazmi Mat Noh selaku mantan Pengerusi Sekretariat Belia IKRAM Pusat

(4) Teman-teman yang pernah bersama menyumbang bakti di dalam Sekretariat Belia IKRAM Pusat

(5) Pengerusi JK Belia & Remaja IKRAM Negeri yang banyak membantu proses penubuhan GEMA Negeri.

(6) Pasukan AJK Penaja GEMA Negeri yang berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Negeri (MAN) GEMA dengan baik

(7) Semua teman-teman belia yang menyahut seruan mendaftarkan diri sebagai ahli GEMA. Kalian semua adalah batu asas organisasi ini


3. Saya juga memohon maaf di atas kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian PPN sulung 2013 ini. Semoga penganjuran PPN dan kualiti perbahasan pada masa mendatang terus ditambah baik demi kebaikan organisasi GEMA yang kita kasihi ini. Semoga para perwakilan dan pemerhati menikmati kenangan pahit manis sepanjang bersidang di PPN sulung 2013. 

4. Harapannya agar komitmen yang telah ditunjukkan oleh dalam menjayakan PPN sulung 2013 dapat di lonjakkan lagi dalam pengoperasian GEMA di medan terbuka yang mencabar ini. Bersama Menjana Perubahan!!

Wassalam

Ahmad Zubair bin W. Ab Rahim
Mantan Pengarah PPN GEMA 2013
Mantan SUA Penaja GEMA Pusat

--
Ahmad Zubair bin W. Ab Rahim
Mobile: +6013 303 3521
Skype: zubairahim
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages