Usul yang akan dibahaskan semasa PPN GEMA 2013

3 views
Skip to first unread message

Ahmad Zubair

unread,
Feb 15, 2013, 3:56:10 AM2/15/13
to jk-prot...@googlegroups.com, Muhammad Bukhari, Alfa Red, mohamad padzli mohamed yazit, Mohd Sofwan Mohd Resali, Qayyim Hafidzi, jkbelia_ikram, jk-ppn-gema, belia-remaja-pusat
Assalamualaikum

Didoakan semuanya berada dalam kerahmatan Allah swt pada Jumaat yang mulia ini.

Dimaklumkan bahawa JK Penaja GEMA Pusat telah melantik Sdr Wan Muhammad bin Wan Ibrahim sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pepandu Usul untuk PPN sulung ini.

Setakat ini hanya dua (2) usul yang akan dibahas semasa PPN:
  1. Usul Sukan daripada MAN Johor
  2. Usul Pindaan Perlembagaan daripada JK Penaja GEMA Pusat
Bersama-sama ini disertakan Usul Cadangan Pindaan Perlembagaan GEMA yang akan dibentangkan di PPN 2013 pada 16 Februari 2013.

Jzkk atas perhatian semua.

Ahmad Zubair
SUA Penaja GEMA 

USUL CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN GEMA UNTUK DIBENTANG DAN DIPOHON KELULUSAN DALAM PPN 2013 PADA 16 FEBRUARI 2013


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

 

Dengan ini Jawatankuasa Penaja GEMA Pusat mencadangkan untuk melengkapkan satu fasal dalam Perlembagaan GEMA berkaitan lambang dan cogan kata. Fasal ini akan dijadikan Fasal 3.

Cadangan fasal ini adalah seperti berikut:

Fasal 3: 
LAMBANG DAN COGAN KATA


1.0  Lambang

1.1  Lambang GEMA adalah seperti dikepilkan. Ia diasaskan dari bentuk sfera yang direkabentuk melalui manupulasi kreatif gabungan huruf G, E, M & A, yang melambangkan nama pertubuhan.

1.2  Makna lambang GEMA ialah seperti berikut:

1.2.1        Bentuk sfera menggambarkan GEMA sebagai NGO yang bersifat universal dan terbuka kepada semua anak muda rakyat malaysia tidak mengira agama, keturunan atau budaya.

1.2.2        Titik pusat lambang GEMA yang seiras dua mata pisau yang bertemu melambangkan GEMA sebagai platform yang berpaksikan prinsip dan sentiasa mencari titik penyatuan. Saling teguh meneguh dalam apa yang disepakati dan berlapang dada dalam perkara yang diperselisihkan.

1.2.3        Warna turquoise melambangan elemen kontemporari serta segar dan dijelmakan dalam susuk pergerakan GEMA.

1.3  Jawatankuasa Pusat berkuasa membuat sebarang peraturan berkenaan dengan lambang ini.

 

2.0  Cogan kata

2.1  Cogan kata GEMA ialah “Bersama Meneraju Perubahan”.

 

Pencadang: Ahmad Zubair bin W. Ab Rahim (Setiausaha Agung Penaja GEMA)

Penyokong: Mohamad Amirul Bin Mohamad Letfee (AJK Penaja GEMA)


--
Ahmad Zubair bin W. Ab Rahim
Mobile: +6013 303 3521
Skype: zubairahim
USUL (SUKAN) MAN KE PPN.docx
USUL CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN GEMA.doc
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages