En Bahrul mencadangkan untuk mengadakan satu mesyuarat MYCommunity akhir tahun untuk membentangkan semua aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun 2014 dan juga perancangan takwim dan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2015.
Butiran mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh:5/12/2014
Tempat: FST, UKM
Masa: 2.30 ptg - 5.00 ptg.
Kepada ahli MyCommunity yang ingin menempah bilik penginapan di Puri Pujangga, mohon memaklumkan kepada saya secepat mungkin. Tarikh penginapan adalah dari 5-8/12/2014.
Untuk makluman, tarikh mesyuarat ini hanyalah sebagai cadangan, jika ramai yang tidak dapat menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut, perubahan tarikh akan dilakukan mengikut persetujuan semua.
Terima Kasih
Yang menjalankan tugas,
Nurul Ain Md Zainol
MyCommunity
Jangkauan Global Malaysia