FW: JEMPUTAN MENGHADIRI BENGKEL BEEHIVE MALAYSIA: YOUNG ENTREPRENEURSHIP ACCELERATION PROGRAM

1 view
Skip to first unread message

Bahrulmazi Edrak

unread,
Jan 15, 2015, 1:54:37 AM1/15/15
to anm...@gmail.com, mu...@usm.my, nor_...@yahoo.com, nmy...@gmail.com, anushela...@moe.gov.my, flora...@moe.gov.my, jgm_myc...@googlegroups.com, mans...@gmail.com, yfa...@gmail.com, tham.s...@gmail.com, muzaffa...@gmail.com, Zainal A Ayub, laiye...@yahoo.com, ippn...@gmail.com, Haziqah Nasirah Zol Bahari, ri...@sejahtera.my, fara...@ucti.edu.my, En. Mohd Badrul Hisyam Bin Muhamad Alias, nikma...@umk.edu.my
Y.Bhg. Prof./Prof. Madya/ Dr/ Tuan /Puan,

Didoakan agar dalam keadaan sihat walafiat jua.

Saya dengan ini amat  berbesar hati ingin memanjang jemputan  menghadiri bengkel  yang dianjurkan oleh BeeHive, UMK. Ia adalah satu program kerjasama  antara WOW Labs, France, U.S. Embassy  dan  BeeHive, UMK. Bengkel ini  berkonsepkan "TOT  for module  on Students'  Enterpreneurship Innovation and Incubation" , yang akan dibentangkan oleh penceramah dari WOW Labs sendiri. Segala maklumat  mengenai program ini  saya lampirkan untuk rujukan dan perhatian semua.  Jika tidak keberatan bolehlah sekiranya   jemputan ini  dapat dipanjangkan kepada rakan-rakan yang lain.

Mohon hubungi En. Mohd.  Badrul  Hisyam (Penolong Pendafter, GERIC UMK) bagi sebarang pertanyaan dan pendaftaran .  Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar
Bahrulmazi Edrak





Date: Thu, 15 Jan 2015 12:49:56 +0800
Subject: JEMPUTAN MENGHADIRI BENGKEL BEEHIVE MALAYSIA: YOUNG ENTREPRENEURSHIP ACCELERATION PROGRAM
From: his...@umk.edu.my
To: bah...@hotmail.com

Y.Bhg. Dato'/ Prof./Prof. Madya/ Dr/ Tuan /Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI BENGKEL BEEHIVE MALAYSIA: YOUNG ENTREPRENEURSHIP ACCELERATION PROGRAM

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.          Sukacita dimaklumkan bahawa Global Entrepreneurship Research and Innovation Centre (GERIC) bersama Beehive Universiti Malaysia Kelantan akan mengadakan Bengkel Beehive Malaysia: Young Entrepreneurship Acceleration Program".

3.          Untuk makluman Y.Bhg. Dato'/ Prof./Prof. Madya/ Dr/ Tuan /Puan, program ini adalah kerjasama antara Universiti Malaysia Kelantan bersama Wow Labs Ltd., Babson Global dan Office of The Special Representative to Muslim Communities of The State Goverment, United State dalam rangka membangunkan program inovasi dan inkubator keusahawanan dalam kalangan remaja di Malaysia. 


4. Butiran program adalah seperti berikut:

            Tarikh        : 19 - 20 Januari 2015
            Masa         : 10.30 pagi - 5.30 petang
            Tempat      : GERIC, UMK
                               Lot 1-3, Enterprise 2
                               Technology Park Malaysia
                               Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur
            Aturcara     : Seperti lampiran

3.         Sehubungan itu, pihak kami selaku penganjur dengan berbesar hati menjemput Y.Bhg. Dato'/ Prof./Prof. Madya/ Dr/ Tuan /Puan untuk menyertai program ini dan sebarang pertanyaan berkenaan program ini boleh dimajukan kepada Urusetia, En. Mohd Badrul Hisyam di talian 03-89923027 atau emel his...@umk.edu.my.

4.         Kehadiran dan kerjasama yang diberikan oleh Y.Bhg. Dato'/ Prof./Prof. Madya/ Dr/ Tuan /Puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

-- 
Saya yang menjalankan tugas,


..................tt.........................
MOHD BADRUL HISYAM BIN MUHAMAD ALIAS
Penolong Pendaftar
Global Entrepreneurship Research and Innovation Centre (GERIC)
Universiti Malaysia Kelantan
Lot 1 - 3 , Enterprise 2,
Technology Park Malaysia
Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur
Tel : 03-89923027  Faks : 03-89941637
H/p : 013-9806891
BEEHIVE MALAYSIA WORKSHOP PAGE 1.jpg
BEEHIVE MALAYSIA WORKSHOP PAGE 2.jpg
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages