Salam Sejahtera,
Berhubung perkara diatas, Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat akhir tahun 2014 MyCommunity sebagai Sekretariat Jangkauan Global Malaysia. Butiran mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh : 5 Disember 2014
Masa : 3 ptg - 5.30 ptg
Tempat : FTSM, UKM
Agenda mesyuarat:
1. Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis
2. Pengesahan minit mesyuarat terdahulu
3. Pembentangan aktiviti sepanjang tahun 2014
4. Pembentangan takwim 2015
Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon tuan/puan untuk mengesahkan kehadiran selewat-lewatnya 1/12/2014. Segala kerjasama dan kesudian tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang menjalankan tugas.
Nurul Ain Md Zainol
MyCommunity
Jangkauan Global Malaysia