Google Groups no longer supports new Usenet posts or subscriptions. Historical content remains viewable.
Dismiss

Sumbangan Dan Sukarela MOSC2011 Malaysia Open Source Software Conference 2011

0 views
Skip to first unread message

linuxmalaysia

unread,
Jan 9, 2011, 3:58:58 AM1/9/11
to
Sumbangan Dan Sukarela MOSC2011 Malaysia Open Source Software
Conference 2011

http://cikgucyber.blogspot.com/2011/01/sumbangan-dan-sukarela-mosc2011.html

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Komuniti OSS Malaysia akan menganjurkan Malaysia Open Source
Conference 2011 atau MOSC2011 untuk kali ke tiga dan akan diadakan
pada 3 Julai 2011 sehingga 6 Julai 2011. Persidangan perisian sumber
terbuka (Open Source Software @ OSS) ini adalah bertujuan bagi
menemukan pengguna-pengguna OSS daripada seluruh negara Malaysia dan
luar negeri. Ia turut menyatukan kumpulan pakar komputer dan OSS
daripada pelbagai bidang daripada sektor kerajaan, swasta dan
komuniti. MOSC 2011 adalah usaha komuniti OSS Malaysia dan ia adalah
projek tahunan yang dilakukan secara sukarela.

Kami membuka kepada individu, sukarela dan organisasi yang berminat
untuk menyumbang dalam persediaan persidangan ini. Sumbangan boleh
dalam pelbagai bentuk dan bagi anda yang boleh menyumbangkan masa dan
tenaga boleh sertai kumpulan email ini.

http://groups.google.com/group/mosc2011

Untuk makluman awal, kelulusan penyertaan adalah atas budi bicara
jawatan kuasa MOSC2011. Sila berikan sebab yang kuat dan bersesuaian
bagi menyertainya. Anda juga boleh email kepada

secretariat @ mosc.my

Pendaftaran dan maklumat lanjut MOSC2011 boleh juga didapati di

http://www.mosc.my/

Untuk makluman laman web akan sentiasa dikemas kini dan diperbaiki
menjelang hari-hari persidangan. Bagi melihat MOSC 2010 yang telah
lepas sila lawat laman web http://conf.oss.my/

Bagi anda yang hanya mahu menerima email pengumuman sahaja sila sertai
kumpulan email ini

http://groups.yahoo.com/group/osdcmy-announcements/

Lain-lain rujukan yang berkaitan dengan MOSC2011

MOSC2011 Twitter http://twitter.com/mosc2011

Facebook Fan Page http://www.facebook.com/mosc2011

Facebook Event Page http://www.facebook.com/event.php?eid=152695794775143

Identi.ca http://identi.ca/mosc2011

http://bit.ly/mosc2011

Senarai email OSDC.my adalah kumpulan perbincangan komuniti-komuniti
OSS Malaysia. Anda dijemput untuk menyertai OSDC.my dan maklumat
lanjut di laman sesawang

http://sites.google.com/site/mosc2011/osdc-my-mailing-list-information

Harisfazillah Jamel

Secretariat OSDC.my dan MOSC2011

Malaysia Open Source Community (MOSC)

http://www.malaysia-osc.com/

09012011

0 new messages