Fw: [sim] ARTIKEL : Kisah Pelacur Bertarawih dan Anak-Anak Pekerja Seks

447 views
Skip to first unread message

matdau...@yahoo.com

unread,
Aug 15, 2010, 9:52:32 AM8/15/10
to Sis 8084
Bukan nak popularkan sisi hidup pelacur... Cuma ada sudut kehidupan yg terserah pd Allah segala pengampunan kerana Dia lah raja pemilik semua alam ini.andaikata kita belajar astronomi .... Besarnya cakrawala bandingkan bumi.....sisi manusia yg mendiami bumi....besar titik pun tak layak bagi wakili kita ......

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


From: Sirajuddin Abbas <sirajud...@gmail.com>
Date: Sun, 15 Aug 2010 01:15:02 +0800
Subject: [sim] ARTIKEL : Kisah Pelacur Bertarawih dan Anak-Anak Pekerja Seks

 

oleh syahrilkadir

Betul, malam tadi aku dan tiga orang sahabat iaitu Jamali, Mie dan Sharul ke Lorong Hj. Taib, tempat yang terkenal di Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan seks wanita dan pondan ‘kasta rendah’

hina dan kutuklah kami semahunya, percayalah ia tidak akan menjadi kudis buat kami berempat

tujuan kami ke sana cuma satu, untuk bertemu wanita pekerja seks dan anak-anak mereka

kami bukannya pergi atas tiket kerja atau NGO, kami bukan ahli politik dan kami bukannya siapa-siapa

segalanya bermula ketika kami berempat sedang berehat setelah selesai berbuka puasa

tiba-tiba kami terfikir untuk membuat sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan, bukan banyak pun, kebetulan masing-masing pun tengah sengkek

lalu aku teringatkan Kak Fidah, pengasas rumah kebajikan Sinar Salam yang menempatkan wanita penagih dadah dan pekerja seks di Lorong Hj. Taib

” Kalau adik nak datang, baguslah…akak pun suka, sekurang-kurangnya masih ada orang yang sudi nak jenguk kami kat sini,” kata Kak Fida

namun ketika kami sampai, tak ramai ‘penghuni’ di situ, rupa-rupanya ada di antara pelacur yang mendapatkan perlindungan di sini pergi menunaikan selawat tarawih bersama anak-anak mereka

aku terus jadi sebak, dalam hati aku berkata, walaupun mereka ini pelacur, namun mereka masih ada kesedaran untuk memohon hidayah dari Allah SWT, alhamdulilah…

tapi yang membuatkan aku bertambah sedih apabila melihat wajah anak-anak pekerja seks ini

wajah mereka putih dan bersih walaupun ibu mereka bergelumang dengan noda dan dosa

sahabat aku Jamali (Wesport), Sharul (Bank Negara) dan Mie (Offshore) dengan anak-anak pekerja seks

terus terang, katalah apa saja, tapi aku cukup kagum dengan para pelacur ini, sekurang-kurangnya mereka masih mahu membesarkan anak mereka seperti orang lain

ini berbeza dengan ramai insan di luar sana yang lebih sanggup membuang bayi mereka ke dalam tong sampah atau membiarkan ia dimamah anjing, semata-mata untuk menutup aib!

tapi yang paling memilukan apabila aku mendukung baby bernama Siti Aishah, anak salah seorang pekerja seks di sini

aku dan adik Siti Aishah yang menghidap penyakit Hydrocephalus (kepala besar)

Siti Aishah menghidap hydrocephalus atau masalah kepala membesar

Siti Aishah hanya mampu menangis dan berbaring kerana tidak mampu menggerakkan kepalanya yang semakin hari semakin membesar itu

walaupun dana rumah Sinar Salam terhad, namun Kak Fidah masih berusaha bersungguh-sungguh agar Siti Aishah mendapat rawatan yang sebaik mungkin daripada hospital

” Kalau ikutkan dik, manalah nak ada duit nak tanggung semua ni, tapi akak akan usaha juga, kalau bukan kita orang Islam nak bela mereka, siapa lagi, mengutuk dan mengeji tak akan menyelesaikan masalah, adakah kita semua sanggup melihat Siti Aishah menderita macam tu saja,” kata Kak Fidah dengan mata yang berkaca

lebih kurang sejam di rumah itu, kami pun meminta izin untuk beredar, kebetulan Kak Fidah merancang untuk memberi sedekah berbentuk makanan kepada para pelacur yang ‘mencari makan’ di Petaling Street

justeru dalam ruang yang kecil ini, aku memohon agar bersamalah kita membantu Kak Fidah membela nasib para pekerja seks dan anak mereka yang tidak berdosa ini

membela di sini bukan bermaksud memanjakan atau menggalakkan mereka melacur, tetapi untuk membantu atas dasar kemanusiaan serta dalam masa yang sama memberikan mereka ‘jalan keluar’ dari neraka dunia ini

ingat, tiada siapa yang nak jadi pelacur tetapi keadaan memaksa mereka untuk berbuat begitu..namun ini bukan bermakna kita tidak boleh membantu mereka keluar dari masalah tersebut

mudah-mudahan, dengan niat yang baik jujur dan ikhlas, kita dapat membantu Kak Fidah dan seterusnya mengeluarkan wanita-wanita ini daripada terus melakukan kerja yang terkutuk dan dilaknat itu

kita mungkin boleh menjatuhkan hukuman, tetapi kalau yang jadi pelacur itu ditakdirkan adik atau ahli keluarga kita sendiri bagaimana?

kalau bukan kita, siapa? kalau bukan sekarang, bila?

aku dan Kak Fidah

Kak Fidah boleh dihubungi di talian 017- 3631620

wallahualam.

http://syahrilkadir.wordpress.com/


pelacur dan syurga Allah

Ogos 8, 2010
oleh syahrilkadir

selama hampir 10 tahun menjadi wartawan di mana sebahagian besar di Meja Jenayah, tak keterlaluan aku katakan dah beratus operasi dan serbuan telah aku pergi

tapi terus terang aku katakan, dalam banyak-banyak serbuan itu, aku paling jarang sekali pergi operasi anti maksiat atau ‘tangkap basah’

entahlah, memang aku tak gemar pergi operasi sebegitu…ini kerana tak sanggup aku tengok anak-anak gadis yang masih di sekolah ditangkap ‘bergomol’ dengan Bangla, aku tak sanggup tengok wanita yang berpurdah sampai ke pusat dicekup ‘bergusti’ dengan apek tua dan sebagainya

lagipun memang polisi majikan lama aku yang tidak menggalakkan kami membuat liputan kes-kes macam ni, yelah, aib oranglah katakan, tu kena jaga jugak

lainlah bila kes itu dah dibawa ke mahkamah, yang ni memang tak boleh elaklah sebab kes di mahkamah dijalankan secara terbuka

aku nak cerita hari ini bagaimana pengalaman aku menyertai serbuan di rumah-rumah pelacuran di sekitar bandaraya tidak lama dulu

selalunya ia dilakukan oleh pegawai Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7)

adakalanya ia turut disertai pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti DBKL, MPPJ, MPSJ dan sebagainya

setakat tengok pelacur lari bertelanjang bogel tu takyah citerlahkan, malah ada pelacur yang kami jumpa bersembunyi dalam tangki air berjam-jam lamanya sampai naik kecut badan-badan dioarang semua

ada juga insiden di mana pegawai polis pula dimarahi pelanggan, ini mengingatkan aku dalam satu serbuan di Subang Jaya

seorang lelaki Cina ni siap ‘sound’ sorang anggota polis ni

” Aiyyyaaa, saya sudah bayar banyak mahal maaa, kasi tunggu saya keluar air dululah!,” katanya yang tetap selamba meneruskan ‘aksinya’ dengan seorang pelacur warga Indonesia walaupun biliknya dah diserbu!

kekadang kelakar juga bila difikirkan balik

tetapi dalam banyak-banyak serbuan, sampai sekarang aku masih teringat sebuah bilik yang kami serbu di Lorong Hj. Taib, Chow Kit beberapa tahun dulu

selalunya bilik-bilik pelacuran ni, terutama yang ‘kelas rendah’, macam sarang tikus

yang ada cuma katil, tilam nipis dan pili air…aku rasa bilik stor pun cantik lagi

tetapi ada satu bilik yang kami serbu di Lorong Hj Taib ini untuk pengetahuan korang, cukup bersih dan kemas, walaupun tak secantik bilik pengantin, tetapi langsung tak menggambarkan seperti sebuah bilik penyundalan

siap cadar, langsir beropol-ropol, wangi..sekali imbas seperti bilik tidur kelamin kat rumah kita gayanya

macam ni lah lebih kurang bilik tu

dan yang paling mengejutkan, si pelacur ini menggantung ayat-ayat Al-Quran di biliknya

lantas aku teringat hadis sahih riwayat Al-Bukhari yang berbunyi;

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir.

Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut.

Dia diampunkan disebabkan kejadian itu”

malah pendakwah terkenal, Dr Asri Zainal Abdin pernah mengulas mengenai peristiwa tersebut

menurut Dr. Asri, perkataan yang digunakan dalam hadis tentang perempuan tersebut ialah mumisah iaitu perempuan yang terkenal dengan perbuatan zina, seperti perempuan lacur. Perempuan seperti itu sentiasa buruk pada nilaian mana-mana masyarakat pun. Ada pun anjing binatang yang dianggap hina dalam kebanyakan masyarakat. Perumpamaan ‘engkau bagaikan anjingkan’ adalah ungkapan buruk dalam berbagai bangsa dan budaya.

namun, seorang wanita penzina mendapat keampunan Allah S.W.T disebabkan seekor anjing. Siapalah pelacur atau penzina di mata manusia, dan apalah yang ada pada seekor anjing pada penilaian manusia?!

namun, air yang diberikan oleh pelacur atau penzina kepada anjing menyebabkan dia mendapat rahmat dan keampunan. Apatah lagi jika seorang yang baik memberikan bantuan kemanusiaan kepada sesama insan.

aku sangat setuju mengenai perkara tersebut, kekadang kita ini hanya menilai seseorang itu hanya dari sudut luarannya saja

walhal perkara syurga dan neraka itu adalah kuasa mutlak Allah di mana kita sebagai manusia tidak boleh menjatuhkan hukuman hanya berdasarkan pandangan mata

mungkinkah pelacur yang menghuni bilik tempat di mana kami serbu itu juga salah seorang ahli syurga?

Wallahualam, ingat, bila Allah berkehendak serta menghendakinya,dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Allah berfirman kepadanya: “Jadilah”, maka jadilah dia

kun faya kun.


Antara pekerja Melayu, surau dan kilang Carlsberg

Ogos 7, 2010
oleh syahrilkadir

Rasulullah SAW bersabda;

 “Akan keluar peminum khamar itu pada hari kiamat dari kuburnya lebih busuk daripada bangkai, sedang botol khamar itu dikalungkan di lehernya dan gelas di tangannya, sedang di antara kulit dan daging badannya penuh ular dan kala jengking dan mereka memakai kasut dari api yang mendidihkan otaknya, sedang kuburnya akan berupa liang neraka dan menjadi kawan Fir’aun dan Haman.”

sesiapa saja yang sering berulang-alik daripada Kuala Lumpur ke Shah Alam khususnya yang menggunakan Federal Highway, pasti akan melihat ‘mercu tanda’ ibu negeri tersebut iaitu kilang arak terbesar di Malaysia, Carlsberg yang terletak di sebelah kiri jalan

nasib baiklah ada Masjid Sultan Salahuddin yang terletak tidak jauh dari situ, kalau tak confirm orang ingat Shah Alam tu Denmark, tempat ‘kelahiran’ beer terkenal itu

aku difahamkan ada seorang dua orang Melayu yang jadi ahli lembaga pengarah kilang berkenaan

tetapi sungguh aku tak sangka, bukan setakat lembaga pengarah, rupa-rupanya sebahagian pekerja kilang Carlsberg tu pun orang Melayu, astaga!

dan the best part is, dalam kilang tu juga ada surau!

semua ini didedahkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang berkunjung ke kilang berkenaan kelmarin

Khalid pergi ke sana kerana nak berbincang dengan syarikat tersebut mengenai cadangan untuk mendirikan terminal bas Shah Alam di situ

ini ayat yang aku petik dari blognya. www.khalidsamad.com

” untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.

” Dari segi operasinya, kilang tersebut mempunyai 300 orang pekerja, sebahagian darinya orang Melayu beragama Islam

” Saya difahamkan bahawa adanya surau di kilang tersebut dan dalam masa yang sama terdapat juga Persatuan Kebajikan Islam. Ketua persatuan pekerja juga seorang Melayu,”

adoyyyyy, memang aku musykil bab ni

aku pun hura-hara gak orangnya tapi bab arak ini kita pun tahu, jangan kata minum, nak hidang pun dah dianggap haram

Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam daripada anas bin malik radhialllahu ‘anhu berkata :

Maksudnya : “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan : Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta dihantari arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak.”

(hadits riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi)

aku teringat dengan perbualan aku dengan seorang pakcik baru-baru ini

katanya, dulu sekitar tahun 70-an, orang-orang Melayu memang ramai yang ‘kaki tunggang’

hingga satu peringkat, sewaktu kilang Guinness Stout hendak beroperasi di Seberang Perai, Pulau Pinang dulu, ramai anak muda Melayu yang berebut-rebut hendak bekerja di situ dengan harapan dapat ‘tunggang’ free.

__._,_.___
Recent Activity:
Bahan diatas disiarkan di Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)
====================================================================
Web Rasmi SIM di http://www.sim.org.my |Usahawan SIM http://www.simbaza.com
====================================================================
Group SIM ini adalah Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) terbuka kepada semua yang aktif dan interaktif disemua peringkat umur. SIM percaya bahawa berkomunikasi secara interaktif dan terkawal melalui saluran ICT boleh mengeratkan silaturahim serta memberikan banyak faedah kepada individu dan kumpulan tanpa terikat dengan mana-mana pengaruh parti politik, badan komersial atau aliran fahaman serta kepercayaan. Namun SIM percaya bahawa nilai-nilai yang baik dan murni akan dapat diterima oleh semua pihak.

SIM juga adalah penaja utama kepada Yayasan Keusahawanan Sosial Malaysia YKS ( http://www.yks.org.my/ )
=========== CARA MEMBUAT IKLAN BERBAYAR DI SIM ==================

Bayaran RM10.00 untuk sekali siaran. Bayaran hendaklah dimasukkan kedalam akaun MAYBANK SIM INTERAKTIF 564306011929 Sila letakkan tajuk IKLAN BERBAYAR diruang SUBJECT email anda. Iklan-iklan yang berunsur perjudian, lucah, hasutan dan skim cepat kaya tidak akan diluluskan.Pihak moderator juga berhak untuk tidak menyiarkan iklan yang anda hantar dan wang tidak akan dikembalikan.

=================== DISCLAIMER ============================
Group SIM tidak bertanggungjawab di atas mana-mana bahan yang di
dapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Adalah
menjadi tanggungjawab ahli untuk memastikan peraturan hakcipta
diikuti sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respons.

Semua kandungan emel, posting, artikel dan fail yang disiar
di SIM tidak menggambarkan pendirian rasmi pemilik SIM melainkan jika dinyatakan sedemikian.

FACEBOOK SIM INTERAKTIF : http://www.facebook.com/pages/Sahabat-Interaktif-Malaysia/164360919526?ref=n
.

__,_._,___

hai...@maxis.blackberry.com

unread,
Aug 15, 2010, 10:09:47 AM8/15/10
to izzudd...@googlegroups.com

Hadirmu Ramadhan mengamit sejuta keinsafan dan ketakwaan..menyedari akan erti keperitan insan yg hidup bergelut derita kepayahan...masih ada diantara mereka yg kasi pagi makan pagi..kais petang makan petang di zaman negara 1Msia ini akan menyambut kemerdekaan yg ke 53 tahun...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


Date: Sun, 15 Aug 2010 13:52:32 +0000
Subject: Fw: [sim] ARTIKEL : Kisah Pelacur Bertarawih dan Anak-Anak Pekerja Seks

--
Untuk berita dan cerita lanjut, lawat http://izzuddin8084.blogspot.com/. Di sini kita bertemu semula; mengenang yang lalu; baik jadi teladan; nakal jadi sempadan. Insya-Allah bersama kita beramal di masa mendatang. Jika ada sebarang perkhabaran terbaru rerakan yang telah ditemui atau belum, sila maklumkan.
 
Untuk mesej peribadi, email ke moderator di; luk...@uum.edu.my / 019 558 2626
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages