Subject: FW: KISAH MODEN PENUH TELADAN
Kisah-1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan
Malaysia , Salleh (bukan nama
sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama
sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah
Mengambil bidang perakaunan. Sekarang
mereka telah 15 tahun berkahwin
Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa
bulan yang lepas
saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu
selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu den gan Salleh. Dia
terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak
jauh dengan Masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang
lalu. Pagi itu tidak sedar
Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang
Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat
Keberkatan Allah.
1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan
bersihnya sebulan kurang
dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun
menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai
penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan
RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200
Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser den gan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap den gan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin
Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan
Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat
pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil
air kurang Dari RM10 sebulan...
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9.. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika
di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.
Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara
yang saya lihat jadi
amalan Dia yang patut di contohi;
1. Solat Duha
menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan
walaupun nak membeli benda yang
Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan
sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad sistem
Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan
sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.
6.. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang
baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah
Rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan den gan mudah Dan cepat.
Kisah-2
Ketika saya bujang dahulu saya sering
menziarahi kawan saya, Norizam
(bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu
saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan
Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala
Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri
temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.
Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal
dia tidak berpuas hati den gan
Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang
Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk
Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid
Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta
Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.
Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan
tidak mencukupi sedangkan
Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya
Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini Ada kaitan
den gan Tiada keberkatan hidup.
Perkara-perkara yang pada pandan gan saya
menyebabkan Rashid jadi susah
Ialah seperti berikut;
1. Banyak sangat terlibat den gan sistem
Riba. Pinjaman Kereta, Kad
Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional
(Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional
kemudian bayar
pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta
baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan
raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana
penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika ada orang mintak
derma.
8. Soal sembahyang lima waktu
dipandang sebelah Mata sahaja.
Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang
lumrah berlaku di sekeliling
Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak
menghiraukan langsung
Untuk mencari keberkatan hidup.
Kisah 3
Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang
saya dapat, yang membuatkan
hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri
sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang
menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.
Ceritanya begini...
Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia
singgah di rumah seorang
sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa.
Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini
sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di
sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang
ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang
paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk,
abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat
berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.
Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang
adiknya yang berumur
lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang
sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut
ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai
imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang
tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai
masbuk....
ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji
ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini
menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau
mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di
situ.
Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu.
Apabila subuh, ustazah
menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai
sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.
Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang
sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki den gan yang paling
tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu'
di
bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di
tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.
Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk
ustazah). Sewaktu hendak mula
solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang
jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis meng gan ggu jemaah
sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.
Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung
tidur kerana penat travel
semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak
melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,
"Anak-anak.. .. hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa...
". Dan 8 orang
anak termasuk si ibu den gan tekun mendengar kuliah subuh yang
disampaikan. Subhanallah. .... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan
sedemikian
diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan
suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak
lelakinya yang 8
orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika
ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya
lelaki... Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka
terabai
tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita
sendiri...
-Berapa ramai keluarga Islam
hari ini yang dapat mengamalkan solat
jemaah dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat
masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat
memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian
rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan
mereka yang lebih dewasa ???
Subhanallah. ... Alhamdulillah.
.. moga apa yang saya sampaikan ini
menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua
/-----------------------------------------------------------------------
----\
--
Leli Mardihah Mohamad Tahir,
Project Secretary- DKB
Kumang Cluster Development,
Petronas Carigali Sdn.Bhd
#2 Jalan Sungai Chandong 13,
Pulau Indah Industrial Park,
42920, Pulau Indah,Selangor.
Tel: 03-3101 5599 ext: 1942
NOTIFICATION
Privileged/confidential information may be contained in this
e-mail and any attachment(s). If you are not the intended
recipient, any use of, reliance on, reference to, disclosure
of, alteration to or copying of the information for any purpose
is prohibited. Any information not related to TNB's official
business is solely the author's and does not necessarily
represent TNB's view and is not necessarily endorsed by TNB.
TNB shall not be liable for any loss or damage caused by any
illegal activities under the law and/or improper use of e-mail
including but not limited to liability related to the content
of the e-mail(including viruses and other malicious codes,
harassment and defamation ) or related to its dissemination.
TNB is not responsible for any unauthorised changes made to
the information or for the effect of such changes.