Badan Sihat Hidup Ceria Tahun 5

0 views
Skip to first unread message

Charise Zelnick

unread,
Aug 3, 2024, 12:38:29 PM8/3/24
to ismecoterp

Untuk mendapatkan badan yang sihat dan hidup yang sejahtera, anda haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Bukan sekadar sihat untuk diri anda, bahkan untuk keluarga dan orang di sekeliling anda.
.

Oleh itu, bersempena tahun 2017 ini, apa kata anda tanamkan azam baru untuk memiliki gaya hidup yang sihat dan keluarga yang ceria seperti amalkan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri anda, keluarga dan masyarakat.
.
.

Untuk mendapatkan gaya hidup yang sihat haruslah bermula dari dalam diri anda sendiri. Jika sebelum ini anda merupakan pengamal gaya hidup yang kurang sihat, anda haruslah mempunyai semangat dan azam yang kuat untuk berubah.
.

Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah pemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan seperti karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air dan serat mengikut kadar yang bersesuaian.
.

Elakkan selalu makan di luar kerana makanan di luar banyak menggunakan bahan perasa yang berlebihan seperti MSG yang boleh memudaratkan tubuh badan. Selain itu, makanan di luar juga kebiasaannya mempunyai minyak yang berlebihan berbanding masak dan makan di rumah. Kerana di rumah, anda boleh mengawal sukatan minyak untuk masakan anda dan keluarga.
.

Nak sihat kenalah rajin-rajin bersenam. Bukan susah pun bersenam ni. Asalkan kena ada semangat yang kuat dan tekad yang tinggi. Berjoging boleh, berbasikal boleh, beryoga pun boleh kalau anda tak nak keluar rumah.
.

Anda juga boleh bawa ahli keluarga anda untuk sama-sama bersenam dan mengeluarkan peluh dari tubuh badan. Bukan sekadar dapat meningkatkan tahap inumisasi badan, malah dapat juga mengeratkan hubungan anda dan keluarga.
.

Jika anda sibuk bekerja, anda boleh lakukan senaman ringan di awal pagi sebelum kerja atau selepas pulang kerja. Amalan yang sihat ini dapat membantu badan anda mendapatkan minda yang cergas dan badan yang sihat.
.
.

Untuk dapatkan badan yang sihat, badan memerlukan air yang secukupnya. Bukan air manis atau berkarbonat, tapi air kosong atau air masak yang membolehkan badan pemprosesan di dalam badan berjalan dengan lancar.
.

Badan yang sihat mestilah mempunyai berat badan yang ideal. Oleh itu, anda haruslah mengawal berat badan anda. Jangan makan terlalu berlebihan atau terlalu berdiet sangat sehinggakan BMI (Body Mass Index) anda tidak normal atau obes.
.

Anda harus dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya bagi mengurangkan tekanan dan merehatkan badan dan minda. Selain itu, ia dapat mengecas kembali tenaga anda yang telah hilang sepanjang seharian anda bekerja.
.

Tapi, terlebih rehat dan terlebih tidur juga tidak baik untuk kesihatan kerana ia akan membuatkan and menjadi lesu dan malas. Sebab itu anda harus tidur dan rehat secukupnya yang diperlukan oleh badan anda.
.
.

Utamakan kebersihan diri, keluarga dan rumah anda. Jangan duduk dalam kawasan yang tidak bersih atau kotor. Anda juga haruslah mengajarkan kepada ahli keluarga anda agar sentiasa menajga kebersihan diri dan rumah bersama-sama.
.

Amalan menjada kebersihan ini sebenarnya dapat menghindarkan diri anda daripada penyakit. Sebagai contoh, sebelum makan, anda telah cuci tangan anda bersih-bersih. Jadi, sebarang kuman yang berada di tangan anda tidak akan masuk ke dalam badan dan menjadi penyakit.
.
.

Ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim, selain dapat menunjukkan kepada ahli keluarga anda bahawa hidup ini bukan hanya untuk diri sendiri. Tapi juga untuk bersama dengan yang lainnya.
.
.

Apabila umur semakin meningkat, kolagen di dalam badan juga mulai susut dan lemah. Oleh itu, anda memerlukan supplement tambahan seperti vitamin yang mampu meningkatkan kembali kolagen di dalam badan anda.
.

Tidak salah untuk anda selalu memantau tahap kesihatan anda. Ini semua sebagai langkah berjaga-jaga di mana anda akan menjadi sentiasa berwaspada dan cuba menghindarkan diri dari sesuatu amalan atau pemakan yang tidak baik untuk kesihatan anda.
.
.

Untuk dapatkan gaya hidup sihat dan keluarga ceria, anda haruslah menjauhkan diri anda dari gaya hidup yang negatif seperti merokok, minum arak, menghisap vape, merempit, mengambil dadah, menjual dadah, makan pil-pil perangsang, dan sebagainya yang tida sihat sehingga ianya boleh mengancam nyawa anda dan orang lain.
.

Oleh kerana gaya hidup negatif ini lah yang akan menyebabkan anda terdedah berbagai penyakit, masalah kesihatan, kecing manis, HIV Aids, dan sebagainya. Bagaimana anda dapat memiliki keluarga yang ceria jika ia mengancam diri anda dan keluarga anda?
.

Kehidupan yang sihat, ceria, bahagia dan selamat sememangnya merupakan impian setiap manusia di dunia ini. Bagi mencapai impian tersebut, pengamalan cara hidup yang sihat merupakan langkah yang seharusnya diamalkan. Rakyat di negara Malaysia kini semakin sedar akan kepentingan mengamalkan disiplin kehidupan yang sihat sebagai cara hidup bagi merealisasikan impian untuk hidup lebih sihat, bahagia dan selamat itu tercapai.

Gaya hidup yang sihat (GHS) merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. GHS didefinisikan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat.

Definisi ini menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.

Terdapat pelbagai cara atau kaedah untuk dipraktikkan dalam mengamalkan kehidupan yang sihat antaranya adalah dengan menjaga pemakanan seharian, melakukan senaman atau riadah, jauhkan diri daripada tekanan diri, menjaga kebersihan rumah dan persekitaran daripada terjebak melakukan perkara yang menjejaskan kesihatan, dan membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Perkara paling penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Ianya meliputi pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Antara makanan-makanan yang paling utama atau perlu diambil berdasarkan piramid makanan adalah makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti:

Hal ini diperlukan kerana karbohidrat membekalkan tenaga untuk membolehkan tubuh badan kita dapat menjalankan pelbagai urusan kehidupan seharian. Seterusnya, pengambilan makanan yang digalakkan berdasarkan piramid makanan adalah seperti:-

Mengambil makanan tersebut dengan secukupnya penting untuk membekalkan vitamin serta serat kepada badan manusia. Di samping itu, berdasarkan piramid makanan juga, ia menganjurkan pengurangan makanan yang mengandungi lemak, minyak, garam, dan gula. Ini kerana ia dapat mengelakkan pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, diabetes, darah tinggi dan sebagainya.

Cara mengamalkan gaya hidup yang sihat yang lain juga adalah dengan melakukan aktiviti senaman dan riadah yang penting untuk tubuh badan kita. Dengan mengamalkan pengambilan makanan seimbang serta amalan bersenam dan beriadah secara konsisten ini, sekaligus dapat membakar kalori dalam badan dan juga mengurangkan masalah peningkatan berat badan. Aktiviti senaman dan riadah boleh dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Anggaran tempoh bagi setiap sesi senaman dan riadah tersebut adalah memadai untuk dilakukan dalam masa 20 hingga 30 minit.

Pengamalan juga melibatkan pengurusan tekanan diri atau stres. Tekanan diri adalah gejala negatif yang semakin menular dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Ianya melibatkan tekanan yang sukar dikawal sama ada di tempat kerja atau tempat belajar selain daripada masalah rumah tangga. Seseorang yang mengalami tekanan diri ini perlulah bijak mencari formula untuk menguruskannya supaya fikiran tidak kusut sehingga mengganggu kehidupan harian kita serta akhirnya boleh menjejaskan kesihatan diri.

Tekanan diri yang dapat diuruskan dengan baik membolehkan diri kita supaya hidup lebih bahagia dan sihat. Gaya hidup yang sihat memerlukan kita supaya terus aktif dan keluar dari rasa kemurungan disebabkan tekanan diri mahupun kehidupan yang tidak teratur.

Amalan seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Ini adalah untuk mengelak daripada terjebak atau terdedah kepada perkara yang menjejaskan kesihatan. Antaranya adalah seperti tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak dan menyumbang kepada penyakit demam denggi. Segala sampah sarap hendaklah dibuang ke tempat yang dikhaskan. Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai atau ke longkang luar rumah juga adalah dilarang kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Selain itu, kita juga hendaklah mengelakkan aktiviti-aktiviti yang negatif yang memberi impak tidak baik terhadap tubuh badan kita. Hal ini demikian kerana aktiviti sedemikian boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan kita dalam jangka masa panjang. Contoh aktiviti negatif tersebut adalah seperti:-

Secara jelasnya, tabiat seperti menghisap rokok ini boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit jantung dan paru-paru. Dengan menghindari merokok juga, anda juga dapat menggunakan wang tersebut untuk menabung dan bercuti atau melakukan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memberi keseronokkan. Tambahan pula, dengan meminum arak akan mendatangkan implikasi teruk kepada mental serta fizikal kepada mereka yang mengambilnya. Selain itu, dengan terjebaknya seseorang itu kepada penagihan dadah juga boleh menyebabkan punca berlakunya gejala sosial dalam masyarakat.

Sebagai peringatan, sesiapa yang terjebak dalam aktiviti negatif ini bukan sahaja akan menerima kemudaratan kepada diri sendiri, bahkan juga dipandang serong malahan bakal disisihkan oleh masyarakat. Oleh itu, marilah kita semua meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan dadah mahupun rokok serta arak. Mengawal dan mencegah daripada berlakunya kegiatan buruk ini bukan sahaja untuk menjamin kesihatan individu semata-mata malahan memberi kebaikan kepada masyarakat.

c80f0f1006
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages