Hadis Daif
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar RASULULLAH SAW telah bersabda; Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan].
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal -(Hadis Daif)
Semperna bulan puasa yang mulia ini saya 9W2EDU ingin mengambil peluang rakan-rakan ham untuk menambahkan ilmu pengatahuan mengenai pekara terpenting ini. ianya salah satu cabang teramat penting kejadian-kejadian yang akan berlaku pada akhir zaman ini dan apa persediaan kita menghadapi pekara ini...Alhamdullah saya mula tersedar pekara ini hampir setahun lepas dimana saya telah menonton koleksi ceramah-ceramah imran hosein di internet. Lantas mengambil langkah mengatur strategi menukar semua simpanan saya kepada bentuk Dinar, Dirham , Emas dan Perak. Insyallah saya boleh memberikan nasihat serta konsultasi ini mengenai apa itu emas,perak ,dinar ,dan dirham teknik penyimpanan,cara penyinpanan,strategi penyimpanan , Teknik membeli emas, kepada rakan-rakan ham jika berminat untuk mengatahui pekara ini lebih lanjut. Saya bukanlah hendak menjalankan pernigaan emas atau perak cuma sekadar memberi input kesedaran mengenai pekara ini kepada seluruh rakan2 saya.
Jika tidak keberatan sila tonton video ceramah ini (shekh imran hossein) subtitle bahasa melayu
http://www.youtube.com/watch?v=wfdbzi8RLcc&feature=player_embedded Islam dan Sistem Kewangan Antarabangsa
http://www.youtube.com/watch?v=g8YIM5uqXJQ&feature=player_embeddedIslam dan Sistem Kewangan Antarabangsa di UIA Gombak,Malaysia
http://www.youtube.com/watch?v=95vui9vsZ2E Muslihat Bank Islam
Saya juga telah mengikuti beberapa siri ceramah beliau di Malaysia /Rasanya beliau masih di malaysia .sila ke laman web beliau jika ingin menghadiri siri2 ceramah beliau. Beliau menanggap Malaysia sebagai Rumah Ke-2 beliau
Apa yang saya pelik mengapa kurang ulamak2 tempatan di malaysia menerangkan pekara ini .
Akhir sekali
Saya bukanlah terlalu pandai mengenai pekara ini.tetapi adalah menjadi tanggungjawap saya untuk menyedarkan rakan mengenai pekara ini
IKMAL/YOB
9W2EDU/113MB400/SC3YUB
Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah ?
“ Allah menjadikan 2 logam yang bernilai, emas dan perak, untuk dijadikan sebagai pengukur nilai kepada barang-barang dagangan. Logam-logam ini juga seringkali dijadikan ukuran kekayaan seseorang. Walaupun adakalanya barang-barang dagangan lain turut menyimpan nilainya yang tersendiri, ia akhirnya akan digunakan untuk mendapatkan emas dan perak. Ini adalah kerana kesemua barangdagangan lain terkesan akibat turun naik pasaran sedangkan emas dan perak tidak”
-Ibn Khaldun, Al-Muqaddimah”
“Tahukah anda, wang kertas adalah penyimpan
nilai yang lemah?”
Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dalam erti kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa panjang. Harga barang sebenarnya tidak naik, tetapi penyusutan nilai wang kertas anda yang berlaku. Ini menyebabkan nilai pada wang kertas di tangan anda sekarang tidak akan sama nilainya pada masa hadapan. Senario ini dinamakan sebagai inflasi.
Contohnya:
Anda berhasrat untuk menabung bagi tujuan menunaikan haji. Anda pergi ke Tabung Haji dan bertanya kepada pegawai berkenaan, berapa kos menunaikan haji pada masa itu? Dia menjawab, kosnya adalah sekitar RM5,000.00 Anda pun mula menabung sebanyak RM 42 setiap bulan dengan harapan dapat menunaikan haji dalam tempoh 10 tahun selepas itu.
Selepas 10 tahun menabung dengan sabar, akhirnya anda pun pergi ke Tabung Haji dan menyerahkan RM 5,040.00 kepada pegawai berkenaan. Anda pun mula terbayang-bayang lambaian tanah suci yang bakal dijejaki kelak.
Tiba-tiba lamunan anda dikejutkan dengan sapaan dari pengawai berkenaan, “Encik,duit ni tak cukup untuk ke tanah suci, pergi umrah je bolehlah”! Anda tergamam, seperti tidak percaya apa yang anda dengar. Eh, macam mana ni? 10 tahun lepas awak beritahu kosnya RM 5,000.00 sahaja. Sekarang saya bawa lebih RM40 pun masih belum cukup ke? Jawab anda.
Pegawai berkenaan menjawab dengan berhemah, “Kos menunaikan haji tahun ini ialah RM10,500.00 encik. Encik pun belum mendaftar lagi, selepas daftar kena tunggu 3 tahun. Encik perlu mempunyai wang yang cukup untuk membayar kos menunaikan haji pada tahun tersebut”! Anda hanya tergamam dan kecewa, lambaian tanah suci bertukar menjadi igauan sia-sia penantian selama 10 tahun.
“Anda tidak perlu khuatir
dengan kenaikan kos menunaikan haji yang sentiasa
meningkat saban tahun"
Senario di atas adalah realiti yang berlaku hari ini. Mengapa kosnya melambung sekali ganda? Kapal terbang yang dinaiki menggunakan minyak yang sama; makanan, minuman, pakaian dan segala-gala yang diperlukan di tanah suci juga digunakan pada kadar yang lebih kurang sama. Tetapi mengapa kosnya naik lebih dari sekali ganda? Yang berlaku sebenarnya ialah penyusutan nilai wang kertas anda. Nilai yang dicetak di atas wang anda sebanyak RM5,000.00 sepeluh tahun lalu hanya bernilai kira-kira RM2,500.00 sahaja.
Dinar emas mempunyai nilai sebenar (intrinsik). Ianya tidak bergantung pada kekuatan politik atau kekuatan ekonomi sesebuah Negara untuk menjadikan ianya bernilai. Manakala wang kertas (wang fiat) hanyalah keyakinan terkumpul yang wujud dikalangan orang ramai tentang nilainya. Ianya tiada nilai sebenar (intrinsik) ; hanya angka yang dicetak di atasnya. Apabila keyakinan orang ramai hilang disebabkab factor politik, ekonomi, dan sebagainya. Nilainya akan hilang sekelip mata.
Dinar emas mampu melambangkan ekonomi sebenar dan mewujudkan persekitaran ekonomi yang adil dan seimbang.
SEBAB APA PERLU SIMPAN EMAS DAN PERAK?
1. Nilai wang semakin jatuh
Wang mengalami susut nilai..amat rugi simpan wang kertas..ditambah inflasi..semakin lama semakin byk wang kertas diperlukan utk mmbeli sesuatu brg..(jika wang kertas dikoyak koyak..adakah anda kutip?jika emas walaupun dh jd serbuk sekalipun,pasti ramai yg nak..inilah cth paling mudah nak lihat wang kertas tidak ada nilainya melainkan atas kertas sahaja)
2. Harga emas semakin naik utk jangka masa panjang
Pelaburan yang amat selamat..tak buat apa-apa pun hrganya naik..simpan di ASB hnya dpt 8% dividen..tolak inflasi..tidak ada apa yg tinggal..kenaikan hrga emas 20%-36% setahun..
3. Emas adalah aset yg mudah cair
Emas boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa apabila anda hendak memakai duit kerana anda boleh menjualnya.Tetapi jika anda jual,anda telah hilang aset berharga.Oleh itu anda digalakkan memajak di ar rahnu untuk mendapatkan duit ketika memerlukan dan tebuslah secara ansuran.Jika tak mampu tebus sekaligus-harta tak luak,duit pun dapat
Namun pilihan masing-masing,anda boleh menjualnya bila-bila masa
4. Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
Tidak ada seorang saintis pun yg berjaya mencipta emas.Emas adalah anugerah Allah yang tidak boleh dimanipulasi.
5. Pelindung kekayaan
Emas bernilai utk selama-lamanya dan ia merupakan penyimpan nilai yg baik untuk jangkamasa panjang.Ramai billionaire dan jutawan di dunia menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka kerana mereka tidak yakin dengan ekonomi yang tidak menentu.Ia juga kalis inflasi.
6. Portfolio Pelaburan dan Pendapatan
Emas boleh dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding menyimpan wang di bank atau membeli saham.Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan emas iaitu jual dan beli emas.InsyaAllah dapat meningkatkan ekonomi orang Islam
TAHUKAH ANDA...???
(saya mengambil contoh no.4. EMAS TIDAK BOLEH DICIPTA / DIMANIPULASI)
Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperolehi dan tidak boleh dicipta. Kuantitinya juga tidak boleh ditambah dengan mudah. Emas perlu dicari, dilombong dan ditulenkan dan dibentuk. Ini adalah proses yang sukar dan memakan masa dan tenaga. Justeru itu kuantiti emas tidak boleh bertambah dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana individu, kerajaan dan negara.
Ini berbeza sekali dengan wang fiat (fiat merujuk kepada wang yang tidak bersandarkan benda berharga seperti emas dan perak). Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Apabila jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilai wang kertas akan merosot.
Apabila nilai wang kertas merosot terlalu banyak, ia akan mengakibatkan symptom hyperinflasi dan akhirnya wang kertas tersebut akan terus ditolak terus oleh rakyat.
Penggunaan wang fiat membolehkan kerajaan menguasai kekayaan negara dan memanipulasikan kekayaan negara. Ini kerana kerajaan boleh menggunakan akta-akta bagi mengiktiraf kertas/syiling sebagai wang yang sah. Kerajaan juga boleh menarik balik pengiktirafan tersebut sehingga menyebabkan wang tersebut tidak diterima sebagai wang yang sah.
Emas pula sentiasa bernilai. Tidak ada kerajaan yang boleh memanipulasikan nilai emas.
OKEY..kite ambil contoh negara ZIMBABWE...
Kajian kes: Hyperinflasi di Zimbabwe.
Zimbabwe merupakan sebuah negara di benua Afrika. Ia berjiran dengan Amerika Selatan, Botswana, Mozambique dan Zambia. Ia merupakan negara abad ke 21 yang dirundung masalah hyperinflasi.
Nilai wang dolar Zimbabwe mengalami hyperinflasi yang sangat la dahsyatnya ! kedahsyatannya telah mencapai 2.2 juta peratus pada bulan Jun 2008 yang lalu. Dan ini terus akan berlanjut, jika ekonomian negara yang telah dipimpin oleh presiden Robert Mugabe selama 25 tahun ketika ini, tidak ada penambahbaikan.
Untuk mengimbangi inflasi, Bank central Zimbabwe pada bulan Januari 2008 lalu mengeluarkan wang kertas 10 juta dolar, pada bulan April menerbitkan wang kertas 50 juta dollar, di bulan Mei mengedarkan wang kertas 100 juta dollar dan 250 juta dolar. Kemudian berturut-turut mencetak wang kertas bernominal 5 milion, 25 milion , 50 milion dolar, dan paling akhir pada tanggal 21 Julai lalu menerbitkan wang kertas bernilai 100 milion dolar !
Cuba kita lihat contoh beberapa harga makanan yang mencerminkan betapa dasyatnya inflasi di negara Zimbabwe ini :
- Sepotong roti pada bulan April 2008 dijual dengan harga 16 juta dollar Zimbabwe. (April 2008, 1 US Dollar = 246.433.377 dollar Zimbabwe / ZWD)
- Satu pack kecil kopi keluaran dalam negeri di bulan Mei 2008 mencapai harga 1 milion dolar Zimbabwe. Sepuluh tahun yang lalu wang sebesar ini dapat dibelikan 60 kereta baru !
- Untuk membeli 2 potong roti atau naik bas komuter pergi balik, di bulan Julai 2008 anda memerlukan 100 milion dolar ! Perghhhhh Luarr biasa …
Kalau mau ke restoran di Zimbabwe, siap-siap saja bawa duit bergepok-gepok seperti di bawah ini
Sejarah kegagalan wang kertas /fiat
Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia. Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku di dalam sejarah ialah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000 sehingga sekarang.
Kesimpulannya...moh le pakat² beli dan simpan emas sementara emas masih mampu dibeli skrg ni... Ambil peluang untuk kita membeli, menyimpan dan membuat pelaburan emas untuk melindungi aset kita untuk jangka masa panjang. fikir2 kan dan selamat menyimpan dan berzakat... ;)
WORLD ISLAMIC MINT
SPESIFIKASI STAINDART DINAR & DIRHAM SELURUH DUNIA
Setting the Standards for the Islamic Gold Dinar & Silver Dirham
|
WIM Standards | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5 Tahun Sebelum Ini 1 Dinar ialah RM243

Banyak orang mengetahui mengenai dinar emas tetapi berapa ramai pula yang yakin kewujudannya sebagai satu lagi alternatif pelaburan yang mampu memberikan pulangan yang baik.
Selain bebas daripada unsur-unsur riba, dinar emas ternyata mampu dijadikan instrumen pelaburan terbaik, berdasarkan sifat emas itu sendiri sebagai satu komoditi yang amat bernilai dan boleh didagangkan di seluruh dunia.
Di Malaysia, dinar emas wujud dan ia adalah satu instrumen pelaburan yang sah dan mampu memberikan pulangan yang baik selain kaedah urus niaga atau pelaburan lain.
Menurut Pengarah Urusan KPMJ Gold Sdn. Bhd. Ariff Kassim, mungkin kerana pelaburan atau urus niaga menggunakan dinar emas ini masih baru di negara ini, menyebabkan ramai yang kurang berpengetahuan mengenainya.
“Ia (pelaburan dan urus niaga menggunakan dinar emas) sebenarnya telah bermula di Malaysia dan pulangan kepada mereka yang menyertainya amat kompetitif.
“Sebagai contoh… enam bulan lepas, satu dinar emas dijual pada harga RM212 dan harga semasa bagi satu dinar ialah RM243. Bayangkan keuntungannya,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu pertemuan di pejabatnya di Johor Bahru baru-baru ini.
KPMJ Gold ialah anak syarikat Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor yang dilantik sebagai wakala (ejen) IGD Practice Sdn. Bhd. untuk mengembangkan penggunaan dinar emas dalam masyarakat di Johor dan Singapura.
Satu dinar ialah bersamaan 4.25 gram emas 916 dan piawaian ini ditetapkan oleh Sayidina Umar al-Khattab ketika menjadi khalifah Islam yang kedua.
Pada masa ini, dinar emas dijual dalam pecahan setengah dinar, satu dinar, dua dinar dan 20 dinar mengikut harga emas di pasaran semasa.
Menurut Ariff, melabur atau membuat urus niaga dengan dinar menepati keperluan syariah dalam usaha mewujudkan satu sistem ekonomi tanpa riba.
“Jika kita beli saham, kita sebenarnya membeli `kertas’ dengan nilai tertentu berbanding membeli dinar, kita sebenarnya membeli emas yang sebenar,” katanya.
Di Malaysia, tambah beliau, memang ada pelbagai kaedah pelaburan dan dinar emas adalah satu daripada instrumen pelaburan yang seharusnya dipertimbangkan dengan sewajarnya.
Jika sebelum ini ramai yang membuka akaun simpanan tetap, akaun simpanan atau melabur di mana-mana saham amanah, kini mengapa tidak mencuba melabur melalui dinar emas sebagai satu lagi opsyen, tanya beliau.
“Infrastruktur untuk menjalankan urus niaga dinar emas kini telah wujud dan mengapa ia tidak dimanfaatkan kerana terbukti ia memberi pulangan yang baik kepada pelaburan yang dibuat,” jelas beliau.
Sejak lima tahun lalu, katanya, harga emas di pasaran antarabangsa telah meningkat 49 peratus.
Mengenai kaedah urus niaga dan pelaburan yang dikendalikan oleh KPMJ Gold, beliau menjelaskan, mereka yang melabur boleh membeli dinar emas pada harga semasa dan menjualnya semula apabila berpendapat telah meraih keuntungan.
“Emas (dinar) yang dibeli boleh dibawa balik untuk dijadikan simpanan peribadi atau membuka akaun dan menyimpannya dengan KPMJ Gold.
“Akaun dengan kami boleh diakses 24 jam sehari melalui Internet dan kami tidak mengenakan sebarang kos tambahan untuk menyimpan dengan selamat dinar emas para pelanggan,” jelas beliau.
Selain pelaburan berbentuk simpanan itu, Ariff berkata, dinar emas itu juga boleh dilaburkan di bawah skim Qiradh – satu skim pelaburan Islam yang berasaskan konsep al-mudharabah.
Qiradh menawarkan pulangan antara lapan hingga 11 peratus setahun – berdasarkan nilai dinar emas ketika pelaburan dibuat dan jumlah dinar yang dilaburkan.
Keuntungan yang diperoleh dibayar secara bulanan, mulai bulan pertama tanpa perlu menunggu tempoh matang (setahun).
Sejak KPMJ Gold dilantik menjadi wakala Februari lalu, katanya, sambutan terhadap pelaburan menggunakan dinar emas ini menggalakkan.
Bagaimanapun, banyak lagi yang akan dilakukan untuk mendedahkan kepada orang ramai mengenai peluang meraih pulangan melalui dinar emas.
“Kita menyasarkan untuk mencatatkan perolehan lebih RM20 juta dalam tahun pertama operasi dan berharap lebih banyak yang mengetahui manfaat melabur dalam dinar emas akan berurusan dengan kami,” katanya.
Mereka yang berminat bagaimanapun perlu benar-benar memahami kaedah pelaburan dan pengiraan keuntungan pelaburan dibuat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan sebelum membuat sebarang komitmen.- 19/04/2005-Arkib Utusan Malaysia Oleh Zaharuddin Md Ali (Wartawan Utusan)