soal jawab perhubungan dalam perkahwinan

1,493 views
Skip to first unread message

ct beliey007

unread,
Jul 19, 2011, 1:16:38 AM7/19/11
to islam...@googlegroups.com

Hukum Suami Isteri Tidak Melakukan Persetubuhan Dlm Tempoh Yg Panjang

Soalan

Apakah hukumnya jika suami isteri tak melakukan persetubuhan dlm tempoh yg panjang spt lebih dr 6 bln & hanya melakukan seks oral yg ringan2 saja dlm tempoh berkenaan? Akibatnya si suami sering beronani & jatuh sakit krn tertekan dr segi batin. Utk makluman, si isteri mpunyai mslh kesihatan yg menyekat si suami mendapat kepuasan dlm persetubuhan. Adakah dosa seorang isteri jika tak melayan kehendak suami dgn cara kedua2 mdapat kepuasan batin supaya merapatkan kembali hubungan suami isteri ?

Jawapan

Assalamulaikum.

1.  isteri wajib menunaikan tanggungjawab batinnya kepada suaminya jika diperlukan.

2.  isteri wajib menceritakan masalah kesihatan yang menyebab tidak boleh melakukan perhubungan tersebut.

3.  anda sebagai isteri wajib mendapatkan rawatan doktor pakar sakit puan bagi mendapatkan pengesahan berkenaan penyakit yang dihadapi oleh puan.

ini kerana, kerukunan rumahatanggan merupakan perkara yang penting, dan beronani akan menyebabkan lemah tenaga batin (mati pucuk) dan ia boleh membawa kepada penyakit. sebagai seorang isteri, kepuasan suami adalah lebih utama

 

Soalan

Apakah hukumnya jika suami isteri melakukan oral sek sehingga terminum air
mani suaminya?

Jawapan

Di dalam situasi ini, tidak digalakkan suami isteri melakukan oral seks,
namun jika terminum air mani suami adalah dimaafkan, kerana air mani
adalah suci tetapi ia bukan air minuman untuk diminum kerana ia
menjijikkan.

Hukum menghisap kemaluan suami adalah makruh kerana ianya bercanggah dengan adab-adab yang digariskan oleh Rasulullah. Dalam apa keadaan sekalipun kita perlu menjadikan Rasulullah sebagai contoh. Ia juga tidak digalakkan kerana bimbang si isteri akan tertelan air mazi suami yang hukumnya najis.

 
Manakala hukum isteri menolak permintaan suami untuk melakukan perkara demikian adalah haram kerana isteri hanya disuruh melakukan perkara makruh bukan perkara haram atau maksiat. Ini kerana tidak boleh mentaati manusia yang menderhakai Allah. Dengan syarat tidak dilakukan ketika isteri sedang haid dan melalui lubang dubur.

Semoga dengan penerangan di atas sedikit sebanyak tuan/puan dapat menjalani kehidupan dalam kerahmatan Allah Taala. 

 

Soalan

1.adakah suami boleh bermesra dengan isterinya tanpa melakukan hubungan
seks apabila isteri datang bulan?
2.apabila isteri datang bulan, bolehkah isteri memuaskan suami melalui
cara oral seks? cth onani
3.adakah isteri boleh menghisap kemaluan suami dan suami boleh melakukan
sebaliknya?

Jawapan

1. Harus suami bermesra dengan isterinya tanpa melakukan hubungan seks
ketika dalam haid.
2. Harus bagi isteri melakukan hubungan oral seks dengan suami ketika haid.
3. Tidak digalakkan berbuat demikian kerana tidak mengikut sunnah Nabi
S.A.W.

 

Soalan

Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya tentang hukum melakukan oral seks? Adakah ia
dibenarkan oleh agama Islam atau adakah ia hanya satu pengaruh dari filem2
lucah semata2.

Jawapan

Dalam Islam telah ditentukan peraturan adab-adab ketika melakukan
persetubuhan. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah
ayat 223 yang bermaksud :
"Isteri-isteri kamu adalah (seperti) tanah tempat bercucuk tanam mu itu
bagaimana saja kamu kehendaki".
Oleh yang demikian perbuatan melakukan oral seks adalah harus tetapi tidak
digalakkan..

 

Soalan

hukum oral sex

Jawapan

Dalam hubungan seks suami isteri hanya dua bentuk persetubuhan yang
diharamkan iaitu menggunakan saluran belakang (dubur) dan ketika haid atau
nifas, ini bermakna seks oral tidak termasuk dalam bentuk yang diharamkan,
namun dalam Islam ada adab dan tatacara dalam perhubungan suami isteri

 

 

Soalan

Saya pernah membaca soal jawab agama mengenai oral sex di dalam sebuah
akhbar tidak lama dulu yang menyatakan oral sex dibolehkan dalam islam
sekiranya kedua2 pihak bersetuju untuk melakukannya. & tadi saya telah
membaca dalam ruangan ini menyatakan tidak boleh melakukannya. Jadi, fakta
mana yang betul & harus saya ikut?

Jawapan

Dalam hubungan seks suami isteri hanya dua bentuk persetubuhan yang
diharamkan iaitu menggunakan saluran belakang (dubur) dan ketika haid atau
nifas. Ini bermakna seks oral (oral sex) tidak termasuk dalam bentuk yang
diharamkan dan ia diharuskan. Namun demikian dalam Islam ada adab dan
tatacara pegaulan dan perhubungan suami isteri

 

Soalan

assalammualaikum.saya ingin bertanya,bolehkah si suami melakukan
persetubuhan melalui melalui dubur diatas permintaan dan kerelaan isteri
bagi tujuan mendapatkan kepuasan bersama.apakah hukum jika melakukanya di
atas permintaan& kerelaan isteri,dan apakah kesannya kepada kedua-dua
pasangan samaada dalam jangka masa pendek atau panjang.Terima kasih.

Jawapan

Perbuatan sedemikian adalah haram dalam Islam.Saudari suami isteri wajib
bertaubat dengan segera.Lakukanlah persetubuhan bersama suami melalui
jalan yang dibenarkan Islam iaitu melalui jalan hadapan(faraj).Janganlah
kita sengaja melanggar hukum Allah S.W.T. ini, ditakuti kita akan ditimpa
bala daripada Allah S.W.T.Apabila Allah melarang sesuatu perkara itu,
sudah pasti ada keburukannya.Di antaranya mungkin sistem saraf di dalam
badan kita untuk jangka pendek/panjang akan pasti rosak dan berkemungkinan
pula akan mendatangkan berbagai penyakit yang kita tidak ketahui
melainkan doktor perubatan yang dapat mengesannya.

 

Soalan

Assalamualaikum.. Ustaz saya ingin betanyakan berkenaan hukum melakukan
persetubuhan dengan isteri di waktu isteri sedang hamil.

Jawapan

Wa'alaikumussalam...
Harus melakukan persetubuhan ketika isteri sedang hamil

 

Soalan

apakah hukum berbincang tentang persetubuhan dengan wanita walaupun
seseorang lelaki tersebut belum kahwin?

Jawapan

Sekiranya perbincangan tersebut akan menyebabkan lelaki tersebut semakin
gairah dan terdorong untuk melakukan persetubuhan/zina, ia dihukumkan
haram. Wallahu 'alam.

 

Soalan

salam.saya nk tya apa yg ptt sya lakukan tuk suami sya y melakukan
persetubuhan sdgkan dia tau hukum melakukan persetubuhan melalui dubur
haram p dia ttp melakukan wpun sy mengingatkannya ttg perkara trsebut?dan
suami sy kerap jgk melakukan persetubuhan semasa sy dlm haid?kta sya
bknnya dia dgr ..sya dh xthn gn pbuatan itu.sy binggung antara syg suami
gn pbuatn haram itu.apa komen ustaz?

Jawapan

Berdosa suami yang melakukan persetubuhan melalui dubur dan ketika isteri
dalam keadaan haidh.Anda boleh mengadakan kenduri secara kecil-kecilan dan
jempulah seorang penceramah agama untuk memberikan tazkirah agar si suami
berhenti daripada melakukan perbuatan sedemikian atau anda boleh juga
pergi ke Pejabat Agama Daerah yang berhampiran untuk berbincang dengan
jururunding keluarga bagi mengatasi masalah tersebut dan di samping itu
kerjakanlah solat hajat dengan berdoa agar si suami berubah menjadi insan
yang soleh kepada ahli keluarganya.

 

Soalan

Assalamualaikum wbt,
Saya perlukan nasihat dari pihak tuan, saya baru berkahwin dan masalah
saya ialah suami saya suka membuat persetubuhan melalui saluran belakang
dan menjilat kemaluan saya dalam keadaan yang tidak disyariatkan oleh
Islam. Dia juga sering merakam aktiviti ketika kami bersetubuh.
Apakah hukum tidur dalam keadaan tidak berpakaian kerana kehendak suami?
Bagaimana caranya untuk saya menasihati suami saya? Sila bantu.
Terima Kasih.

Jawapan

Perbuatan melakukan persetubuhan melalui dubur atau liwat adalah berdosa
besar dan amat dikutuk Islam,kerana dubur adalah tempat najis sudah pasti
akan menyebabkan penyakit2 berbahaya kepada anggota. Perbuatan merakam
aksi ketika bersetubuh juga satu perbuatan tidak berakhlak kesan dari
terpengaruh dgn budaya Barat yang merosakkkan.Walaupun begitu harus tidur
tanpa pakaian kalau itu kehendak suami.Teruskan menasihati suami dengan
cara yang baik.Isi kekosongan hati suami yang menyebabkan mudah
terpengaruh dgn perkara2 dilarang agama dgn mengajaknya membaca
Al-Quran,menghadiri majlis ilmu dan melakukan aktiviti berrfaedah selain
menolak dgn baik ajakan suami melakukan liwat tersebut,

 

Soalan


1) Apakah yang dimaksudkan dengan zina itu sebenarnya? Persetubuhan luar
nikah? Kalau yang tidak melibatkan organ seks adakah dikira zina juga?
Samakah hukumannya dengan zina?
2) Zina macam mana yang perlu kepada hukuman sebat atau rejam (maaf kalau
salah)?
3) Kalau dalam konteks sekarang ini, dimana seseorang yang telah bertaubat
patut pergi untuk menerima hukuman?
4) Sebat dalam Islam apakah alat yang digunakan dan apa caranya? Di
khalayak ramai ke?

Jawapan

1.         Zina diertikan sebagai hubungan kelamin yang dilakukan diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Bagi yang tidak melibatkan alat kelamin, ia tidak dikategorikan sebagai perbuatan zina. Bagi yang melakukannya tidak dihukum dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas pelaku zina. Walau bagaimanapun, pihak pemerintah berhak untuk mengenakan hukuman ta’zir ke atas pelaku perbuatan tersebut. Antara tindakan atau hukuman yang boleh dijatuhkan oleh pemerintah ke atas pelaku kesalahan tersebut ialah seperti denda, tahan dalam lokap atau lain-lain hukuman yang difikirkan bersesuaian dengan kesalahan tersebut.

 

2.         Hukuman rejam hanya dijatuhkan kepada pesalah zina yang pernah merasai kenikmatan persetubuhan yang halal (muhsan). Manakala hukuman sebat 100 kali dijatuhkan ke atas penzina yang masih belum pernah merasai kenikmatan persetubuhan yang halal (ghairu muhsan).

 

3.         Jika seseorang yang melakukan zina telah bertaubat terlebih dahulu sebelum dirinya dihukum, sesungguhnya Allah maha menerima taubat. Dan yakinlah bahawa Allah menerima taubatnya.

Pada hari ini, bagi mereka yang telah melakukan zina dan ingin menerima hukuman (dunia) dan bersedia untuk dihukum dengan hukuman Ta’zir, maka dia perlu membuat pengakuan di Mahkamah Syariah yang berdekatan.

 

4.         Alat yang digunakan di dalam menjalankan hukuman sebat adalah rotan. Hukuman perlu dijalankan di tempat yang boleh dilihat oleh orang ramai seperti di tengah bandar atau di tempat yang telah dikhususkan oleh pemerintah untuk tujuan tersebut.

 

Nota:

Matlamat hukuman bukan untuk menyeksa, tetapi ia lebih untuk memberi pengajaran kepada pesalah dan orang lain dari mengulangi dan melakukan kesalahan yang sama.

Wallahu 'Alam.

 

Soalan

berdosakah seorang isteri yang melakukan onani setiap kali selesai
melakukan persetubuhan dengan suaminya tanpa pengetahuan si suami kerana
tidak mendapat kepuasan, tidak ingin memberitahu suami takut si suami
tidak dapat menerima hakikat yang dia tidak berupaya memuaskan isterinya.

Jawapan

Perbuatan onani adalah haram walaupun ia bertujuan untuk mendapat kepuasan
selepas bersama suami. Sekiranya perbuatan itu dilakukan oleh suami maka
hukumnya adalah harus. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, puan
dinasihatkan agar memberitahu suami dan berbincang dengannya secara yang
bijaksana.

 

Soalan

bilakah kita diharamkan melakukan pesetubuhan dengan isteri kita.

Jawapan

Antara waktu yang diharamkan melakukan persetubuhan dengan isteri ialah:
i. Semasa isteri dalam keadaan haid atau nifas
ii. Ketika dalam ihram
iii. Di siang hari bulan Ramadhan
iv. Ketika beriktikaf dalam masjid

 

Soalan

asalammualaikum...
tuan saya nak bertanya sebelum saya bersama suami, apa yang harus saya
lakukan agar zuriat yang akan saya lahirkan menjadi seorang anak yang
soleh dan solehah?
ape ayat yang patut saya baca sebelum bersama?

Jawapan

Sebelum melakukan persetubuhan, suami isteri hendaklah berwudhuk terlebih
dahulu, mengerjakan solat sunnat dua rakaat dan membaca doa sebelum
melakukan persetubuhan.iaitu " Allahumma Jannibna Minas Syaitan Wajannibis
Syaitan Ala Ma Razaqtana. Suami isteri perlulah melakukan segala tuntutan
yang diwajibkan syarak dan menjauhi segala laranganNya serta memastikan
sumber pendapatan daripada yang halal sahaja, kerana daripada sumber ini
dan menghayati segala amalan Islam dalam makan minum dan sebagainya dapat
melahirkan insan yang soleh.
Selepas bayi dilahirkan sunat melakukan amalan berikut :
1. Azan di telinga kanan bayi dan iqamat di telinga kirinya.
2. Tahnik iaitu memberi rasa manisan di lelangit bayi dengan buah kurma
dan seumpamanya.
3. Melakukan akikah sebaik-baiknya pada hari ketujuh selepas kelahiran.
4. Mengeluarkan sedekah mengikut berat rambut bayi yang dinilai dengan
harga emas.
5. Memberi nama yang baik kepada bayi tersebut.

liyana ramlee

unread,
Jul 19, 2011, 7:45:44 AM7/19/11
to islam...@googlegroups.com
salam..
thx 4 sharing tapi saje nk bertanya, siapakah gerangan di sana? batch mana ek? :D

BULARD 11

unread,
Jul 19, 2011, 7:47:05 AM7/19/11
to islam...@googlegroups.com
salam
saya juga bersifat ingin tahu berkenaan pertanyaan liyana ramlee itu
siapakah gerangan tuan hamba?

2011/7/19 liyana ramlee <lyana....@gmail.com>

salam..
thx 4 sharing tapi saje nk bertanya, siapakah gerangan di sana? batch mana ek? :D



--


Mohd Fathullah Mohd Sam

unread,
Jul 19, 2011, 7:48:14 AM7/19/11
to islam...@googlegroups.com
Gatal la bulat nie..haha






--


Inginkan tips-tips cinta dan persahabatan, lawak jenaka romantik, info dunia perkahwinan dan kekeluargaan.

Lawati http://www.awanibiru.com

Follow my twitter @AwaNiBiRu and sure, i'll be your follower.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
My Desktop Specifications

CPU                  : Dual Core Intel Core i5 650, 3333 MHz (25 x 133)
CPU Cooler      : Hyper 212 plus Cooler Master
Motherboard    :
Intel Hunter Cove DH55HC
RAM                  : 4GB DDR3 Gaming Corsair XMS3 CM3X2G1333C9
GPU                  : NVIDIA GeForce GTX 550 Ti MSI Cyclone II 1GB DDR5
Monitor             : Philips 202E 20" LCD
Optical Drive    : ASUS DRW-24B3ST ATA Device
ATA Drive         : Western Digital Corporation ATA Device ( 320 GB & 2TiB, IDE )
External Drive  : Seagate Desktop (1TiB)
Casing              : Cooler Master 430 Elite Black Edition
Speaker            : Sonic Gear Morro200 2-Stereo
Keyboard         :
Logitech K120 Black
Mouse              : ZEN II O 1000dpi Desktop Optical Mouse













rafiq hakim

unread,
Jul 19, 2011, 8:28:53 AM7/19/11
to islam...@googlegroups.com

"Isteri-isteri kamu adalah (seperti) tanah tempat bercucuk tanam mu itu
bagaimana saja kamu kehendaki".     


2011/7/19 Mohd Fathullah Mohd Sam <lyca...@gmail.com>



--

Regards,

Rafiq Hakim Bin Razali
Chemical Engineering,
Universiti Teknologi PETRONAS,
31750, Bandar Seri Iskandar, Tronoh,
Perak Darul Ridzuan
+6(017) 3004696




fareez akmal

unread,
Jul 19, 2011, 11:34:22 PM7/19/11
to islam...@googlegroups.com
alah bulat
dan2 je nk tau sape
pdhl nk tau cmne nk cari info2 mcm tu

2011/7/19 rafiq hakim <rafiqh...@gmail.com>



--
~ Tepuk, tepuk tangan.Goyang, goyang badan.Geleng, gelengkan lah kepala. Kita sama saja, Hanya suka-suka, Mari bergembira ~

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages