Perjumpaan IntropTech 3/2012 : MAKLUMAN DAN TINDAKAN SEGERA

2 views
Skip to first unread message

Eli Rashidah

unread,
Jul 15, 2012, 9:31:45 PM7/15/12
to Mohamad Saroto, intro...@googlegroups.com, Dr. Paridah, Dr. Ahmad Ainuddin, Dr. Hazandy, Edi Syams Zainudin, zais...@yahoo.com, Rasmina Halis, Sheriza Mohd Razali, Norfaryanti, har...@putra.upm.edu.my, Ana Salleza, Azizah Haron, Aida Mazreena, Baharum Zainal, Mohd Fazriq
Assalamualaikum,w.b.t.,

MAKLUMAN DAN TINDAKAN SEGERA

Perjumpaan IntropTech 3/12

Merujuk kepada perjumpaan yang telah diadakan pagi Jumaat (13 Julai 2012) yang lepas, warga IntropTech telah memutuskan beberapa perkara. Di antaranya ialah seperti berikut,

1) KEHADIRAN PEGAWAI TADBIR DI DALAM PERJUMPAAN INTROPTECH
Kehadiran En. Mohamad Saroto di dalam setiap perjumpaan IntropTech bermula mesyuarat akan datang dengan dipengerusikan oleh Dr. Ainun Zuriyati selaku Koordinator IntropTech. Ini adalah bertujuan untuk mempercepatkan proses sebarang keperluan di sini. Selain daripada itu, sasaran langkah ini bertujuan menyampaikan maklumat dan permasalahan secara telus dan jelas daripada pelanggan kepada pelaksana proses.  

2) SKOP DAN PERINCIAN SKOP JURUTEKNIK INTROP
Memohon pegawai tadbir untuk mengumumkan skop dan perincian tugas Juruteknik INTROP yang dikenali sebagai 'nisbah 70:30'. Personel mengaku bahawa tidak menerima sebarang pemakluman rasmi tentang keputusan ini sebaliknya diberitahu oleh Pegawai Penyelidik Laboratori BADs, En. Harmaen. Justeru, dicadangkan agar satu pemakluman berkenaan 'nisbah 70:30', skop dan perincian skop tugas disampaikan kepada semua ahli INTROP samada melalui lisan atau bertulis. Ini adalah penting untuk mengelakkan sebarang kecelaruan baik di pihak penerima, pengeluar mahupun penyampai perantara arahan. Di antara lain, personel turut melaporkan tentang bebanan tugas sebagai pemandu yang mana ianya bukan termasuk di dalam skop tugas beliau. Ahli-ahli IntropTech juga mengalami masalah ekoran 'nisbah 70:30' iaitu kekangan tenaga di laboratori IntropTech terutamanya Lab BADs dan Lab Biokomposit. Masalah juga timbul kerana kesukaran mengesan personel semasa diperlukan baik untuk keperluan teknikal mahupun penggunaan peralatan yang hanya diketahuikendali oleh personel terbabit.

Warga IntropTech sangat berharap agar pihak Tuan mengambil tindakan dengan kadar segera bagi melicinmudahkan perjalanan penyelidikan dan pengurusan di sini.

Sekian, harap maklum.


--
----------

ELI RASHIDAH BT ASHARI

Penolong Pegawai Sains
Institut Perhutanan Tropika & Produk Hutan (INTROP)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03 8946 8424
Fax : 03 8946 7012
Hp : 012 673 2906

Eli Rashidah

unread,
Jul 16, 2012, 12:09:30 AM7/16/12
to intro...@googlegroups.com


---------- Forwarded message ----------
From: Mohamad Saroto <saro...@gmail.com>
Date: 2012/7/16
Subject: Re: Perjumpaan IntropTech 3/2012 : MAKLUMAN DAN TINDAKAN SEGERA
To: Eli Rashidah <elira...@gmail.com>


Salam,

1.  Keperluan kehadiran:  InsyaAllah saya akan hadir jika dijemput.  Jika saya diperlukan mohon untuk didalam senarai jemputan dan bukan secara c.c atau makluman sahaja.  Pohon diminitkan secara rasmi untuk saya hadir secara rasmi.

2.  Senarai tugas En. Syahrul saya dah nyatakan pada En Syahrul berkenaan ratio :"70:30" atau "30:70".  Pada satu2 masa, sekiranya keperluan lebih kepada laboratori BADs iaitu beliau boleh melaksanakan tugas sehingga 70%, beliau boleh melaksanakan tugas mengikut keperluan laboratori BADs seperti justifikasi kerja di lab tersebut dan yang 30% pula hanya sekadar standby kepada tugas dipejabat Pengarah atau perkara Am lain iaitu kerosakan kecil dan bantuan sokongan lain.

Jika perancangan kerja diperingkat Pejabat Pengarah (DIrektorat) perlu lebih iaitu kerja khusus sehingga 70% maka kerja dalam laboratori BADs boleh dilakukan pada tahap sehingga 30%.

Saya rasa perkara ini tidak sampai ketahap 100% kerja dilakukan secara sepenuhnya.  Perkara yang menjadi keributan apabila kerja yang tidak dirancang dengan betul akan timbul masalah.  Sekiranya berlaku adhoc atau kecemasan kita laksanakan pada tahap yang termampu dan bersambung keesokan harinya dan jika perlu buat kerja lebih masa.

Saya rasa peralatan yang dikendalikan oleh personel yang dicari tiada masalah dan saya sentiasa tahu dan boleh berhubung dengan beliau walaupun cuti, sakit dan berada diluar kawasan.  Di sini saya melihat kepada permaslah yang timbul kerana tiada orang yang sanggup kerja macam dia,  Sanggup menerima kerja walau apapun kerjanya.  Orang yang dimakmal biasanya hanya tahu sekadar tahu dan tidak mahir, dan dengan demikian mereka akan mengharap kepada satu-satu personel sahaja.




2012/7/16 Eli Rashidah <elira...@gmail.com>
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages