Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.
Y.Bhg. Dr./Tuan/Puan/Cik,
Dengan
segala hormatnya, saya dengan ini menjemput dan mempersilakan pihak
Y.Bhg. Dr./Tuan/Puan/Cik untuk menghadiri perjumpaan INTROP Tech., UPM seperti butiran berikut :
Tarikh : 30 APRIL 2013 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat INTROP Tech., UPM
2. Agenda perjumpaan adalah seperti butiran berikut :
i. Kehadiran
ii. Peralatan / Aset / Inventori
iii. Laboratori
iv. Keselamatan
v. Hal - hal lain
3. Bersama-sama dengan emel ini turut disertakan Minit Perjumpaan INTROP Tech yang lepas untuk perhatian dan tindakan pihak Y.Bhg. Dr./Tuan/Puan/Cik yang seterusnya.
Justeru itu, kehadiran semua ahli INTROP Tech. adalah diWAJIBkan dan sebarang ketidakhadiran mestilah berserta dengan surat tunjuk sebab kepada Koordinator INTROP Tech., dan disalinkan kepada Pengarah INTROP.
Kerjasama semua dalam menjayakan perjumpaan ini amatlah dihargai bagi
membolehkan sistem pengurusan di INTROP Tech. boleh berjalan dengan
efektif dan berkesan hasil kerjasama semua pihak.
Sekian, terima kasih.p/s: Mohon Cik Farahyusrina untuk menempah sarapan pagi mengikut bilangan jemputan. Terima kasih.
--
----------
ELI RASHIDAH BT ASHARI
Penolong Pegawai Sains
Laboratori Teknologi Biokomposit (BIOCOMPOSITE)
Institut Perhutanan Tropika & Produk Hutan (INTROP)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 8946 8424 Fax : 03 8946 7012 Hp : 012 673 2906