Assalamualaikum wbt dan Salam
Sejahtera
Sebagaimana yang kita semua maklum, Program INTAN
Executive Talk Bil/2 2011 telahpun berjaya
dilaksanakan pada 4 Mac 2011 bersama YB Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said
Keruak, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, yang
menyampaikan ceramah bertajuk, “Kepimpinan
Perkhidmatan Awam dalam Agenda Transformasi”.
Kepada semua pegawai dan kakitangan Kampus INTAN
Sabah, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
ucapan ribuan terima kasih dengan komitmen dan kesungguhan semua AJK dan
semua yang terlibat secara langsung atau tidak,
yang telah menyumbang kepada kejayaan program ini. IET kali ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan mendapat
liputan media yang amat memberangsangkan pada 5
Mac 2011 antaranya New Sabah Times, The Borneo Post, Utusan Borneo, Daily Express dan BERNAMA.
Program ini juga mendapat liputan berita Berita
Wilayah TV1 jam 5.00 petang pada 4 Mac 2011.
Tahniah juga kepada rakan penganjur saya iaitu En
Farzi Ahmad kerana kerjasama kita telah mendapat
hasil yang amat memberangsangkan. Dedikasi Puan Mastina Ibnu Hasan dalam
penganjuran ini juga amatlah dihargai dan
diucapkan ribuan terima kasih.
Terima Kasih dan Tahniah juga kepada Pengarah
Kampus INTAN Sabah, En Mohd Fareed Abdullah atas
kepimpinan beliau. Atas reputasi, PR dan hubungan beliau yang amat baik dengan
Jabatan-jabatan/Badan-badan Berkanun Persekutuan
/ Negeri di Sabah / WP Labuan, trend kehadiran
program Seminar/IET anjuran Kampus INTAN Sabah semakin mendapat sambutan yang
amat menggalakkan.
Dengan jumlah kehadiran seramai 258 orang, ia
merupakan jumlah kehadiran yang tertinggi untuk
program IET di Kampus baru ini. Jumlah kehadiran ini agak sukar untuk dicapai
tanpa reputasi dan hubungan yang baik beliau
dengan pihak luar.
Semoga kerjasama dan dedikasi jitu ini akan dapat
diteruskan lagi dalam penganjuran program lain
pada masa depan. Ameen.
Sekian Teria Kasih
"1 SENTIASA DI HADAPAN"
MOHD TAR BIN ADIK
Penyelaras Program
Kampus
INTAN Sabah