Ruj. Kami : INTAN.SBH:UPK:100-23/1( )
Tarikh: Februari 2010
SEMUA KETUA JABATAN DAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN SABAH
SEMUA KETUA JABATAN DAN BADAN BERKANUN NEGERI SABAH
SEMUA KETUA JABATAN DAN BADAN BERKANUN DI WP. LABUAN
YBhg. Datuk/Dato’/ Tuan/ Puan,
MAKLUMAN PERUBAHAN MASA PROGRAM INTAN EXECUTIVE TALK BIL. 2/2011
Dengan segala hormat dan takzimnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa program INTAN Executive Talk Bil.2/2011 anjuran bersama Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang pada asalnya dijadualkan pada 3 Mac 2011 (Khamis), diubah tarik dan masa seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 4 Mac 2011 (Jumaat)
Masa : 9.00-11.00 pagi
Tempat : Kampus INTAN Sabah
Jalan Sulaman, Tuaran
3. Untuk makluman, penceramah undangan pada kali ini YB. Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, yang akan menyampaikan ceramah bertajuk, “Kepimpinan Perkhidmatan Awam dalam Agenda Transformasi”. Sehubungan dengan itu, sukacita saya ingin mengundang YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk menghadiri program ini bersama tiga orang pegawai. Atur cara program adalah seperti di Lampiran A. Dipohon jua kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk mengesahkan kehadiran dengan mengembalikan borang seperti di Lampiran B sebelum atau pada 2 Mac 2011 (Rabu).
4. Sekiranya YBhg.Datuk/Dato/Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:
i) En. Farzi Ahmad, Ketua Unit Kemajuan Pengurusan
' 088 – 483 637 * fa...@intansabah.intan.my
ii) En. Mohd Tar Bin Adik, Ketua Unit ICT
' 088 – 483 621 * t...@intansabah.intan.my
5. Sokongan dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(MASTINA BINTI IBNU HASSAN)
Timbalan Pengarah (Latihan)
b.p. Pengarah
Kampus INTAN Sabah
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
' 088 – 483 500 samb. (623)
s.k.
YB Datuk Sukarti Hj. Wakiman
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
YBhg. Dato’ Muhammad Hatta Ab. Aziz
Setiausaha Persekutuan Sabah