(BESERTA LAMPIRAN) UNDANGAN INTAN EXECUTIVE TALK BIL. 2/2011

23 views
Skip to first unread message

Mohd Tar

unread,
Feb 23, 2011, 1:34:11 AM2/23/11
to Jane Rita Gondipon, rfa...@doa.gov.my, intan...@googlegroups.com, ku...@googlegroups.com
 

Ruj. Kami : INTAN.SBH:UPK:100-23/1(    )

Tarikh:      23    Februari 2010

 

 

SEMUA KETUA JABATAN DAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN SABAH

 

SEMUA KETUA JABATAN DAN BADAN BERKANUN NEGERI SABAH

 

SEMUA KETUA JABATAN DAN BADAN BERKANUN DI  WP. LABUAN

 

YBhg. Datuk/Dato’/ Tuan/ Puan,

 

UNDANGAN MENGHADIRI PROGRAM INTAN EXECUTIVE TALK BIL. 2/2011

 

Dengan segala hormat dan takzimnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa INTAN Sabah dengan kerjasama Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Wilayah Sabah dan WP Labuan akan menganjurkan INTAN Executive Talk Bil. 2/2011 seperti ketetapan berikut:

 

                    Tarikh              :     3 Mac 2011 (Khamis)

                    Masa                :     2.30-4.30 petang

                         Tempat            :     Kampus INTAN Sabah

                                                  Jalan Sulaman, Tuaran

 

3.       Penceramah undangan pada kali ini YBhg. Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, yang akan menyampaikan ceramah bertajuk, “Kepimpinan Perkhidmatan Awam dalam Agenda Transformasi”. Sehubungan dengan itu, sukacita saya ingin mengundang YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk menghadiri program ini bersama tiga orang pegawai. Atur cara program adalah seperti di Lampiran A. Dipohon jua kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk mengesahkan kehadiran dengan mengembalikan borang seperti di Lampiran B sebelum atau pada 1 Mac 2011 (Selasa).

 

  

4.       Sekiranya YBhg.Datuk/Dato/Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara ini sila berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:

 

i)                 En. Farzi Ahmad, Ketua Unit Kemajuan Pengurusan

'   088 – 483 637 *   fa...@intansabah.intan.my

 

ii)               En. Mohd Tar Bin Adik, Ketua Unit ICT 

'   088 – 483 621 *   t...@intansabah.intan.my   

 

5.       Sokongan dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

---melalui email--

 

(MASTINA BINTI IBNU HASSAN)

Timbalan Pengarah (Latihan)

b.p. Pengarah

Kampus INTAN Sabah

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

 

'   088 – 483 500 samb. (623)

*   mas...@intansabah.intan.my

 

 

s.k.                                                                            

 

YB Datuk Sukarti Hj. Wakiman

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah                              

 

 

YBhg. Dato’ Muhammad Hatta Ab. Aziz

Setiausaha Persekutuan Sabah

SURAT JEMPUTAN KETUA JABATAN - IET Datuk Salleh (1).doc
IET Programme 3 Mac 2011.doc
PENGESAHAN KEHADIRAN IET.doc
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages