Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
YBrs.Dr./Tuan-Tuan/Puan-Puan.
Dengan hormat dan takzimnya dipanjangkan emel daripada Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam, Kementerian Luar Negeri mengenai kisah Mangsa Sindiket Keldai Dadah.
Warga INTAN sekalian juga boleh menyaksikan kisah selanjutnya secara langsung menerusi di RTM 1 pada 13 November 2011 (Ahad), jam 3.00 petang dan siaran ulangan pada hari Jumaat berikutnya pada jam 2.00 petang.
Butiran lanjut adalah seperti rantaian emel di bawah.
Sekian, salam hormat.
“1 SENTIASA DI HADAPAN”
Rohana Amdan
PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM
INTAN BUKIT KIARA
Tel: 03-2084 7606/017-392 8527
Faks : 03-2093 9490
Emel: aro...@intanbk.intan.my
ü Please consider GREEN before printing this email
From: Abang Sardon Hashim [mailto:abgs...@kln.gov.my]
Sent: Thursday, 10 November, 2011 11:28 AM
To: +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; Rohana binti Amdan; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +;
+; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +;
+; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +; +
Subject: KASIHAN MAMA...
Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya mohon dibaca.....
KASIHAN MAMA…
Assalamualaikum
Nama saya Wan Lydiawati. Saya baru sahaja pulang ke tanah air tercinta setelah empat tahun dipenjara di negara asing. Saya telah menghabiskan masa muda saya selama empat tahun, hidup dalam kurungan penjara di Trinidad & Tobago. Pada ketika itu, usia saya baru sahaja mencecah 21 tahun. Baru saya sedar erti sebenar kehidupan tapi apa kan daya, nasi sudah menjadi bubur. Saya redha serta menerima apa yang telah terjadi ke atas diri saya.
Selama ini, saya hanya ambil ringan tentang semua perkara. Kata-kata mama selalu saya tak hiraukan, apatah lagi bila ada kawan memberi sepenuh perhatian dan membantu saya dalam kos pembelajaran serta duit poket. Saya lupa akan nasihat mama supaya berjaga-jaga dalam memilih kawan dan juga jangan termakan budi orang. Disebabkan jiwa remaja dan menganggap diri ini sudah cukup matang untuk membuat keputusan sendiri, saya telah menerima pelawaan rakan untuk ke luar negara tanpa pengetahuan mama. Sepatutnya saya perlu meminta izin daripada mama dahulu, sebelum membuat apa-apa keputusan .
Tanpa mengetahui asal usul rakan saya yang dikenali sebagai Kak S (bukan nama sebenar) saya menerima tawaran Kak S untuk bercuti ke luar negara. Pada ketika itu, yang hanya ada di fikiran saya adalah rasa teruja dengan kemewahan yang telah diberikan oleh rakan saya tanpa rasa curiga.
Semasa saya berada di luar negara, saya amat terkejut apabila pegawai imigresen dan polis datang ke arah saya dan meminta untuk memeriksa bagasi saya sejurus selepas saya menerima panggilan daripada Kak S. Mereka memaklumkan bahawa terdapat dadah dalam bagasi saya. Pada masa itu, saya tergamam dan terkedu. Apa yang boleh saya lakukan selain hanya bertawakal. Atas kehendak takdir juga, saya telah ditahan atas tuduhan memiliki dadah jenis kokain seberat 2.2 kg.
Ketika itulah, saya sedar bahawa saya telah dipergunakan oleh Kak S dan telah menjadi mangsa sindiket `Keldai Dadah Antarabangsa’. Saya tidak dapat berbuat apa-apa pada masa itu. Hanya terbayang wajah mama dan kata-kata mama bermain di telinga. Saya akur dengan semua yang terjadi ke atas diri saya. Pada saat itu, saya rasa seperti tidak mahu hidup lagi, saya rasa terlalu takut sehingga seakan tidak mampu untuk mengerakkan tubuh badan saya. Saya telah membuat mama risau dan menangis. Kasihan mama. Ampunkan along, ma.
Error! Filename not specified.
BERSYUKUR...Wan Lidyawati (kiri, bersama adik) pasrah bahawa segala
yang berlaku adalah ketentuan Illahi namun sedar bahawa kasih sayang
keluarga jugalah yang mampu memberi kekuatan kepada sesiapa saja
yang ditimpa musibah seperti yang dialaminya
UNTUK MENGETAHUI EPISOD MENGHARUKAN MENGENAI RANJAU HIDUP WAN LIDYAWATI, JANGAN LUPA SAKSIKAN SECARA LANGSUNG ”APA KATA WANITA” DI TV1, RTM PADA AHAD, 13 NOVEMBER 2011, JAM 3.00 PETANG.
SIARAN ULANGAN PADA JUMAAT BERIKUTNYA JAM 2.00 PETANG.
TURUT DIUNDANG SEBAGAI TETAMU KHAS DALAM PROGRAM TERSEBUT IALAH YB SENATOR A. KOHILAN PILLAY, TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI, MALAYSIA.
SAKSIKAN BERSAMA-SAMA KELUARGA PENGAJARAN DAN IKTIBAR DARIPADA PENGALAMAN SEORANG GADIS PERIANG YANG MENJADI MANGSA SINDIKET KELDAI DADAH INI.
Mohon kerjasama Tuan / Puan untuk menghebahkan program ini kepada semua agensi/jabatan di bawah Kementerian dan seluruh warga Kementerian Tuan/Puan.
Kerjasama Tuan / Puan dalam hal ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
1MALAYSIA – RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Saya yang menurut perintah,
……………….t.t……………………..
Abang Sardon Hj Abang Hashim
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
b.p Setiausaha Bahagian
Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri
MALAYSIA
Tel: +603 8887 4719
Faks: +603 8889 2782