Tuan/Puan,
MAMPU akan mengadakan Seminar Pemantapan Laman Web/Portal pada 13 Disember 2011 seperti e-mel yang dilampirkan. Jika agensi tuan/puan berminat, mohon maklumkan kepada urus setia seperti nama yang dilampirkan di e-mel di bawah.
Sekian, terima kasih.
POON AI PHIN
Bahagian Pembangunan Pengurusan EG - Seksyen Kerajaan Negeri, Badan berkanun Negeri
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 3,
63000 Cyberjaya
Tel: 03-887 25067
H/P: 012-9664338
From: Zahiruddin Hashim
Sent: Thursday, December 01, 2011 10:39 AM
To: nor...@angkasa.gov.my
Cc: sweb; Wong Kon Ping
Subject: JEMPUTAN KE SEMINAR PEMANTAPAN LAMAN WEB/PORTAL SEKTOR AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2011
MAMPU.BPPEG.700-6/3/10 JLD(1)(39)
Salam Kegemilangan
Salam 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
Tuan/ Puan,
JEMPUTAN KE SEMINAR PEMANTAPAN LAMAN WEB/PORTAL SEKTOR AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2011
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Seperti yang tuan/puan sedia maklum, MAMPU sedang giat melaksanakan pemantauan terhadap laman web/portal agensi Kerajaan. Tujuan pemantauan tersebut adalah untuk memastikan semua laman web/portal sektor awam mematuhi ciri-ciri yang ditetapkan dalam Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 dan kriteria penilaian Laman Web oleh MDeC. Bagi tujuan untuk memantapkan lagi laman web sektor awam serta meningkatkan tahap penarafan laman web/portal Jabatan/Agensi, MAMPU akan menganjurkan Seminar Pemantapan Laman Web/Portal Sektor Awam pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :
Tarikh : 13 Disember 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna Seri Cempaka
Aras 1, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA CYBERJAYA)
Bangunan MKN-Embassy Techzone
Blok A, No. 3200 Jalan Teknokrat 2
Cyberjaya
3. Taklimat ini adalah bertujuan untuk :
a) membincangkan tentang tahap pelaksanaan dan keberkesanan laman web/portal sektor awam;
b) berkongsi maklumat mengenai amalan-amalan terbaik laman web/portal dengan agensi-agensi Kerajaan;
c) mendedahkan agensi-agensi Kerajaan tentang teknologi terkini serta strategi-strategi baru dalam memantapkan laman web/portal sektor awam;
d) memaklumkan kepada agensi-agensi Kerajaan mengenai dasar-dasar Kerajaan yang berkaitan dengan laman web atau portal; dan
e) meningkatkan kedudukan agensi Kerajaan di dalam kajian laman web/portal oleh MDeC.
4. Bagi menggalakkan perkongsian ilmu di kalangan peserta, seminar pada kali ini juga mempelawa pihak tuan/puan membuat pembentangan ringkas bagi agenda Tech Talk dengan tujuan untuk berkongsi pengetahuan tentang teknologi terkini yang boleh dimanfaatkan secara bersama bagi Sektor Awam. Setiap pembentangan ringkas ini akan diperuntukkan masa 5 hingga 10 minit. Pihak urus setia mencadangkan agar pembentangan dipersembahkan dalam bentuk print screen atau rakaman screen jika melibatkan penggunaan tools secara Online bagi melancarkan pembentangan tuan/puan. Bersama-sama ini disertakan contoh slide pembentangan untuk rujukan tuan/puan jua.
5. Sukacitanya MAMPU menjemput tuan/puan wakil dari setiap Jabatan/Agensi bagi menghadiri taklimat berkenaan yang terdiri daripada Pengurus ICT dan pegawai yang bertanggungjawab dengan pembangunan dan penyelenggaraan laman web. Pihak Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengesahkan kehadiran dengan membalas emel ini bersama butiran pegawai yang akan hadir sebelum atau pada 6 Disember 2011. Aturcara program adalah seperti di Lampiran.
a) Nama :
b) Jawatan :
c) Agensi :
d) Email :
e) No. Telefon :
f) Tajuk Pembentangan (jika ada, rujuk para 4) :
6. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada En Zahiruddin bin Hashim di talian 03-88725061 (zahir...@mampu.gov.my), Puan Norhani binti Abu Bakar di talian 03-88723126 (nor...@mampu.gov.my) atau Puan Haine Yusnida binti Mohd Yusoff di talian 03-88725073 (ha...@mampu.gov.my).
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"BERSAMA MELAKSANA TRANSFORMASI''
Saya yang menurut perintah,
(ZAHIRUDDIN BIN HASHIM)
URUS SETIA
SEMINAR PEMANTAPAN LAMAN WEB/PORTAL SEKTOR AWAM BIL. 2/2011
b.p. Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri