Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Surat hebahan daripada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Kampus Kesihatan bertarikh 24 Disember 2025 dengan nombor rujukan KK/PTJPK/PPK-UKKP/ix/a jld. VI memaklumkan bahawa pihak UKKP tidak lagi menyediakan bekas sisa buangan terjadual iaitu bekas
carboy, canister, plastic drum (open top drum). Walau bagaimanapun, pihak UKKP masih membekalkan jumbo bag, pallet dan plastik pembungkusan (wrapping plastic). Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk lampiran surat hebahan.
Susulan itu, semua pengguna makmal diminta untuk memaklumkan sebarang keperluan kelengkapan seperti yang dinyatakan di atas untuk tujuan perolehan.
Harap maklum dan terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
BADRUL SYAM MAT ZAINUDDIN
Pegawai Sains
Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM)
USM Kampus Kesihatan
16150 Kubang Kerian
Kelantan
Tel: 09-767 2413
Fax: 09-764 8673
Alt Emel:
maysl...@gmail.com
Fikir
dahulu sebelum anda mencetak / Think before you print