Assalamu’alaikum
Wbt dan Salam Sejahtera,
Y.Bhg. Datuk /Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Salah satu Aspirasi Negara Baru adalah menjadikan sekolah atau universiti sebagai Institusi Pendidikan Hijau dengan konteks semasa untuk Malaysia menjadi neutral karbon seawal tahun 2050. Sehubungan
dengan itu, budaya hijau perlu diterapkan menerusi institusi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui inisiatif mengamalkan aktiviti hijau. Universiti Sains
Malaysia (USM) tidak ketinggalan dalam hal ini dan komited dalam mengurangkan keseluruhan jejak karbon kepada 4 tan/orang menjelang 2025.
Justeru itu, ini adalah peringatan mesra dari Sustainability Squad @ INFORMM kepada
semua warga INFORMM tentang
perkara mudah yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan jejak karbon, membantu dalam memerangi perubahan iklim dan menyelamatkan planet kita. Jom kita sama-sama merealisasikannya.
Sustainability Squad @ INFORMM