Staf dan Pelajar Universiti Sains Malaysia
Kampus Induk/ Kampus Kejuruteraan/ Kampus Kesihatan
Hospital Pakar USM/ IPPT
YBhg. Datuk/ Dato’/ Profesor/ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,
HEBAHAN TIMBALAN NAIB CANSELOR BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT BILANGAN 6 TAHUN 2025
LARANGAN MEROKOK, E-ROKOK, VAPE DAN PRODUK TEMBAKAU DI DALAM KAMPUS
Segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Sains Malaysia (USM) sentiasa komited dalam memelihara kesihatan, kesejahteraan dan kelestarian warga kampus. Selaras dengan komitmen tersebut, USM melalui Jawatankuasa Bebas Tembakau telah membangunkan
Polisi USM Bebas Tembakau pada tahun 2012 dan polisi ini telah diluluskan pindaan oleh Majlis Kelestarian Universiti pada tahun 2022.
3. Pelaksanaan polisi ini adalah selaras dengan peruntukan yang termaktub di bawah
Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Akta Makanan 1983)* yang antara lain menyenaraikan institusi pendidikan tinggi sebagai salah satu daripada kawasan-kawasan yang digazetkan sebagai kawasan larangan merokok.
4. Sehubungan itu, semua bentuk produk tembakau dan peranti merokok termasuk rokok konvensional, rokok berperisa (shisha dan seumpamanya), rokok elektronik, vape dan produk tembakau yang lain, adalah
DILARANG di dalam kawasan kampus USM.
5. Larangan ini dilaksanakan bagi:
-
Menyokong usaha meningkatkan tahap kesihatan warga/komuniti kampus.
-
Mengurangkan risiko pendedahan kepada asap rokok pasif.
-
Menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan).
-
Memperkukuh imej USM sebagai kampus hijau, sihat dan lestari.
6. Semua warga kampus, pelajar, staf serta pengunjung adalah dikehendaki mematuhi larangan ini tanpa kompromi, selaras dengan peraturan USM dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
7. Bersama-sama ini dilampirkan poster rasmi Zon Larangan Merokok @USM dan Polisi USM Bebas Tembakau 2012 [Pindaan 2022] sebagai rujukan, hebahan dan tindakan semua pihak di peringkat PTJ.
Kerjasama dan komitmen semua ketua jabatan serta warga kampus amat dihargai bagi menjayakan aspirasi USM sebagai Kampus Bebas Rokok dan Produk Tembakau demi Kesihatan dan kesejahteraan bersama.
Sekian, terima kasih.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
PENAFIAN/PENOLAKAN TUNTUTAN
Pihak Pusat Transformasi Digital (PTD) menafikan atau menolak tuntutan sebarang liabiliti berkenaan kandungan e-mel ini atau akibat daripada mana-mana tindakan yang diambil berdasarkan
maklumat yang diberikan oleh pengguna,melainkan maklumat tersebut disahkan secara bertulis kemudiannya.Sebarang pandangan dan pendapat yang disampaikan dalam e-mel ini adalah sepenuhnya milik pengarang dan tidak semestinya mewakili PTD.
AMARAN: Walaupun pihak PTD telah mengambil langkah-langkah pencegahan yang munasabah bagi memastikan tiada virus dalam e-mel ini,namun pihak PTD tidak boleh menerima kebertanggungjawaban
bagi sebarang kerugian atau kerosakan daripada mana-mana lampiran yang disertakan dalam e-mel ini.Pengguna dinasihatkan untuk mengimbas e-mel ini dan lampirannya sebagai langkah pencegahan daripada serangan virus.
___________________
DISCLAIMER
The Pusat Transformasi Digital (PTD) disclaims any liability for the content of this email or for the consequences of any action taken on the basis of the information provided by
the user, unless that information is confirmed in writing. Any views and opinions presented in this email are solely those of the author and do not necessarily represent those of PTD.
WARNING: Although the Pusat Transformasi Digital (PTD) has taken reasonable precautions to ensure no viruses are present in this email, PTD does not accept responsibility for any
loss or damage arising from the use of this email or attachments. Users are advised to scan this email and any attachments as a preventive measure from virus attacks.
#initalanda