
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
YBhg Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Untuk makluman YBhg Dato’/ Datin/ Prof./Dr. / Tuan/Puan, Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) telah menandatangani MoU bersama Hiroshima City University (HCU) pada tahun 2015. Oleh yang demikian pihak HCU telah membuka peluang kepada pelajar Universiti Sains Malaysia untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana atau PhD dibawah tajaan “Japanese Government (MEXT) Scholar for 2022 (Research Students)” di Hiroshima City University. Sehubungan dengan itu, CenPRIS memohon jasa baik pihak YBhg Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk memajukan hebahan ini kepada calon pelajar yang berkelayakan dan berminat untuk menyambung pengajian. Pihak kami akan mengajukan permohonan tersebut kepada pihak HCU. Maklumat lanjut mengenai biasiswa dan tatacara permohonan adalah seperti dilampiran.
Untuk maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan di HCU, pihak YBhg Dato’/ Datin/ Prof./Dr. / Tuan/Puan boleh merujuk kepada laman web HCU (https://www.hiroshima-cu.ac.jp).
Kami memohon pihak YBhg Dato’/ Datin/ Prof./Dr. / Tuan/Puan untuk menghantar borang yang lengkap diisi kepada Dr. Sazlina Salleh, Penyelaras Program : saz...@usm.my dan cc: Pn. Rosliza Musa: ros...@usm.my selewat-lewatnya 18 Januari 2022 untuk tindakan selanjutnya.
Sekian, terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‘Memastikan Kelestarian Hari Esok’
Yang menjalankan tugas
PROF MADYA DR AZEEM FAZWAN AHMAD FAROUK
Pengarah
________________________________________________________________________________________________________________
PENAFIAN/PENOLAKAN TUNTUTAN
Pihak Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) menafikan atau menolak tuntutan sebarang liabiliti berkenaan kandungan e-mel ini atau akibat daripada mana-mana tindakan yang diambil berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pengguna,melainkan maklumat tersebut disahkan secara bertulis kemudiannya.Sebarang pandangan dan pendapat yang disampaikan dalam e-mel ini adalah sepenuhnya milik pengarang dan tidak semestinya mewakili PPKT.
AMARAN: Walaupun pihak PPKT telah mengambil langkah-langkah pencegahan yang munasabah bagi memastikan tiada virus dalam e-mel ini,namun pihak PPKT tidak boleh menerima kebertanggungjawaban bagi sebarang kerugian atau kerosakan daripada mana-mana lampiran yang disertakan dalam e-mel ini.Pengguna dinasihatkan untuk mengimbas e-mel ini dan lampirannya sebagai langkah pencegahan daripada serangan virus.
_____________________________________________________________________________________________
DISCLAIMER
The Centre for Knowledge,Communication and Technology (PPKT) disclaims any liability for the content of this email or for the consequences of any action taken on the basis of the information provided by the user, unless that information is confirmed in writing.Any views and opinions presented in this email are solely those of the author and do not necessarily represent those of PPKT.
WARNING: Although the Centre for Knowledge,Communication and Technology (PPKT) has taken reasonable precautions to ensure no viruses are present in this email, PPKT does not accept responsibility for any loss or damage arising from the use of this email or attachments.Users are advised to scan this email and any attachments as a preventive measure from virus attacks.
#r